27

1.6K 139 31
                                    


Pada lewat malam Qaisara keluar menikmati pandangan langit yang gelap dihiasi bintang dan diterangi bulan. Hidupnya sama seperti langit yang gelap ditemani oleh mereka yang sentiasa memberi semangat dan dorongan. Entah kenapa malam ni terasa lain. Dia bagaikan teringat kenangan lama.

Qaisara memeluk erat lututnya. Dia memajamkan mata seketika. Nik Farhan aka ex boyfriend Qaisara dari tadi tidak lepas memerhatikan tingkah laku Qaisara. Pada mulanya dia ingin menghampiri bertegur sapa namun dibatalkan niatnya apabila melihat seseorang datang menghampiri Qaisara.

"Asal tak tidur lagi? Luar ni sejuk tak elok terdedah." Qaisara mendongak melihat Azrrel. Ya, orang yang menegurnya adalah Azrrel.
Walaupun nampak dia seorang yang dingin tetapi dia seorang yang caring.

"Kau termenung teringatkan masa lalu? Just let it go Rian. Semakin engkau pendam, semakin kau sakit. Kadang tak salah kau nak tunjukkan perasaan kau, tak bermakna kau lemah. Menangislah kalau itu buat kau rasa lega.." Qaisara mendongak ke langit, air matanya jatuh satu persatu. Dia cuba menahan tanggisannya namun akhirnya dirinya tewas, makin kuat tanggisan yang terhasil.

Secara normalnya dia tidak kuat, namun digagahkan juga agar dirinya untuk bangkit. Dia tidak mahu membuatkan orang disekelilingnya risau. Tapi dia silap, mereka lebih mengenali dirinya.

Azrrel mengusap lembuh belakang Qaisara bagi menenangkannya. Lama juga mereka begitu sehinggalah tanggisan Qaisara mulai reda. Namun tanpa mereka sedar ada mata yang memerhati. Nik Farhan.

*****
ES bangun lebih awal bagi menyelesaikan apa yang patut sebelum subuh menjelang. Mereka malas mahu berebut bilik air dengan para pelajar. Qaisara diarahkan untuk mengejutkan TP dan Badboy hanya menurut arahan. Mereka akan solat secara berjemaah.

Seperti biasa macam-macam ragam mereka. Lagi-lagi Girls. Ouhh.. ya, Bella telah lama keluar daripada Hospital. Nampak dari gayanya masih lagi tidak insaf.

Selesai sahaja solat berjemaah, para pelajar diberikan masa selama 20minit untuk menyelesaikan segala yang patut. Qaisara mengambil kesempatan untuk tidur sebentar. Semuanya gara-gara dirinya tidur lewat malam tadi.

Tepat pukul 8.30 a.m, mereka mula berkumpul. Hanya Girls sahaja yang masih lagi tidak berkumpul. Qaisara hanya membiarkan rakannya pergi mengejutkan mereka. Nampaknya sekolah mereka akan dipandang serong disebabkan perangai tidak semegah mereka. Ada sahaja benda yang mencemarkan nama baik sekolah.

"Arghhh!!! Katak! Buang, geli~ suhh.."
"Mama, adik nak balik!!!🥺"
"Geli~ alihkan sana!!!"

Itu dia jeritan tarzan di pagi hari. Pandan muka. Dasar ulat bulu, tidak menepati masa betul. Para pelajar daripada sekolah lain memandang mereka terkebil-kebil diendahkan. Itu perkara normal bagi ES, ada lebih lagi yang mereka belum hadapi. Girls menghampiri mereka dengan muka masing-masing yang kelihatan tidak puas hati.

"Disebabkan tiga orang pelajar lewat, kamu bertiga didenda membersihkan kawasan sekitar tapak perkhemahan." Girls tertunduk malu, mendengar tengkingan daripada abang Arif. Abang Arif memang terkenal dengan kedinginannya dan dia juga tidak suka orang yang tidak menepati masa.

Qaisara duduk berjauhan daripada rakannya. Dia lebih selesa bersandar di pokok sambil mengunyah chewing gum. Dalam diam matanya menangkap aksi sweet ex nya.

"Baiklah semua sudah sarapan, pagi ni kita bentuk beberapa buah kumpulan. Disebabkan korang bercampur sekolah jadi satu kumpulan mesti ada 10 orang. Baiklah kita akan cabut undi, dalam bekas ni ada nombor kumpulan korang, jadi abang Arul nak korang pilih dan duduk ikut kumpulan yang korang dapat." Para pelajar mula mengeluh, mereka tidak dapat memilih ahli kumpulan sendiri.

Para pelajar mula mengambil nombor kumpulan masing-masing di dalam bekas tersebut. Qaisara orang terakhir yang mengambil nombor kumpulannya. Dengan selamba dia menuju ke arah kumpulan 3.

Darkness (ebook)Where stories live. Discover now