Di Kelas
Mereka disambut dengan teguran Taemin dan Naeun.
"Chanyeol ah~" serentak mereka berdua memanggil.
Chanyeol dan Eunji pada mulanya terkejut namun berlagak biasa saja.
"Bo? Bo? Bo?" soal Chanyeol.
Setelah mereka berdua duduk, Taemin dan Naeun memulakan penyiasatan.
" Kau tak bagi tahu pun kat aku yang korang bercinta" ujar Taemin sambil buat muka comel. Naeun mengiyakan.
" Macam mana korang jumpa?"
" Berapa lama korang bercinta?"
" Kiss haritu kali yang keberapa?"
" Korang serius ke? "
" Korang selalu dating kat mana? "
" Eunji memang sengaja transfer sini sebab kau ke Chanyeol?"
Soalan yang bertalu talu diberikan oleh Taemin dan Naeun.
"Yahhhh. Kkuman haera. " ujar Chanyeol.
" Patutlah korang berdua bersama, memang sesuai pun." Eunji bersuara.
Chanyeol memandang Eunji terkejut.
Eunji membalas pandangan Chanyeol.
"Give me five" ujar Chanyeol sambil megangkat tangan. Eunji pun menepuk tangan Chanyeol. Taemin dan Naeun tersenyum malu.
Kelas bermula dengan Subjek History. Chanyeol hanya fokus dengan pelajaran manakala Eunji cuba menahan mengantuk. Chanyeol tersenyum melihat Eunji tersengguk sengguk.
'Comel' bisik hatinya.
Akhirnya kelas History berakhir.
" Huarghhh... Ngantuknya." ujar Eunji lalu membaringkan kepala diatas meja menghadap Chanyeol. Chanyeol juga membaringkan kepala menghadap Eunji. Mereka saling berpandangan.
" Penat?" ujar Chanyeol memecah kebisuan.
"Hmm" Eunji mengangguk perlahan.
" Awak tidurlah." Chanyeol memberi cadangan.
" Tak naklah. Nanti saya kena tinggal. Lepasni kan kelas muzik." Eunji menolak.
" Takpe. Saya kan ada. Saya takkan tinggalkan awak. Selama saya takkan tinggalkan awak. Awak tidurlah." pujuk Chanyeol.
Eunji pun melelapkan matanya. Peluang ini digunakan Chanyeol untuk meneliti wajah Eunji.
Yeppoo
Yeppoo
Yeppoo
Itu yang diulang ulang dalam fikirannya. Dia tersenyum sendiri. Tiba tiba Eunji membuka matanya.
" Kenapa awak senyum?" soal Eunji.
" Sebab awak cantik." jawab Chanyeol yang masih tersenyum. Eunji dapat merasakan rama rama di perutnya berterbangan. Pipinya semakin merah. Semakin lebar senyuman Chanyeol. Chanyeol mendekatkan mukanya hampir di wajah Eunji.
Namun, Taemin dan Naeun datang menghancurkan keadaan.
"Yahhh." jerit Taemin sambil mengetuk meja.
Eunji dan Chanyeol terkejut dan terus bangun. Mereka berlagak biasa saja.
" Poyolah korang. Berlagak tak ada pape pulak." Perli Taemin.
" Tak payah berlakonlah. Tu tengok pipi korang merah. Hahaha." sambung Naeun.
Eunji dan Chanyeol saling berpandangan.
Ya. Merah. Merah gila.
Terus saja mereka mengalih pandangn kerana termalu sendiri.
Taemin dan Naeun ketawa melihat gelagat mereka.
Mereka berempat berjalan bersama sama menuju ke bilik musik.
Sampai saja di bilik musik, mereka mencari tempat duduk.
" Sekolah kita akan menghantar beberapa peserta untuk pertandingan menyanyi sempena Valentine's Day. Jadi, kamu kena membuat persembahan berpasangan lelaki dan perempuan. Siapa yang berminat boleh bagitau saya. Kita akan adakan audition untuk memilih beberapa pasangan yang terbaik." jelas Cikgu Tiffany.
"Cikgu, Chanyeol dan Eunji berminat!" jerit Taemin. Chanyeol dan Eunji ternganga. Bila masa kita orang cakap kita orang berminat? Taemin dan Naeun tersenyum kemenangan.
" Cikgu, Taemin dan Naeun pun berminat juga sebenarnya!" Eunji pula bersuara. Senyuman Taemin dan Naeun termati.
Eunji dan Chanyeol menepuk tangan gaya 'give me five'. Hehehe. Ambik kau!
" Baguslah kalau ramai yang berminat. Kamu berempat jumpa saya lepas habis kelas." ujar cikgu Tiffany.
Mereka berempat membuat muka ' matilah aku '.
" Korang punya pasal la ni." Taemin berkata kepada Chanyeol.
"Kita orang pulak. Korang yang sebut nama kita orang dulu." ujar Chanyeol tidak puas hati.
Selepas kelas berakhir, mereka berempat berjumpa dengan Cikgu Tiffany.
Belum sempat mereka berkata apa apa, Cikgu Tiffany mengeluarkan arahan.
" Kamu berempat mula berlatih petang ini. Decide nak nyanyi lagu apa." ujar Cikgu Tiffany.
" Tapi kami...." Taemin bersuara.
" Tak de tapi tapi. Lets do it. Work as teammates." Cikgu Tiffany melontar kata. Mereka berempat terdiam dan menyinggul siku antara satu sama lain.
" Eottokaeji??!!" Naeun mengeluh.
" Buat sajalah. Baru nak audition. Bukan terpilih lagi. " Eunji berkata menenangkan keadaan.
Chanyeol ligat memikirkan apa yang dia harus lakukan.
" Chanyeol, petang ini jom ikut aku." ujar Eunji.
" Pergi mana?" tanya Chanyeol.
" Pergi berlatihlah. Even terpaksa tapi kena usaha juga. Nanti malu pula depan juri." Eunji menjawab.
Taemin dan Naeun berbisik antara satu sama lain.
" Apa yang korang bisik hah?" Eunji menegur perbuatan mereka.
" Korang mengumpat aku ye?" Chanyeol pula berkata.
Taemin dan Naeun sekadar tersenyum.
" Adalahh." Taemin berkata dan menarik tangan Naeun pergi meninggalkan mereka berdua.
" Apa agaknya rancangan dua ekor tu?" soal Chanyeol.
" Entahlah." Eunji menjawab.
Mereka berjalan berduaan. Kesempatan itu dimanfaatkan Chanyeol sepenuhnya. Dia cuba memegang tangan Eunji tetapi gagal. Dia kecewa. Eunji yang sedar keaadaan itu tersenyum kemudian dia mengambil tangan Chanyeol dan memegangnya erat. Chanyeol kembali tersenyum keriangan.