Istimewa

553 43 3
                                    

Eunji memerhati segenap sudut bilik Chanyeol. Kemas dan bersih. Ada sebuah potret keluarga yang tergantung di dinding. Dia melihat sepasang suami isteri bersama seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan. Budak lelaki itu tentulah Chanyeol.

' Comel ' bisik hatinya.

Budak perempuan itu semestinya adik Chanyeol. Ini tentu ibunya dan lelaki dewasa itu tentu ayah Chanyeol. Tetapi dia tidak melihat ayah dan adik Chanyeol. Persoalan itu dibiarkan. Dia segera menukar pakaian yang telah disediakan oleh Chanyeol.

Sewaktu dia keluar dari kamar itu, dia terdengar perbualan anak beranak itu.

"Omma, Eunji cantik kan?" tanya Chanyeol kepada ibunya. Ibunya hanya tersenyum. Memang anak aku ini sedang angau.

"Cantik. Cantik sangat. Omma suka senyumannya. Manis. Pandai anak omma memilih.

"Mestilah. Gadis kesayangan Chanyeol." ujar Chanyeol bangga.

Eunji tersenyum sendiri. Chanyeol begitu bangga akan dirinya.

Eunji mengambil tempat duduk di sebelah Chanyeol.

" Eunji, jemput makan. Panaskan badan kamu tu. Nanti demam, susah. Maaflah masakan ommunie tak seberapa ini" jemput ibu Chanyeol.

" Eh tak apa. Ini pun sudah mencukupi. Nampak sedap. " ujar Eunji.

Dia terus merasa masakan ibu Chanyeol. Eunji tersenyum gembira.

" Mashitaaaa" Eunji berkata.

Ibu Chanyeol tersenyum.

"Chanyeol ahh. Tadi saya nampak potret keluarga awak. Comelnyaaaa awak!" ujar Eunji sambil mencubit pipi Chanyeol. Chanyeol mengaduh. Pipinya kemerahan. Bukan sebab malu tapi kesan cubitan Eunji. Eunji ketawa.

" Gundae, saya tak nampak pun ayah dan adik perempuan awak." ujar Eunji. Suasana menjadi sepi. Eunji kehairanan.

" 5 tahun lepas, ommunie mengandung. Ommunie telefon appa Chanyeol yang berada di bandar bersama dengan adik Chanyeol kerana ommunie perut ommunie terlampau sakit. Akibat terlampau panik, appa dan adik Chanyeol terlibat dengan kemalangan dan maut. Kandungan ommunie pula gugur akibat tekanan perasaan. Ommunie rasa bersalah sangat kerana ommunie rasa ommunie yang menyebabkan kematian mereka.Sekarang ini ommunie ada Chanyeol sahaja untuk teruskan hidup." jelas ommunie dengan riak muka sedih.

Eunji rasa bersalah.

" Ommunie. Bianatta. Saya tak sepatutnya tanya." Eunji bersuara. Sungguh dia tidak percaya keluarga ini menyimpan kepahitan ini.

" Gwenchana. Bukan kamu tahu pon. Kamu bukan ade telepati nak tahu semua benda ini." ibu Chanyeol cuba memeriahkan keaadan. Chanyeol yang hanya mendiamkan diri segera menukar topik.

"Eunji, awak cerita lah pasal diri awak pula." ujar Chanyeol.

" Oh saya! Appa saya meniaga. Mak saya pula meninggal dua tahun lepas. Saya tiada adik beradik lain. Tiada apa yang istimewa pasal diri saya. Tapi kan? Boleh tak saya panggil ommunie Omma?" Eunji melontar kata. Ibu Chanyeol tersenyum.

" Mestilah boleh." balas ibu Chanyeol.

Sewaktu Chanyeol menghantar Eunji pulang, Eunji teringat kisah keluarga Chanyeol. Kisahnya lebih kurang dengan kisah keluarga Eunji.

" Chanyeol ahh. Boleh saya tanya satu soalan?" ujar Eunji.

" Tanyalah. Kaunter dibuka." jawab Chanyeol dengan lawak hambarnya.

Eunji tersenyum.

" Awakk... Awak tak marah ke dekat Omma awak? Maksud saya pasal kemalangan itu?" soal Eunji.

" Hah? Oh. Pada mulanya saya marah la juga. Yelahh. Appa saya adalah hero saya. Mana mungkin saya boleh terima begitu sahaja atas kehilangannya. Namun, saya tersedar. Omma sayalah yang paling terseksa. Dia kehilangan suaminya. Kehilangan dua anaknya. Dia seorang ibu. Hati ibu mana tidak sedih melihat kematian anaknya. Dia hidup dengan appa saya lebih lama berbanding saya. Tentunya dia lebih sedih. Saya sedar kematian itu bukan atas kehendak omma saya. Itu adalah takdir. Jadi, saya nekad. Saya nekad untuk terima seadanya. Dia hanya ada saya dan saya hanya ada dia. Saya cuba sedaya upaya menghiburkan hati omma saya kerana kasih sayang saya lebih besar berbanding kemarahan saya." jawab Chanyeol panjang. Eunji terharu. Dia teringat appanya. Maafkan Eunji appa.

" Chanyeol ahh. Awak begitu istimewa. Awak baik tabah dan pandai. Saya ini tak ada apa keistimewaan pun. Tapi kenapa awak suka saya?" ujar Eunji menahan air matanya.

Chanyeol memegang bahu Eunji. Dia merenung ke dalam anak mata Eunji.

" Bagi saya, awak begitu istimewa. Ada sesuatu yang ada dalam diri awak yang begitu istimewa. Dan saya tertarik dengannya. Setiap manusia ada keistimewaannya. Awak nak tau apa keistimewaan awak? " soal Chanyeol membuat Eunji terpaku.

Chanyeol mendekat dirinya kepada Eunji dan berbisik. " Awak cantik, comel dan berbakat. Tapi saya paling suka awak sebab awak berani. Awak sahaja yang berani back up saya di depan orang ramai. Awak seorang saja yang berani melawan Min Ah. Awak seorang saja. Dan awak seorang saja milik saya."

Eunji masih terpaku. Chanyeol mengambil tangan Eunji lalu menciumnya. " Nanaeun niga neomu chowa. Eunji ya. Chowahaeyo." Chanyeol meluahkan perasaannya. Eunji terpaku.

" Nado. Niga chowa." ujar Eunji perlahan namun dapat didengari oleh Chanyeol. Chanyeol terus memeluk Eunji erat.

" Jadi sebab awak special bagi diri saya dan saya special bagi diri awak, Lets be a real couple , huh?" Chanyeol berkata. Eunji membalas pelukan Chanyeol tanda setuju. Lama mereka berpelukan. Tanpa disedari, ibu Chanyeol memerhati mereka di tingkap.

" Aigooo, orang muda sekarang bercinta. Sweetnya mereka. Macam drama pula. Eh, drama aku dah startlah." ibu Chanyeol bercakap sendirian dan segera membuka televisyen.

Love you Love you not?Where stories live. Discover now