Bab 22

36 8 0
                                    


"Aku mahu pergi jauh"

"Ke mana?"

"Mencari ketenangan. Tapi sebelum aku pulang, aku akan menceritakan dengan jelas segalanya pada kamu".

Khairul hanya menganggukan kepalanya. Dia menoleh menghala tepat ke arah Asri yang duduk di sebelahnya.

"Aku juga pengamal ilmu Batara karang"

Mulut Khairul sedikit terlongo.

"Tapi aku tiada niat buruk pada manusia. Aku suka manusia" Asri tersenyum nipis.

"Aku mengamalkan ilmu Batara karang tanpaku sedar. Tok guruku menyuruhku amalkannya untuk berlawan dengan musuh keturunanku. Batara karang satu ilmu hitam yang dimana tubuh pengamalnya akan terus hidup selama mana yang dia mahu. Syaratnya adalah dengan membahagikan nyawanya pada sesuatu yang boleh menyimpan nyawa. Aku membuat keputusan memilih tiga benda untuk menyimpannya iaitu tangkal pendua, cincin milik abang kembarku dan...

"Dan?"

"Dan tubuh Puteri Kasturi"

"Kau... biar betul" Khairul memandang Asri tidak percaya.

"Dengan itu aku memang betul-betul akan hidup lama, sangat lama kerana keturunan Puteri Kasturi sentisa berkembang. Aku akan mati jika tiada lagi darah Kasturi mengalir dimuka bumi ini".

"Maksud kau kalau aku mati, kau pun mati?" soal Khairul.

"Tampaknya begitu. Haruskah aku teruskan hidup aku begini?" soal Asri sambil menghela nafas panjang.

Tujuh tahun setelah kemangkatan Pemaisuri Mawar dari Samudera.

Jeritan Kasturi terdengar di setiap penjuru rumah itu. Wanita tua itu berpeluh-peluh cuba apa yang termampu.

"Kuat lagi! Lagi sikit!" ujar bidan kampung itu.

"Takkkk!!!! Allah!!! ya Allah!!" semakin galak jeritan Kasturi Putih.

Kehulu-hilir Adi Dahlan di hadapan pintu bilik itu. Jantungnya berdebar-debar menantikan anak pertamanya. Asri muncul dari pintu rumah itu terus ke arah Adi.

"Macam ma...

"Aaaadddiiii!!!! Allahh!"

Dengar sahaja jeritan itu Asri sudah tak keruan. Pintu bilik itu terkuak. Terjengul kepala bidan kampung itu sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, yang lahir sang Putera".

Pantas Asri dan Adi melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Kakanda datang juga?" soal Kasturi Putih ketika terlihat Asri.

Adi membelai lembut kepala Kasturi Putih dan mengucap syukur kepada Ilahi. Senyuman mereka terukir gembira.

"Tiada lagi istana untuk keluarga ini" pesan Kasturi Putih kepada mereka agar mereka dapat hidup seperti orang yang biasa sahaja.

***

Pandangannya tertumpu pada jalan raya yang sarat dengan kereta dan orang ramai yang melintas. Kakinya sudah kaku berdiri setengah jam menunggu bas. Ini semua gara-gara rakannya yang tak berapa bertauliah. Sudah meminjam tidak tahu memulangkan keretanya. Dalam hati mengumpulkan dendam yang bakal dilunaskan kepada peminjam kereta itu. Dia menyentuh wajahnya yang berparut teruk. Dia cuba sedaya upaya untuk tidak memikirkan kejadian yang lalu. Dia termenung jauh.

Bas awam sudah sampai disempang berdekatan. Semua penumpang mula beratur untuk menaiki bas tidak terkecuali dirinya. Disebabkan ramai penumpang pada hari selasa itu, dia terpaksa berdiri selama setengah jam untuk sampai ke rumahnya. Jam menunjukkan pukul 6.13 petang. Hujan yang tadinya lebat sudah semakin renyai. Walaupun bas itu tidak memasang pendingin hawa yang maksima tetapi tubuhnya sudah mengigil kesejukan. Setelah lima belas minit berdiri dia dapat duduk dikerusi yang telah kosong. Ketika itu kedengaran nada dering yang memainkan lagu band. Dia menyentuh skrin telefonya dan panggilan di jawab.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now