Negeri Cahaya, 1880
Kaum lelaki bertungkus lumus membungkus barang-barang untuk dibawa sepanjang penghijrahan mereka. Si wanita pula mempersiapkan diri agar tidak dilihat oleh baginda raja Sultan Dalha. Malam itu seluruh negeri Cahaya senyap sunyi hanya diiringi nyanyian cengkerik dan burung hantu. Kebanyakkan rumah-rumah disitu tiada lagi penghuni. Gelap tanpa cahaya. Ketakutan menyelubungi negeri itu.
Dalam kegelapan itu, ramai rakyat negeri Cahaya senyap-senyap membawa diri keluar dari negeri yang ditimpa musibah itu. Mereka harus keluar dari situ dengan segera tanpa dihidu oleh Sultan Dalha. Ketakutan terus menghantui mereka.
"Sudah ku nasihatkan padamu berkali-kali. Tinggalkan kaum perempuan untukku" satu suara datang dari langit.
"Tidakkah engkau takut dengan bala yang akan datang padamu?" sambungnya lagi.
Menggigil tubuh mereka yang masih tercegat memerhati sekeliling. Semua keluarga disitu menggenggem erat sesama mereka.
"Ini kali yang terakhir aku berikan amaran padamu wahai rakyat jelataku!" kini suara itu berteriak semakin kuat.
Ketika itu ada yang berlari membawa isteri dan anak-anak. Ada juga yang melarikan diri meninggalkan isterinya ketakutan dibelakang. Huru-hara mereka berlarian di dalam hutan menuju ke sempadan negeri Samudera. Suara jeritan ketakutan terdengar lantang di serata bumi Cahaya itu.
Kaum lelaki yang masih lagi gigih membawa lari kaum wanita di perhati dengan teliti oleh mata-mata Sultan Dalha. Tiada angin, tiada ribut kepala si kaum lelaki tertanggal dari tubuhnya. Berderaian air mata anak-anak dan isteri mereka. Tiada kekuatan lagi pada tubuh mereka untuk melarikan diri. Hanyir darah menyelinap masuk ke rongga hidung. Tiba-tiba tubuh golongan wanita diheret oleh sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan pancaindera mereka. Berasak-asak mereka cuba melepaskan diri tetapi gagal. Mereka kemudiannya dicampakkan ke dalam lubang batu seorang demi seorang. Entah apa yang telah menunggu mereka di dalam sana. Tiada seorang dari rakyat itu terlepas dari pandangan Sultan Dalha.
Apabila tubuh mereka dibaling ke dalam lubang itu, kedengaran tulang-tulang patah di rentap. Bau darah semakin memenuhi negeri itu. Tubuh mereka di dalam itu seperti dicarik-carik kasar sehinggalah hanya tinggal seorang sahaja wanita yang bakal dicampak sama. Lubang batu itu telah dipenuhi dengan darah kaum perempuan. Lelehan darah itu dicalit oleh gadis yang menunggu gilirannya.
"Ajian kau tidak akan sama dengannya. Dia jauh lebih hebat dari kau!" ujar gadis itu.
"Terima kasih memberikan kata-kata terakhir kau" kata Sultan Dalha yang memunculkan wajahnya di balik kegelapan malam.
Dalha menghalakan tangannya ke udara lalu terapung tubuh gadis itu tadi. Sesaat sebelum tubuhnya dicampakkan ke dalam lubang itu, sempat dia berkata.
"Mantra ini tidak akan menjadi dengan adanya darah diraja lahiran Samudera," wanita itu tersenyum sinis sebelum tubuhnya hilang ke dalam lubang.
Seketika itu, Dalha memandang kosong lubang batu yang sudah dipenuhi darah para wanita. Sunyi sepi negeri itu. Tiada lagi nyanyian burung dan cengkerik. Jantungnya seperti terhenti seketika.
"Jahanam kau Kasturi!!" teriaknya.
***
"Senyuman itu. Wajahnya sungguh mirip sekali" katanya didalam hati.
"Maafkan daku jika kehadiranku mengganggumu. Hadir aku disini untuk membela kematianku dan keluargaku" ucap Kas.
"Kalau kau bukan Kas, dimana Kas yang sebenar?" soal Shakir.
YOU ARE READING
SAMUDERA
HorrorSetelah seratus tahun berlalu, 'Misteri Lautan Darah' di negeri Cahaya masih belum dapat dirungkaikan. Penemuan Lubang Batu yang aneh baru-baru ini membangkitkan semula isu tentang musibah yang pernah berlaku. Setelah disiasat terdapat beribu serpih...