Cermin itu terus memantulkan objek dihadapannya. Matanya memandang tepat ke dalam cermin itu tanpa berkedip. Terlihat dua tubuh yang serupa dengannya di kiri dan kanan dalam cermin itu. Namun, wajahnya agak buruk berbanding dirinya sendiri. Dia menoleh ke kiri dan pusing kekanan pula.
"Kau takut?" soal Asri sambil tersenyum sinis.
Asri masih meneruskan kerjanya mengemas barang-barang miliknya tanpa menoleh ke arah Khairul. Suasana hening seketika. Kedengaran titisan cecair menitis di dalam baldi yang sudah separuh dipenuhinya.
Kini giliran Khairul pula tersenyum lalu berkata.
"Korban yang aku pilih bukan calang-calang dan bukan satu. Itu sudah cukup membuktikan aku lebih dari yang kau jangkakan"
Khairul menapak ke arah tubuh manusia yang tergantung di rasuk rumah kayu itu. Baldi yang sudah dipenuhi darah pekat ditukar dengan baldi kosong. Dia mengambil tempat di atas kerusi di suatu sudut. Dia memerhati wajah-wajah korbannya.
"Jadi mari kita mulakan upacaranya" ujar Asri yang datang mendekatinya.
"Khai...Khairul.. kamu jangan ikutkan nafsu syaitan itu. Masih ...masih ada lagi ja...lan kembali" kata seorang wanita tua.
Kedua mereka toleh ke arah tubuh wanita tua yang tergantung itu.
"Hidup lagi orang tua ini" ujar Asri sambil menghentakkan penukul besi pada kepala wanita itu.
Darah pekat terpercik pada dinding papan rumah itu. Khairul sempat memejamkan mata sebelum tukul itu terkena pada kepala isteri arwah Encik Ahmad. Dia menggenggam tapak tangannya memberi kekuatan pada dirinya sendiri. Asri bergerak membawa baldi yang dipenuhi darah Que dan juga Puteri lalu dimandikan tubuh Khairul dengannya. Mulutnya membacakan mantera-mantera yang sudah biasa diucapnya. Khairul mendiamkan diri sahaja ketika dirinya dilakukan begitu. Nafas ditarik dalam-dalam. Seiringan dengan suara Asri yang sedang ligat membaca mantera, Khairul bersuara tiba-tiba melagukan sesuatu.
"Gema suara alunan menari bersama"
"Yang indah fikirannya memiliki dengan mudah"
"Dia pujaan jua derita"
"Samudera teragung tinggi berkuasa"
"Satu nama menggenggam segala"
"Persembahkan korbanku untuknya"
"Tundukkan tuan si penguasa"
"Tercipta raja juga ratu Samudera"
Fixed blade disuakan pada pergelangan tangannya membelah sehingga ke nadinya. Sekelip mata tubuh Khairul berada di belakang Asri sambil mengacukan mata fixed bladenya pada leher Asri. Terkedu Asri dengan apa yang dilihatnya.
"Khai...
Khairul sudah memintas dahulu kata Asri.
"Samudera. Ilmu hitam yang terhebat untuk menundukkan segala sihir di muka bumi ini. Itu yang selama ini kau inginkan?!" Khairul tersenyum puas.
"Ak..ku rasa kau...salah faham ni Khairul" ujar Asri yang sudah menggigil ketakutan melihat tindakan Khairul yang begitu drastik.
"Cukup dengan helah kau selama ini, biar dia sendiri menentukan tuannya" kata Khairul terus mengelar leher Asri.
Cincin berbatu merah ditarik oleh Khairul dari jari tengah Asri. Membuak-buak darah keluar dari leher Asri. Matanya membuntang menahan sakit. Nyawanya kini dihujung tanduk. Tiada ucapan kalimah shahadah, tiada juga nama tuhan terkeluar dari mulutnya.
YOU ARE READING
SAMUDERA
TerrorSetelah seratus tahun berlalu, 'Misteri Lautan Darah' di negeri Cahaya masih belum dapat dirungkaikan. Penemuan Lubang Batu yang aneh baru-baru ini membangkitkan semula isu tentang musibah yang pernah berlaku. Setelah disiasat terdapat beribu serpih...