Bab 14

40 8 0
                                    


Sempadan Ukalaz, 1880

Petang itu dia berlari mencari kelibat Rojok. Dadanya turun naik dengan pantas. Ke kiri ke kanan matanya melilau mencari batang tubuh Rojok.

"Dari mana kamu?" soal Rojok apabila ternampak anak muridnya itu.

"Dia memang pengamal ilmu Bhatara karang. Dia ada ajian yang hebat. Aku lihat dengan mata kepalaku sendiri. Dia membunuh seluruh rakyatnya semata untuk dapatkan ilmu itu. Negeri itu sudah seperti lautan darah"

"Kau takut atau kau tercabar dengannya?" soal Rojok

"Aku mahukannya. Sekarang. Ajian seperti itu."

"Bawakan korban yang sama hebat dengan ajiannya. Banyak korbannya, hebat lagi kuasanya"

"Korban? Yang lebih ramai?" matanya memandang Rojok tidak percaya.

"Iya"

"Tiada jalan lainkah Rojok? Aku tidak mahu jadi seperti sultan durjana itu. Aku hanya perlu kuasa yang setandingnya sahaja"

"Tahukah engkau si pemegang ajian Samudera itu jauh lebih hebat dari sihir yang ada dimuka bumi ini" soal Rojok.

"Siapa yang setanding dengan Sultan jahanam itu? Katakan padaku?!" asaknya kepada Rojok.

Tiga tahun berlalu dengan pantas. Asri bukan sahaja mahir dalam mengubati orang malah tangkas dalam ilmu pertahanan diri. Setiap hari dia diberi latihan dan ilmu baru dari Rojok. Tubuhnya kini semakin gagah dan tegap. Dia sudah tekad untuk mencari jalan pulang ke istana. Hari itu dia mengumpul apa yang perlu dibawa sebagai bekalan pulang.

"Kamu mahu pulang?" soal Rojok

Dia hanya tersenyum tanpa memandang ke arah Rojok sambil tanganya ligat membungkus apa yang patut. Dia sudah bersiap siaga untuk pulang dan melangkah ke arah pintu. Tanpa menoleh ke belakang dia mengucapkan terima kasih kepada Rojok kerana telah menjaganya dan mengajarnya. Dia melangkah keluar dari situ.

"Tuanku dialu-alukan untuk bertandang disini lagi" ujar Rojok sambil tunduk hormat padanya.

Asri sedikit tersentak dengan keterangan itu. Namun dia terus meneruskan langkahnya. Tiga hari berjalan mencari jalan pulang, akhirnya dia menjumpai jalan yang sangat tidak asing baginya. Dia menyusur tebing tinggi itu dengan senyuman kegembiraan. Tiba-tiba dentuman kilat kuat terdengar dilangit. Sekali lagi kilat menyambar pula pokok tinggi disitu menyebabkan pokok itu bersujud ke tanah.

Hujan lebat mulai turun. Dia berlari terus mendekati pintu istana. Seketika itu sekumpulan tentera yang cedera parah menghampiri pintu gerbang istana. Dia pantas menyembunyikan diri disebalik pokok. Hingar bingar dek suara jeritan mereka.

Dia cuba menjangkakan apa yang sebenarnya sedang berlaku. Dia menjengulkan kepalanya sedikit dan terlihat Putera Asyriq sedang sibuk mengaturkan tentera. Perasaan rindunya terhadap abang kembarnya mula membuak-buak. Dia mendekati lagi pintu masuk itu dan terlihat jelas raut wajah Putera Asyriq yang tiada lagi keceriaan seperti selalu. Dia memandang sayu. Keliru apa yang harus dilakukannya. Dia mengambil keputusan untuk tidak memunculkan diri dihadapan mereka.

Dia menyelinap masuk melalui tembok istana. Tangkas dan kemas pergerakannya. Dia melompat masuk pula ke kamar milik bondanya. Alangkah terkesimanya dia melihat darah mengalir di lantai kamar itu. Untuk seketika tubuhnya kaku. Matanya kemudian menangkap satu pergerakan di dalam kamar itu. Walau dalam kegelapan dia masih dapat tahu ada seseorang di dalam bilik itu sedang menyembunyikan diri. Dia berdiri tegak tanpa sebarang pergerakan darinya.

SAMUDERAWhere stories live. Discover now