𝟎𝟑

142 26 31
                                    

Kereta yang dipandu Aimi kini berhenti di hadapan sebuah bangunan besar dan moden reka bentuknya. Tinggi batang hidung mereka melangut lihat bangunan yang tinggi itu dari atas ke bawah.

Bangunan yang dicat dengan warna cerah, menonjolkan lagi unsur keceriaan dalam seni bina moden. Unsur ergonomik turut diaplikasikan pada bangunan megah itu menjadikan ia lebih unik dan berkualiti tinggi.

Eleutheromania National Highschool.

Nama gah itu tertera pada pintu gerbang digital sekolah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Eleutheromania, salah satu sekolah berprestasi tinggi yang tersergam indah di Kuala Lumpur. Mereka hanya mengambil pelajar yang terbaik dari segi akademik dan kokurikulum demi menjaga nama baik dan mengekalkan prestasi cemerlang sekolah. Sekolah ini juga menawarkan pengambilan aliran sains tulen sahaja untuk pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Aimi memarkirkan keretanya di tempat letak kenderaan yang khas untuk pelajar. Butang untuk matikan enjin ditekan. Sebaik saja enjin kereta mati, tali pinggang keledar tertanggal dengan sendirinya.

“Aku nak ingatkan korang untuk rahsiakan misi kita dari sesiapapun di sini. Jangan sampai ada yang dapat tahu identiti kita. Faham?” Suara tegas Fa mematahkan keheningan di dalam kereta.

Laila buat muka bosan. “Okay. Jangan kantoi. Now, can we go?” tanyanya dengan nada malas.

“Jom!” jerit Lia. Kalau ada yang paling semangat, dialah orangnya. Dia merasakan hari ini akan jadi hari yang baik untuknya ketika bangun pagi tadi.

Lacuna keluar dari perut kereta. Para pelajar yang lalu-lalang di situ saling berbisik-bisik sambil memandang mereka dari atas hingga bawah.

Bagaimana reaksi ahli Lacuna? Lia dan Kyla hanya tenang dan berlagak selamba. Fa dan Syad tiada perasaan. Aimi pula tertunduk malu sementara Laila...

“Apa pandang-pandang? Tak pernah nampak orang ke?” Jeritan nyaring Laila membingitkan seluruh kawasan. Cepat-cepat pelajar yang berbisik tadi kembali melangkah menuju ke blok kelas.

“Jakun sangat dah kenapa?” Laila menggulingkan matanya. Menyampah!

Lia mencuit bahu Laila dengan jari telunjuknya. “Garang sangatlah Kak Laila ni. Takutnya kita,” usiknya dengan sengihan lebar.

Mereka yang lain menahan tawa melihat wajah Laila bertukar cemberut.

“Aku bagi juga kau ni kang.” Laila mengacu penumbuknya kepada Lia.

Lia mengangkat kedua tangan tanda mengalah sambil tertawa kecil.

“Jomlah naik jumpa pengetua. Aku dah tak sabar nak jumpa kawan baru ni.” Kyla melangkah penuh riang. Mereka yang lain membuntuti saja langkah gadis itu.

Well hello, young ladies.”

Tidak sampai lima langkah, satu suara menyapa mereka sekaligus mematikan langkah mereka.

Dalam drama atau novel cinta, pasti ada watak digelar hero dan inilah dia dua orang daripada lima hero kita.

Farhan Rayyan, si ketua pengawas yang berkulit cerah. Orangnya tinggi. Dia sedang berpeluk tubuh. Pinggir bibir yang tersenyum senget tidak mencacatkan kekacakannya langsung.

Tiba-tiba Jatuh CintaWhere stories live. Discover now