𝟎𝟗

92 10 0
                                    

Perlawanan bola keranjang antara SMK Habromania dengan SMK Eleutheromania diadakan di gelanggang bola keranjang SMKE. Pelajar tingkatan 5 Chromium dan 5 Titanium turun ke gelanggang memberi sokongan kepada pasukan sekolah sementara pelajar kelas 5 Magnesium tidak.

Aimi dan Kyla duduk bersebelahan di barisan kedua hadapan manakala Fa dan Syad yang tidak berminat menyaksikan perlawanan duduk di barisan paling belakang.

Aimi membongkokkan badannya lalu dagunya ditongkat. Mata gadis itu tak jemu mengekori Amsyar yang bermain di dalam gelanggang. Lelaki yang main bola keranjang jaranglah tak attractive.

Kyla menoleh ke sebelahnya. Aimi kelihatan merenung seseorang tak lepas. Bahu Aimi disenggol. “Ehem, ehem. Usha siapa itu?” Bibirnya terjungkit nakal.

Aimi melakar sengihan kecil lalu menggelengkan kepalanya. Tak sangka pula Kyla perasan tingkahnya.

“Amsyar eh?” Bukan Kyla tidak perasan interaksi antara Aimi dengan Amsyar sejak hari pertama mereka di sekolah itu. Jelas benar yang mereka berdua jatuh cinta pandang pertama.

Pipi Aimi berubah merah. “Ma... mana ada,” nafinya sambil menggeleng kepala.

Makin galaklah Kyla mengusiknya. “Malu pula. Tadi bukan main lagi tenung Amsyar tak lepas langsung.”

Aimi mula tak selesa dengan usikan Kyla. Dia terus menukar topik perbualan. “Eh Kyla, cuba tengok pihak lawan yang kat hujung tu. Hensem kan dia?” Jari dihala pada pemain SMKH yang berdiri di hujung gelanggang.

“Takdelah hensem mana.” Kyla menggeleng tidak bersetuju.

Aimi tersenyum sendiri. Dia menghala pula jarinya kepada seorang lelaki yang sedang menjaringkan bola. “Kalau yang tu, hensem kan?” Meleret-leret nadanya penuh makna.

Mata Kyla mengikuti arah yang ditunjuk jari Aimi. Tak semena-mena, pipinya membahang. Jari Aimi menghala ke arah Farhan.

Jari Aimi ditepis Kyla. “Ish, merepeklah Aimi,” gumamnya perlahan.

Kata-kata Kyla disambut hilaian tawa Aimi. Terhibur benar dia dengan reaksi spontan Kyla.

Satu pertanyaan tiba-tiba terlintas di fikiran Kyla. “Tapi Aimi, macam mana kau tahu?”

“Amsyar cerita kat saya.”

“Jangan salah faham. Aku dengan Farhan, kitorang takde pape pun. Dia tutor aku je,” jelas Kyla. Dia tak mahu Aimi salah faham dengan hubungan mereka.

Perlahan-lahan Aimi tersenyum. “Hm... mula-mula tutor, selepas tu? Ha pandai-pandailah awak fikir ya.” Ayatnya disertai tawa kecilnya.

Mata Kyla membulat. Bayangan dia dengan Farhan berbual mesra seperti pasangan kekasih muncul di ruang fikiran. Cepat-cepat dia mematikan bayangan itu. Ngeri tak terkata!

Tiupan wisel berbunyi. “5 minutes break!” Pasukan bola keranjang SMKE dan SMKH masing-masing bergerak ke kawasan rehat mereka.

Aimi mengerling ke belakang. Dia mencari kelibat Fa dan Syad. Nampaknya mereka berdua sibuk dengan telefon masing-masing. Ini peluang dia!

Aimi pantas bangkit. “Amsyar!” Tangan diangkat tinggi lalu dilambai ke arah Amsyar. Amsyar lantas berlari menghampiri gadis itu.

“Untuk awak.” Sebuah botol air dihulur kepada Amsyar dengan senyuman.

Amsyar menyambut huluran itu lalu terus meneguk air dengan rakus.

Tanpa sengaja, mata Aimi terpandang leher dan dahi Amsyar yang basah dengan peluh. Halkum Amsyar yang bergerak-gerak membuatkan dia menelan air liur sendiri. Mama, Ina cair!

Tiba-tiba Jatuh CintaWhere stories live. Discover now