𝟎𝟒

120 24 20
                                    

Malam itu, Kyla sedang duduk di hadapan meja belajar di bilik. Tablet pintarnya diletakkan sekejap di atas meja. Tangan naik mengurut tepi dahi. Tertekan kerana tidak dapat memahami soalan walhal dia sudah membaca topik itu ketika waktu rehat di sekolah pagi tadi.

Aimi yang berbaring di atas katilnya sambil bermain telefon pintar mengalih perhatian kepada Kyla. Direnung setiap tingkah gadis itu. “Awak buat apa, Kyla? Saya tengok tension semacam je,” tegurnya prihatin.

Kyla mengerling ke arah Aimi sekilas. “Kerja rumah Bio. Haah, memang tension pun.” balasnya acuh tak acuh. Setiap kali dia tak dapat jawab soalan, pasti anginnya tidak baik. Tablet pintar dicapai semula. Jari menggesek skrin untuk membaca kerja rumahnya semula.

Aimi sengih kecil. Tahu benar Kyla yang bermusuhan dengan subjek itu tetapi dia tidak boleh bantu apa. Dia pun dua kali lima sama seperti Kyla juga. “Fighting! Saya tidur dulu ya.” Dia meletakkan telefon pintarnya sebelum menyelesakan posisi pembaringan di atas katil.

“Tidurlah. Aku belajar kat luar,” ujar Kyla lalu bangun dari kerusinya. Tablet pintar dan telefon dibawa bersama.

Aimi terus mencelikkan mata semula. “Eh takpe. Belajar jelah kat situ.” Dia tidak mahu Kyla menyusahkan diri sendiri hanya kerana dia mahu tidur. Lagipun mereka berkongsi bilik yang sama, haruslah saling memahami dan bertolak-ansur.

Kyla menghulur senyuman nipis. “Nanti kau tak boleh tidur. Kau kan susah tidur kalau lampu terbuka.” Dia mengingatkan Aimi. Dia sentiasa peka akan rakan-rakannya.

Lantas, Aimi tersedar akan perkara itu. “Thank you, Kyla.” Itu diucap olehnya beserta senyuman sebelum Kyla menapak keluar dari bilik.

Kyla masuk pula ke dalam bilik miting yang bersebelahan dengan bilik Syad dan Fa. Dia melabuh duduk atas salah satu kerusi. Soalan tadi dibaca semula sebelum deringan telefon menarik perhatiannya.

Kyla jeling nama pemanggil. Matanya membulat sedikit apabila nama Adam tertera. Degupan jantung berubah rentak menjadi laju.

“Adam,” seru Kyla perlahan selepas menjawab panggilan itu.

“Ka... kak...” Suara adik kecilnya itu serak diselangi esakan kecil.

Kyla dapat membayangkan tubuh Adam menggeletar ketakutan. Hatinya dipagut rasa tidak senang. Dia tahu benar kenapa Adam menangis.

“Shh... takpe Adam. Adam masuk bilik ya? Baring, tutup telinga dengan bantal macam kakak selalu ajar.” Sedaya upaya dia mengawal nadanya meski hati diambang kerisauan yang teramat.

Adam menurut kata kakaknya. Tadi, dia duduk di tangga teratas mengintai kedua orang tuanya di tingkat bawah. Kini, dia bangun menuju ke bilik di sudut paling hujung. “Kakak, Adam scared,” adu adik Kyla yang berusia lima tahun itu.

Kyla mengetap bibirnya. Dia benci dengan situasi sekarang. Dia tidak ada di sisi Adam seperti selalu. Dia merasa tak berguna sebagai seorang kakak.

“Kakak ada, Adam. Jangan takut. Adam masuk bilik kakak. Anggap kakak ada teman Adam macam selalu. Boleh, sayang?” Kyla cuba memujuk lembut.

“Okay, Adam go to kakak's room.” Meskipun teresak-esak, Adam masih menjawab. Kaki kerdilnya berjalan ke bilik kakaknya pula.

Tiba-tiba Jatuh CintaWhere stories live. Discover now