𝟎𝟖

69 16 6
                                    

Farhan menopang dagu sambil merenung sisi wajah Kyla lama. Gadis itu khusyuk benar dengan buku tab Kimianya. Sudah sepuluh minit dia di sini tetapi Kyla tetap mengabaikannya.

“Kalau kau free petang ni, apa kata kau stay up kat sekolah?” Farhan membuka topik perbualan untuk menarik perhatian gadis itu.

Dahi Kyla berkerut. Matanya masih membaca topik yang dia belajar. “Nak buat apa? Saya banyak kerjalah kat rumah. Bukan macam awak. Goyang kaki je kat rumah.” Sempat lagi dia menyindir Farhan.

Tak semena-mena, senyuman nakal terbit di bibir Farhan. “Macam mana kau tahu? Kau skodeng aku eh?” usiknya sambil menuding jarinya pada Kyla.

Kyla mengangkat kepalanya memandang Farhan dengan riak yang kosong. “Tak ada masa saya nak skodeng awak. Ha, kenapa saya kena stay up?”

“Teman aku training basketball. Lusa aku ada tournament.” Bersinar-sinar mata Farhan berharap gadis itu akan setuju untuk menemaninya.

Kyla pantas menggelengkan kepalanya. Mati senyuman Farhan serta-merta. “Saya kena belajar. Esok ada test.” Dia perlu kuasai topik yang akan masuk ujian Kimia esok. Dia tak mahu gagal ujiannya seperti di akademi.

Farhan mengangguk faham. Dia menongkat dagu sambil merenung Kyla. Suka benar dia melihat kesungguhan gadis itu untuk belajar.

“Awak takde benda lain ke nak buat? Asyik ganggu saya je. Nanti apa pula peminat awak fikir,” ujar Kyla berbaur perlian sambil membelek-belek buku tab Kimia miliknya. Dia tak faham satu soalan ini dari modul sebenarnya, itu yang dia duk belek-belek buku tab.

Farhan memanjangkan lehernya untuk melihat modul Kyla sekilas. “Ada apa-apa yang kau tak faham ke?” Dia bertanya walhal terang lagi bersuluh Kyla kesusahan. Dari wajah gadis itu saja, dia boleh tahu.

“Tak a...”

“Nak aku ajar tak?”

“Ta...”

“Meh sini buku tu. Aku ajar supaya cepat faham.” Tanpa sempat Kyla menjawab, modulnya ditarik dari tangan gadis itu.

“Tapi...” Ingin saja Kyla menghalang tetapi Farhan lebih mendahuluinya.

“Keputusan muktamad. Aku akan jadi tutor kau. Hari Isnin dan Rabu di library, Sabtu dan Ahad di rumah keluarga aku. Kelas akan mula hari Rabu ini,” tegas Farhan. Dia tidak memberi peluang untuk gadis itu menolak. Apa salahnya dia menolong kan? Crush sendiri pula tu.

Kyla terdiam sendiri. Sisi wajah Farhan yang ralit membaca modulnya ditenung. Kenapa baru sekarang dia perasan eh? Farhan ini kacak juga.

Farhan berdehem. Jarinya menuding pada modul Kyla. “Tengok sini bukan tengok aku. Yang mana kau tak faham ni?” tegurnya setelah ekor matanya menangkap Kyla memandangnya.

Mata Kyla terkedip-kedip lantas mengalihkan pandangan pada bukunya. Malu tingkahnya ditegur begitu.

“Ya... yang ni.” Salah satu soalan ditunjuk dengan jari telunjuk. Kyla ketap bibir. Sejak bila kau gagap ni Kyla?

Farhan menyembunyikan senyumannya. Tahu pula dia malu ya.

“Okay. Sebelum kita jawab soalan
3b, kita rujuk balik jawapan kau dekat soalan 3a. Sel K ialah yis. Soalan 3b(i) nak kita terangkan apa jadi dekat sel K kalau persekitarannya tiada oksigen. Do you have any answer on your mind?”

Tawa kekok Kyla meletus. “Nanti awak gelak. Saya rasa jawapan saya mengarut.”

“Aku janji tak gelak. Aku tak boleh tolong kau kalau aku tak tahu kelemahan kau.” Farhan cuba memujuk. Sebagai seorang tutor, dia perlu kesan kelemahan Kyla.

Tiba-tiba Jatuh CintaWhere stories live. Discover now