Bab 1

249 1 1
                                    

   Firdaus risau melihat rakannya, Hafiz yang tidak habis-habis termenung. Dia perhatikan sahaja rakannya itu. Termenung lalu membuat muka keliru. Pelik sungguh! Sudah setengah jam budak itu berada dalam keadaan yang sama. Sudah lapar ni!

     "Wei, Hafiz! Bila kita nak makan ni? Aku dah lapar sangat ni! Punyalah aku tunggu nak makan bersama dengan kau. Kau tengok jam sekarang ni! Sudah 30 minit tau kau sudah termenung!", rungut Firdaus yang kelaparan. Lamunan Hafiz terhenti apabila dikejutkan dengan amarah Firdaus itu.

     "Sorry, sorry. Aku tak perasan tadi." Dia mula menggerakkan tubuhnya untuk menjamah makanan. Firdaus yang kelaparan mula menyantap makanan dengan gelojoh sekali. Amboi! Bukan main berseleranya dia makan. Hmmm, maklumlah kerana sudah setengah jam menahan lapar. 

   Balik sahaja daripada bekerja, Hafiz terus ke biliknya lalu membaringkan dirinya ke katilnya yang empuk. Wah, sedapnya baring begini sepanjang hari! Mahu sahaja dia hendak berhenti kerja dan melepak di rumah sepanjang hari. Namun, oleh kerana kesempitan wang, menyebabkannya terus gigihkan diri untuk bekerja. Alahai, nasib badan ini!

     Telefonnya berdering selepas itu.

     "Driiiing!"

     Pada mulanya, dia tidak mahu mengangkat kerana badan sudah terlalu letih dan penat. Namun, terpaksa juga dijawabnya dengan segera kerana bunyinya terlalu membingitkan relinga. 

     "Hello! Ni siapa? Sorry, saya rasa tak ada mood nak melayan orang. Bye!". Talian tersebut dimatikan. Entah anak siapa yang selalu menelefon aku! Setiap hari nombor yang sama yang menelefon. Tak pernah jemu langsung! Tahu-tahu sahaja, dia mesti akan menghubungiku selepas balik dari kerja. Rasa seakan-akan diperhatikan sahaja. Seram! Kini, notifikasi mesej pula yang masuk. Aduhai! Dia pun membacanya:

Awak, saya mintak maaf kalau ganggu awak. Saya nak bagitahu yang saya rasa bersalah sangat sebab tinggalkan awak. Lelaki tu memang tak guna. Saya kesal sebab dipukau dengan kekayaan dia. Saya mengaku yang saya dah banyak buat salah pada awak. Baru saya sedar yang cinta awak pada saya ini tulus, bukannya palsu semata-mata. Sekali lagi lagi saya minta maaf. (Dari: Nabila Huseini).

     Hafiz tidak mengendahkan mesej tersebut. Kalau diikutkan, dia mahu sahaja mengeluarkan kata-kata kesat kepada Nabila tetapi bibirnya tidak mampu untuk mengeluarkan kata sumpahan tersebut. Namun, tiada maknanya lagi jika dia berbaik dengan Nabila kerana dia bukannya mengerti apa itu cinta sejati. Dia tidak tahu betapa pedihnya hati apabila ditinggalkan oleh orang yang kita sayang dan cintai. Yang dia tahu hanya duit aku, duit aku, duit aku! Itu saja yang difikirkannya. Apabila ada orang yang lebih kaya dari Hafiz, Nabila terus memutuskan hubungannya dengan Hafiz. Sunggu tak disangka-sangka!

   Hari sudah malam. Hafiz mempersiapkan dirinya ke bilik air untuk mandi. Setelah selesai mandi, dia menunaikan solat fardu Maghrib. Setelah selesai solat, dia menggoreng nasi goreng dan membancuh secawan kopi. Maklumlah, kadang-kadang, hidup membujang mana rajin nak masak masakan berlauk. Cukup sekadar hidangan sepinggan lengkap buat dirinya sahaja.

   Televisyen dibuka. Tiada cerita yang menarik. Tengok movie la! Dia memasang pendrive di TV. Dia membuka cerita Monsters University. Boleh la, asalkan boleh enjoy sambil memakan nasi goreng. Yum yum! Lapor! Sambil menikmati masakannya, diteguk air kopi yang berlemak dengan susu cair.

   "Huargh Mengantuknya!" Hafiz kelihatan letih. Dia mengambil langkah untuk menutup cerita tersebut, lalu menunaikan solat Isyak. Selepas sahaja menunaikan solat, dia membaringkan diri ke katil lalu tertidur. Pinggannya yang masih bersisakan lebihan nasi goreng itu dibiarkan begitu saja di dapur dek kerana malas serta keletihan.

_________________________________________________________________________

Hi semua! Ya, cerita Seindah Purdah Ku Lihat di publish balik! Masih ada yang ingat tak dengan cerita ni? ^_^ hihihi! Hopefully korang masih setia untuk membaca cerita ni <3 Dah lama jugak ye saya menghilang. hahahaha. Hopefully, this time cerita ni mengimbau kembali kenangan korang semula. Have fun reading guys!

Seindah Purdah Ku LihatWhere stories live. Discover now