Bab 4

108 1 1
                                    

Hafiz dari tadi merenung memandang sekililing. Dari tadi dia tidak nampak susuk tubuh minah purdah itu di tempat kerjanya sehinggalah akhirnya matanya tertumpu ke arah satu penjuru. Oh, sudah sampai rupanya!

Tiba-tiba, dia sedar bahawa dia asyik memerhati Shafiqah sahaja sehinggakan Shafiqah kurang senang melihatnya. Terus dia beristighfar dan mengalihkan pandangannya. DUP DAP! DUP DAP! DUP DAP! Uih! Hafiz mengurut dadanya sendiri.

"Argh! Apahal dengan aku ni? Ini bukanlah diri aku. Aku tak nak ada hati langsung dekat dia!" Getusnya dalam hati. Dia bukannya apa, cuma dia macam allergik dengan perempuan semenjak asyik dipermainkan saja.

Hafiz teragak-agak untuk balik ke rumah ibunya ataupun ke rumah sewanya sendiri. Namun kalau diikutkan hati, rehat juga penting setelah penat berkerja. Jadi, dia mengambil keputusan untuk ambil MC, lalu diaturkan perjalanan ke rumah ibunya dengan selamat.

Terasa segar dan aman sahaja apabila pulang ke rumah bonda tercinta. Hafiz bergerak memasuki pintu utama. Tidak sabar rasanya ingin melihat baba dan mama. Sampai sahaja di pintu, langkahnya terhenti dan badannya terus seakan-akan kaku. Tidak mampu untuk mengeluarkan apa-apa perkataan.

"Eh, eh, Fiz! Kejap ya, saya tengok anak saya sekejap. Makanlah dulu ya.", mama Hafiz bangun dari kerusi lalu menyambut Hafiz dengan mesra. Hafiz mengikut sahaja langkah ibunya hingga ke dapur. Bukan kerana segan untuk berjumpa dengan tetamu tetapi ada suatu perkara yang dia berasa musykil.

"Mama ada sorokkan sesuatu daripada Hafiz ke? Kenapa ada keluarga Shafiqah?", soalnya kerana ingin mendapat kepastian daripada ibunya.

"Laa, kamu kenal Shafiqah ke? Baguslah tu, elok sangatlah tu. Jom ikut mama ke ruang tamu...", disuruhnya Hafiz ke sana, namun Hafiz tetap berasa enggan untuk berjumpa dengan keluarga Shafiqah. Mamanya, Hajah Zabedah pun apa lagi, diheretnya tangan anak lelakinya itu. Tetamu yang datang hanya memerhati sahaja sambil ketawa kecil. Hafiz tersipu malu, lalu membetulkan keadaannya.

"Hah, inilah anak saya. Dia ni pemalu sikit dengan perempuan sampai terpaksa tarik dia tadi. Ohohohohoho!" lantang sekali mamanya berkata. Hakikatnya, kata-kata itu adalah tidak tepat sekali! Mana ada Hafiz ni pemalu! Hafiz hanya mampu menebalkan mukanya sahaja sehinggalah selesai sesi perbincangan.

"Mama! Bukan ke lelaki yang patut bertandang ke rumah perempuan, yang ni terbalik pulak! Apa-apa pun, Hafiz tak suka berkahwin dengan dia! Hafiz tak nak!" Hafiz menidakkan semua perbincangan tentang perkahwinannya dengan Shafiqah yang akan berlangsung pada bulan 6 tahun hadapan.

"Ish, kamu ni! Mama yang suruh diorang datang sini. Lagipun, tadi kamu jugak yang bersetuju tadi. So, perbincangan telah selesai! Mama nak dia jadi menantu mama. Mama tak kira!" Hajah Zabedah terus melesapkan diri daripada pandangan anaknya itu. Kalau diikutkan hati, aku pun bukannya nak bersetuju pun tadi. Bibir aku tak keluarkan suara pun. Tahu-tahu sahaja, mulut mama sudah kata setuju terus. Adoi-adoi! Serabut kepala memikirkannya!

Seindah Purdah Ku LihatWhere stories live. Discover now