Bab 6

93 1 0
                                    

Di pagi yang syahdu dan aman, dari jauh kedengaran sang ayam berkokok dengan kuat sekali. Mata Hafiz masih terkebil-kebil memandang sekeliling.

"HUAAARGH! Dah pukul berapa ni?", Hafiz meraba katilnya untuk mencari telefonnya. Dia membukanya lalu melihat jam.

"HAH! DAH PUKUL 8??? ALAMAK!!"

Hafiz sudah terlewat untuk pergi ke tempat kerja. Berbekalkan 1 jam sahaja untuk sampai ke sana, memang tidak sempat! Kalau diikutkan, mahu sahaja dia menangis. Ini kali pertama dia lewat pergi kerja.

Pagi tadi, Hafiz memang sudah bangun awal. Namun, oleh kerana badannya terasa amat panas dan keletihan, dia pun baring sekejap setelah selesai menunaikan solat Subuh. Sedar tak sedar, dia terlajak tidur.

Hafiz tetap bersiap macam biasa dan terus pergi kerja. Dia tidak mengambil sarapan kerana tiada selera. Tekaknya terasa perih dan gatal.

Sampai sahaja di tempat kerja...

"Hafiz, kenapa lambat ni? Biasanya kamu on time.", Encik Kamarul, bos kepada syarikat Saboon bertanya dengan penuh kehairanan sekali. Ini kali pertama dia melihat Hafiz sebegini.

"Maaf Encik Kamarul. Pagi tadi saya letih sangat, badan rasa tak sedap je harini. Saya terus tertidur. Saya minta maaf tuan. Saya.....", muka Hafiz semakin kelihatan merah.

"Eh, Hafiz! Awak okay ke tak ni? Hafiz?". Dengan perlahannya badan Hafiz mahu tumbang.

Firdaus yang kebetulan berada di situ, terkejut nampak Hafiz hampir pengsan jatuh ke bawah. Dia dengan cepatnya menyambut badan rakannya itu. Dia memegang dahi Hafiz.

"Encik Kamarul, badan dia panas sangat la!"

"Ya Allah! Firdaus, bawa dia dekat bilik rehat. Nah, nanti belikan ubat demam untuk dia.", Encik Kamarul menghulurkan sedikit wang untuk menyuruh Firdaus membelikan ubat demam.

Shafiqah terkejut melihat keadaan tadi. Semalam Hafiz nampak okay je. Tak sangka tiba-tiba demam.

"Mungkin dia terkejut agaknya pasal perjumpaan hari tu."

Shafiqah berasa tidak senang duduk. Dia mula risau dengan keadaan Hafiz. Dia perasan gerak gerinya diperhatikan Firdaus.

"Tengah risau ke tu? Hehehe. Insha Allah, jangan risau. Dia okay tu. Mungkin dia stress ke apa. Nanti sembuh la tu."

"Ish, mana ada risau! Aku rasa dia demam sebab pasal hari tu kot". Shafiqah menceritakan segalanya tentang apa yang berlaku di antara mereka berdua.

"OMMO! OH MY, OH MY, OH MY!".

Seindah Purdah Ku LihatWhere stories live. Discover now