2 jam telah berlalu...
Hafiz telah jaga dari tidurnya. Terkejut dia apabila beberapa rakan sekerjanya berada di sekelilingnya.
"Eh? Kenapa korang dekat sini? Eh jap....Aku tak buat kerja lagi la!", Hafiz membetulkan posisi kedudukannya. Dia agak cemas kerana masih banyak lagi kerja yang belum diselesaikannya.
"Relaks la wei. Start hari ni, Encik Kamarul bagi kau cuti 3 hari. Tadi kau pengsan. Ni, bos suruh kau makan ubat ni. Ke nak Shafiqah suapkan ubat? Hihihi!", Firdaus mengusik Firdaus dengan nada berseloroh. Terus Hafiz terkejut mendengar Firdaus bergurau sedemikian.
"Ehem ehem! Dah bertunang tak bagitau kitorang ye! Hahahahaha! Congrats Fiz and Shafiqah!", Haziq dan yang lain juga tak terlepas daripada memberikan ucapan tahniah kepada mereka berdua. Hafiz sudah kelihatan malu-malu kucing.
Badan Hafiz kini terasa sedikit ringan setelah makan ubat. Dia bersiap siaga untuk pulang ke rumah. Sebelum mengorak langkah menuju ke pintu utama, Hafiz terserempak dengan Shafiqah. Shafiqah kelihatan rasa bersalah.
"Err...Hafiz. Saya tahu semua rasa akward since keluarga kita bertemu each other. Maybe awak demam pun sebab terkejut jugak. Well, I guess I'm feeling sorry for you.."
"Shhh, shhh! Awak tak perlu minta maaf. Bukan salah awak pun. Dah memang saya tiba-tiba demam. Ehem...Insha Allah, nanti awak pulak jaga saya. Hehehe", mendengar sahaja Hafiz berkata begitu, tak pasal-pasal mendapat tumbukan angin daripada Shafiqah.
"Kau saja kan usik aku? ISHHHH!", Shafiqah sudah merah padam. Hafiz hanya gelak ketawa. Tak tahu kenapa rasa seronok pula kacau cik tunang. Sambil kelihatan malu, Shafiqah menghulurkan sesuatu kepada Hafiz dengan laju tanda marah.
"Nah, ni abi suruh kasi ni!", dia memberikan bubur sayur kepada Hafiz.
"Awww, cakap maceh dekat bakal mertua saya tau! Hihihi", lagi sekali Hafiz ingin menempah maut dengan membuat usikan sedemikian. Shafiqah laju terus ke meja kerjanya.
Kini, entah mengapa semenjak menjadi tunangan orang, perasaan Shafiqah berasa pelik. Terasa cepat betul jantungnya berdegup. Cara layanan Hafiz terhadapnya juga terasa lain dari biasa, menambahkan lagi rasa nervous buat Shafiqah. Haih!
Zaitun menyiku Shafiqah yang tengah mengelamun. Shafiqah tidak perasan bahawa dirinya diperhatikan oleh rakan baiknya itu.
"Ada orang sudah dilamun cinta. Ohohohohoho~"
Zaitun itu sama sahaja dengan Firdaus. Suka mengusik Shafiqah dan Hafiz. Nasib baiklah lepasni Zaitun nak belanja Shafiqah makan Kepci. Kalau tak, mahu disekehnya si budak Zaitun itu.
Di kedai makan Kepci...
Shafiqah dan Zaitun membuat pesanan Snack Plate bersama Ice Lemon Tea. Zaitun memilih ayam perisa original, manakala Shafiqah memilih yang pedas. Setelah membuat pesanan, mereka pun mencari tempat duduk.
Sedang asyik berbual sambil makan, Shafiqah berasa tidak senang hati. Dia berasa seolah-olah diperhatikan oleh seseorang. Dia cuba untuk menoleh ke belakang, namun tiada apa yang kelihatan curiga.
"Kau okay tak Iqah? Nampak pucat je tiba-tiba ni", Zaitun menegur Shafiqah yang kelihatan agak gusar.
"Tak tahu la. Aku rasa macam orang perhatikan aku. Hanya firasat aku je kot", dia cuba untuk menyedapkan hatinya agar tidak fikir bukan-bukan. Entah mengapa perasaan ini seperti deja vu. Rasa seperti dia pernah mengalaminya sebelum ini. Tangannya sudah mula menggeletar sedikit tetapi cuba untuk menyorok tangannya yang mengigil itu di bawah meja agar Zaitun tidak nampak.
"Aku nampak kau sorok tangan kau. Insha Allah, everything is gonna be okay. Alright, Iqah? Aku masih ada ni. Kalau kau rasa ada orang ikut kau, aku hantar kau balik rumah nanti. Tak payah naik public transport". Shafiqah mengangguk dengan agak perlahan.
Setelah selesai makan, mereka dalam perjalanan menuju ke kereta. Kali ini, Zaitun juga sudah berasa tidak sedap hati. Pergerakan mereka semakin lama semakin laju sehingga akhirnya terjumpa tempat ramai orang. Tempat letak kenderaan juga tidak jauh dari situ juga.
Shafiqah sudah tercungap-cungap.
"Wei, lajunya kau jalan! Penat aku nak kejar kau tadi!"
"Aku pun rasa macam ada orang ikut kau la tadi. Tu yang aku jalan laju tadi. Jom cepat kita masuk kereta!". Mereka memasuki kereta dan terus pulang ke rumah. Tak berani nak tunggu lama-lama dekat situ. Fuh!
YOU ARE READING
Seindah Purdah Ku Lihat
RomanceAssalamualaikum Semua! ^_^ Seperti yang viewers pernah tahu, saya pernah menulis karya ini suatu ketika dahulu. Namun, atas sebab tertentu, saya delete. Namun, kerana saya dengan karya tersebut, saya akan cuba restore semula satu persatu, insha Alla...