Bab 3

123 1 1
                                    

Mata Hafiz tak henti-henti memandang ke arah Shafiqah. Sekali dia pandang, sekali itu juga Shafiqah berasa kurang senang. Ishhh! Dia ni asyik pandang aku je! Getus Shafiqah.

"Ehem, encik empunya mata! Tak sakit mata ke pandang anak dara orang lain lama-lama! Orang nak buat kerja pun tak senang." Baru Hafiz perasan bahawa dia sudah tenung Shafiqah terlalu lama.

"Opocot mak kau!" Hafiz mengurutt dadanya dengan laju tanda terkejut.

"Takdelah... Aku tengok kau statik je pakai purdah. Kenapa kau pakai purdah? Tak panas ke? Sorry, just nak tahu je."

"Aku bukannya apa, aku tak nak orang pandang aku sangat. Aku tak selesa. Nanti, tak pasal-pasal diorang pandang terus terlanggar tiang. Faham-faham je la". Hafiz memandangnya dengan lama. Sekali, berderai ketawanya. Amboi, cantik sangat ke dia? Shafiqah berasa geram sahaja melihat kerenah si Hafiz itu. Dia tidak tahu apa-apa, memanglah dia rasa benda ini lawak.

"Sekali dia ternampak muka aku nanti, confirm terpikat!", bisik Shafiqah dalam hati dengan begitu yakin sekali.

Respon Hafiz pula, "Takkanlah disebabkan itu je? Aku percaya, mesti ada sebab lain ni".

"Kalau ada pun, buat apa kau nak tahu? None of your business pun!", kata Shafiqah lalu meninggalkan Hafiz yang terpinga-pinga. Menyampah la layan mamat tu! Hafiz memandang sahaja Shafiqah yang disangkanya pelik. Tiba-tiba ada tangan yang menyapa bahunya, lalu diurut dengan kuat. Hafiz ketawa mengekek-ngekek seperti pontianak kerana berasa geli.

"Siapa pulak yang main-main dengan aku ni?" Dia berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya dia melihat muka orang itu. Muka tembam, lepastu tangan sembap.

"Apsal ni Firdaus? Aku ingat momok mana yang buat macam ni! Aduh, sakit!" Hafiz mengerang kesakitan dek kerana ditepuk kuat oleh rakan baiknya itu. Firdaus meredakan amarahnya lalu berbicara dengan Hafiz.

"Tak minat dia ke? Aku tengok, dia tu ngam la dengan kau! Bagai pinang dibelah dua. Gandingan mantop!" Kata Firdaus sambil mengangkat ibu jari kanannya sambil mengangkat kening untuk menyakat Hafiz. Hafiz tersedak mendengarnya. Aku? Kau kata aku ni ngam dengan dia? No, no, no, no, no! Bukan citarasa aku la, Firdaus. Lagipun, aku dah serik untuk bercinta!

Seindah Purdah Ku LihatWhere stories live. Discover now