1

38 5 2
                                    

Hari ini hari aku lakukan tugas aku sebagai polis dari bahagian pasukan khas. Aku diberikan tugas untuk menyelesaikan kes kehilangan gadis di Dongguk-do.

Yang aku perasan kan, dia culik dari kalangan umur 12 tahun sehingga 18 tahun. Kesemua mangsa hilang waktu pulang dari sekolah. Jadi, aku kena berpura-pura sedang menunggu bas dengan memakai baju sekolah.

Tak, masalahnya sekarang ni, aku dah nak masuk 25 tahun dah tau. Boleh ke diorang percaya yang aku ni 'budak sekolah'. Tuan Kim lah yang suruh, mana boleh lawan cakap Tuan Kim. Dia garang macam singa tau.

"AHAHAHAHAHAHA!" Aku menjeling ke arah Taehyun. "Kau nak apa siot?"

"Tak ada apa, kau nampak lawak doh pakai baju sekolah," Aku mengeluh kasar. "Tak lawak lah, bodoh!"

"Ni, kau dah bawa ke walkie-talkie?"

"Dah, ada dalam bag,"

"Pisau lipat?" Dia tanya sekali lagi.

"Dah!"

"Jangan lah marah, aku tanya je," Aku menggulingkan bebola mataku. "Apa-apa je lah, aku pergi dulu,"

"Kalau ada apa-apa terus bagi tahu tau,"

"Iyaa, macam lah baru hari ni aku jadi polis."

Aku melangkah keluar dari balai polis dan berjalan kaki ke arah stesen bas berdekatan.

Lambat lagi ke nak tunggu bas ni? Aku melihat sekeliling dan ada beberapa orang juga sedang menunggu di stesen bas ini.

Lamunan aku terhenti apabila bas kelihatan berhenti di stesen bas. Dengan hati yang gelisah, aku menaiki bas itu. Beberapa keping wang di letakkan ke dalam bekas yang di sediakan.

Ye lah, budak sekolah mana ada kredit kad. Melainkan kau kaya.

Aku terus berjalan ke arah tempat duduk di bahagian belakang. Aku menilik ke arah jam aku. Sekarang ini pukul 6:45 petang.

Takde pun orang yang nampak suspicious. Lagipun, ramai orang yang ada kat dalam bas ni. Iya lah, masa ni kan orang balik kerja dan balik sekolah. Mestilah ramai.

Setelah sampai di Dongguk-do, aku turun dari bas. Fuh, harap-harap penculik tu tak kasar. Eh, mana ada penculik lembut.

Mengarut je lah kau ni, Heebyul.

Aku mula berjalan ke arah lorong gelap. Ha, jangan tiru aksi ni di rumah, kat rumah kawan takpe.

Kakiku berjalan tanpa arah. Tak, bila diorang nak culik aku ni? Aku terus berjalan ke arah kawasan perumahan di situ.

Tiba-tiba, aku terdengar tapak kaki yang seperti mengikutiku. Tak, nak happy ke nak takut.

Aku mula melajukan langkahku. Tapak kaki tadi pun melajukan langkahnya.

“ARH-”

Selepas itu, kegelapan sahaja yang aku lihat.

To be continued

Dangerous ✓Where stories live. Discover now