Introduction

86 7 2
                                    

"Kes ini sudah lama disiasat oleh seluruh anggota polis di Korea Selatan tetapi kami masih juga tidak dapat pasti dalang kes penculikan ini, jadi kami telah hantar seorang penyamar dari pasukan khas daripada USA untuk cuba menyelesaikan kes ini. Masalahnya, kami masih lagi tidak dapat hubunginya," Kata Tuan Kim.

"Tuan, apa kata kita sebarkan perincian tentang kes ini ke laman sosial dan stesen televisyen supaya mereka dapat mengadukan sebarang aktiviti aneh di kawasan tersebut?" Aku melihat ke arah Seolhyun yang memberikan cadangan tersebut.

Ada logik juga di dalam cadangannya.

"Kita tidak boleh merisikokan nyawa orang awam semata-mata untuk kes ini, Cik Seolhyun."  Kata rakan sepasukanku.

"Seperti yang saya cakap, banyak anggota polis terlibat di dalam kes ini tetapi tidak dapat kenali dalang kes ini. Jadi, kes ini terlalu bahaya untuk diberitahu kepada orang awam," Ucap Tuan Kim.

Aku mengangkat tanganku. "Tuan Kim!"

"Silakan,"

"Jadi, apa rancangan Tuan Kim berkaitan kes ini?" Soalku ringkas.

"Memandangkan awak yang tanya Cik Heebyul, saya tugaskan awak untuk selesaikan kes ini," Aku terkedu mendengar kata-katanya.

"Tapi Tuan Kim-"

"Barang yang awak perlu bawa Cik Hwayoung sediakan,"

"Dengan apa yang kita bincangkan, perjumpaan kita tamat. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan." Kami semua bangun dari kerusi dan menunduk hormat pada Tuan Kim.

Aku melangkah keluar dari bilik perjumpaan itu seperti jasad yang tidak bernyawa.

"Heebyul-ah, kau okey tak?" Aku menggelengkan kepala lalu melabuhkan punggung di tempatku.

"Sebab Tuan Kim tadi?"

"Iya,"

"Lek ah, dia gurau tu. Dia kan suka gurau kasar," Aku melihat ke arah kawanku.

"Tak, Taehyun. Kes tu besar kut, takkan dia nak gurau,"

Dia menepuk belakangku perlahan. "Kalau dia tak gurau pun, kau tengok balik beberapa kes yang kau dah selesaikan,"

"Kes ni bukan seorang je tau mangsa," Aku meletakkan kepalaku ke atas meja.

"Heebyul-ah, ni barang yang Tuan Kim suruh saya bagi," Aku mengangkat kepalaku untuk melihatnya. "Terima kasih,"

Aku melihat isi beg itu.

Nak taknak aku kena buat juga, nyawa 22 orang gadis ada di dalam tangan aku. Kalau tak dapat selamatkan nyawa pun, aku kena bawa keadilan untuk mereka.

Aku mengambil keluar beg plastik yang seperti terkandung baju di dalamnya. Lebih tepat baju sekolah.

Keningku bertaut.

"Hwayoung-ah, aku kena pakai ke ni?"

"Iya, dalam tu ada beberapa helai lagi. Nanti cubalah mana yang muat. Saya pergi dulu,"

Perasaanku mula bercelaru.

HUWAAAAAAAAAA!

"Aku mana pandai berlakon ni!"

"Yah, kau habiskan duit masuk sekolah seni tu apa?" Aku memandang ke arahnya dengan pandangan maut. "Kau! Baik kau diam,"

"Goodluck, then."



jiyeoniekim123 present

Dangerous


Cast

Do Heebyul

Kai Kamal Huening

Kim Seolhyun

Kang Taehyun

Genre

Thriller

Horror psychology

Fantasy

Comedy

Warning:

There will be a gore and graphic description and mature content! Read this on your own risk! If you already read my story titled 'Dream', it'll be worse than that. If you want a warning at the start of the chapter let me know.

Disclaimer:
This fanfiction is just a part of author's imagination. None of this are real or associated with the idol.

Also, this is my 100% idea originally came from my brain. If this story happened to have some similarity, it's just a coincidence.

“It's a not coincidence, it's a kitty-incidence”
k tibeh

Dangerous ✓Where stories live. Discover now