5

21 4 0
                                    

"Hospital?"

Aku menutup mulutku yang ternganga luas. Hospital ni nampak macam hospital biasa.

Sekejap.

Aku melihat kembali ke arah kad yang Kai berikan itu. Gambarnya aku lihat.

Paboya, terang-terang dia pakai kot putih. Asal aku tak perasan siak. Kad itu dimasukkan ke dalam hoodie aku kembali.

Kakiku melangkah ke arah kaunter yang berdekatan. "Boleh tak saya nak guna telefon?"

"Cik ni siapa?"

"Oh, saya pesakit dekat sini," Aku tersenyum apabila dia percaya akan penyamaranku.

Aku menghubungi kawan baikku.

"Yeoboseyo?"

Aku terkedu apabila dia menjawab panggilan aku. Aku melihat ke arah jam yang menunjukkan sekarang ini pukul 12 tengah malam.

"Yeoboseyo? Kalau takde sesiapa, aku end call—"

"Terry-ah!"

"Byul-ie?! Weyh, kau kat mana?" Aku tersenyum gembira mendengar kerisauan di dalam suaranya.

"Aku kat hospital sekarang ni, bawa yang lain,"

"Okey, bye!"

"Bye!" Aku meletak panggilan itu dan memberikan telefon itu kepada penyambut tetamu itu.

Kemudian, aku menapak ke pintu utama hospital itu.

Wah, tak sangka aku dapat lihat Seoul pada waktu malam macam ni lagi. Ada beberapa buah kereta sahaja melalui jalan besar kerana waktu pun larut malam.

Aku menghidu udara segar(?) sambil berjalan beberapa langkah di penjalan kaki.

Sewaktu aku melihat permandangan bandar Seoul, ada seseorang mengekori aku.

Aku mengambil beberapa langkah sebelum pandangan aku menjadi gelap gelita.

To be continued

Dangerous ✓Where stories live. Discover now