6.40 am...
Cikgu Syafiqah menuju ke arah makmal komputer iaitu tempat khas soalan peperiksaan dibuat. Baru sahaja dia hendak membuka kunci mangga pada pintu, terbeliak matanya kerana melihat pintu itu tidak mempunyai mangga. Cepat-cepat dia membuka pintu. Langkahnya laju masuk ke dalam. Suis lampu pada dinding dibuka untuk menerangi makmal itu. Matanya meliar memandang ke arah sekeliling.
Okay.
Ada sebuah komputer yang dibuka. Tak sempat untuk ditutup nampak gayanya. Kakinya pantas menuju ke arah komputer itu. Alangkah terkejutnya apabila dilihat pada skrin. Terpampang soalan-soalan peperiksaan yang bakal para pelajar hadapi selepas raya nanti.
Ada pelajar yang curi soalan peperiksaan ke ni?
Macam mana boleh tahu password komputer ni?
Siapa yang hack komputer ni?
Pelbagai persoalan yang berlegar-legar di dalam kepala Cikgu Syafiqah. Apa yang dia tahu, kes ini tak boleh disembunyikan. Dia mesti memberitahu kepada pihak atasan.
***
Humaira duduk di atas kerusi kantin. Ingatkan dah bulan puasa ni, dia boleh jimatkan tenaga sedikit. Rupanya sama sahaja. Penat sungguh dia hari ini. Dah bulan puasa ni sepatutnya berkuranglah kes masalah disiplin. Tapi semakin menjadi-jadi pula. Lagi dua minggu saja nak habis. Lepas ni nak raya pula.
"Troublemakers always make me can't breath!" kata Humaira sendirian.
Tercungap-cungap dia mencari nafas. Sehelai sapu tangan dikeluarkan daripada kocek baju sekolah lalu disapu peluh yang membasahi wajahnya. Tugas menjadi seorang pengawas ini memang amat meletihkan tetapi dia tetap berbangga kerana mampu menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Kedua-dua mata dipejamkan. Meredakan perasaan marah yang sedang membuak-buak. Bulan puasa ini tak elok marah-marah. Sedang dia memfokuskan kepada ketenangan diri, tiba-tiba dia ditegur seseorang.
"You should be dead because we had a lot of troublemakers in our school." kata seseorang dari belakang. Nada suara kedengaran suram.
Humaira terkejut. Serta-merta dia membuka matanya. Takkanlah ada hantu di bulan puasa ini? Atau...ada orang yang cuba mencari pasal dengannya? Dia menoleh ke belakang. Dilihat seorang ketua pengawas yang sedang tersenyum ke arahnya. Oh, kak Alina!
"Senior ni buat saya terkejutlah." kata Humaira. Dadanya diusap-usap perlahan. Ingatkan betul-betul ada pelajar yang berani mencari pasal dengannya. Dia tahu dia ramai haters!
"Maaflah sebab buat Maira terkejut macam tu. Tapi, kita ada misi ni." kata Alina dalam keadaan yang letih. Baru lepas menangkap pelajar yang bermasalah.
"Misi apa pula? Kes apa pula kali ini?" kata Humaira yang memahami maksud misi itu. Siapa lagi yang berani buat hal?
"Macam ni...sejak ke belakangan ini, ramai pelajar perempuan yang membuat laporan mengenai gangguan prank yang mereka terima." kata Alina sambil duduk di sebelah Humaira.
"Prank?" hairan Humaira.
"Ye, ada pelajar lelaki yang melakukan prank tapi kita tak tahu siapa orangnya." sambung Alina.
"Hmm...misteri sungguh!" komen Humaira sambil memegang dagunya.
"Jadi, kita para pengawas akan menangkap prankster itu." kata Alina.
"Tapi, macam mana nak tangkap? Ada apa-apa bukti yang ditinggalkan tak?" tanya Humaira.
"Sejak ke belakangan ini, pelajar perempuan mengadu yang prankster itu suka masuk ke dalam tandas perempuan." kata Alina.
YOU ARE READING
[DR2] Gadis Dakwah vs Prankster (BAKAL EDIT)
Teen Fiction[Karya by: @White_memory] [Genre: teen fiction, non-fiction, thriller] Published: 2021 Siri: Dakwah Remaja 2 Words: 26,814 ⚠️cerita rekaan yang mempunyai pengajaran ilmu agama⚠️ ⚠️Do not plagiat. Saya takkan halalkan! ⚠️ ⚠️💯Idea saya sendiri⚠️ "Ju...