"Eh, kau!"
Suara yang bagaikan petir menerpa di telinga milik Affandi. Susuk tubuh yang lebih tinggi dan tegap daripadanya dilihat sedang laju berjalan menuju ke tempat duduknya. Degupan jantung semakin kencang. Seluruh anggota badannya mulai menggigil ketakutan sambil memerhatikan gerak-geri seorang lelaki di hadapannya. Tapak kasut yang laju melangkah, sudah berhenti. Kini, dia betul-betul berdiri di hadapan Affandi yang sedang duduk di atas sebuah kerusi plastik.
Dush!!
Affandi terkedu. Walaupun penumbuk itu hanya dilepaskan di atas sebuah meja tetapi dia pula yang dapat rasa sakitnya. Riak wajah lelaki itu terserlah sedang dipenuhi dengan nafsu amarah. Dia betul-betul berasa takut sekarang ini. Dapat merasakan nyawanya bakal melayang jika dia tersilap langkah.
"Lain yang aku ajar, lain pula yang kau buat?" kata Zack sambil memberikan renungan tajam kepada Affandi. Dia duduk di atas sebuah meja yang berada di hadapan Affandi.
Suasana sepi walaupun masih mempunyai ramai penghuni di dalam kelas tingkatan 5 A1 itu. Ini semua kerana Zack yang menyuruh mereka agar tidak membuat bising sewaktu dia mengajar Affandi. Tiada seorang pun yang berani bersuara. Risau dibuli teruk oleh Zack pula nanti.
Affandi hanya mampu mendiamkan diri. Tubuhnya bagaikan dirantai. Ketakutan menyelubungi dirinya sekarang. Dia dari awal memang tidak bersetuju untuk belajar dengan Zack tetapi ini semua arahan daripada Cikgu Syafiqah sebagai hukuman untuknya kerana gagal di dalam peperiksaan yang lalu. Timbul perasaan menyesal di dalam dirinya. Cara Zack mengajar dia lebih dahsyat berbanding cara Humaira. Tak macam sedang menuntut ilmu pun tapi rasa macam nyawanya bakal dipisahkan daripada tubuh badan.
Zack merupakan salah seorang pelajar yang paling bermasalah di SMKPP. Rekod buruknya sangat tinggi tetapi sekolah ini tidak pernah membuang mana-mana pelajar. Malah, mereka dibentuk dan dicuci dengan cara yang sangat tegas setiap kali melakukan kesalahan. Walaupun Zack seorang ketua gengster di sekolah, namun dia merupakan pelajar yang paling top di dalam setiap peperiksaan.
Affandi gagal untuk subjek matematik dan sejarah. Kedua-dua subjek itu merupakan subjek 'musuh' untuknya. Dia tidak pernah lulus. Sementara masih ada waktu lagi, Cikgu Syafiqah berharap agar Zack dapat membantu Affandi.
"Err...aku tahu kau nak ajar dia. Tapi, boleh senyap sikit tak? Orang lain pun nak belajar juga." tegur Alina, seorang ketua pengawas. Dia mewakili pihak pelajar-pelajar lain yang mahu belajar pada masa itu juga. Guru yang sepatutnya masuk ke dalam kelas mereka, tidak hadir pula pada hari ini.
"Tak nak." jawab Zack selamba tanpa menoleh sedikit pun ke arah Alina. Nada yang dingin kedengaran.
Alina terdiam. Ini nak lawan dengan lelaki di hadapannya pun, dia tak mampu. Dulu dah banyak kali dia lawan tapi akhirnya dia yang kena buli. Dah banyak kali dihukum oleh para guru, tapi masih juga tidak boleh ubah sikap baran dan keras kepala Zack.
"Oi, apa yang awak buat ni hah?"
Zack menoleh ke kiri setelah mendengar suara yang amat dikenalinya.
Seorang gadis sedang menghampiri Zack. Langsung tiada perasaan takut. Dia seorang sahaja yang berani memarahi lelaki itu. Dia dan Zack sudah mempunyai ikatan pertunangan. Tak lama lagi akan berkahwin. Ini semua sebab Zack dah terpikat dengan personaliti Khayla.
"Orang lain pun nak belajar jugalah. Hormat sikit pada orang lain. Kelas ini bukan awak seorang sahaja yang duduk." tegur Khayla.
"Marah tunang kau tu sikit, Khayla." kata Alina tanpa sembunyi. Dah terlalu geram dengan perangai Zack yang keras kepala itu.
"Beri saya masa tiga puluh minit saja lagi. Lepas tu, saya akan senyap." kata Zack dengan wajah yang masih serius.
Khayla terkedu. Macam itu saja dia kena halau? Wajahnya berubah masam. Dia kembali duduk di tempat asalnya semula. Malas dia mahu panjangkan lagi keadaan. Bukan dia tidak pernah merasa dibuli oleh Zack sewaktu mula-mula kenal dulu. Banyak kali dia menyimpan rasa sakit hatinya. Tapi bila dah jadi tunang pun, dia tetap tiada kuasa untuk melawan sikap keras kepala Zack.
YOU ARE READING
[DR2] Gadis Dakwah vs Prankster (BAKAL EDIT)
Teen Fiction[Karya by: @White_memory] [Genre: teen fiction, non-fiction, thriller] Published: 2021 Siri: Dakwah Remaja 2 Words: 26,814 ⚠️cerita rekaan yang mempunyai pengajaran ilmu agama⚠️ ⚠️Do not plagiat. Saya takkan halalkan! ⚠️ ⚠️💯Idea saya sendiri⚠️ "Ju...