BAB 2

218 31 35
                                    

Jam 2.00 am...

Affandi keluar daripada bilik tidurnya. Dia memandang ke arah pintu bilik Humaira. Melihatkan tiada satu pun cahaya melalui celah bawah pintu itu, senyuman sinis terukir pada wajahnya. Beg sekolah Humaira selalu diletakkan di ruang tamu bagi memudahkan tuan badannya bergerak pergi ke sekolah. Beberapa idea nakal muncul di dalam kepalanya. 

Apa yang dia mahu lakukan?

Beg sekolah Humaira dibawa masuk ke dalam biliknya. Beg itu dibuka lalu sebuah bekas pensel dikeluarkan. Zip dibuka. 

Balang yang berisi beberapa ekor lipas dikeluarkan daripada bawah katil. Tiada sedikit pun perasaan geli mahupun jijik dengan haiwan tersebut. Penutup yang telah ditebuk beberapa lubang udara itu dibuka. Sepuluh ekor lipas dikeluarkan menggunakan tangannya. 

Selamba sahaja dia memasukkan sepuluh ekor lipas itu ke dalam bekas pensel milik Humaira. Kemudian, zip ditutup semula. Buku nota berwarna merah jambu pula dikeluarkan. 

'Ini mesti buku catatan pengawas.' fikirnya.

Chewing gum  yang sedang dikunyah itu dikeluarkan lalu dilekat pada sebuah buku conteng. Tak sampai hati pula mahu merosakkan buku catatan pengawas ini. Buku itu dimasukkan semula ke dalam beg sekolah Humaira. Bekas pensel yang sudah dipenuhi dengan sepuluh ekor lipas itu juga dimasukkan. Disusun di bahagian bawah sekali. Biar jadi yang terakhir untuk dilihat. 

'Macam ada sesuatu yang kurang.' fikirnya. Dia memandang ke arah sekeliling biliknya. Mencari bahan prank yang sesuai.

Beberapa detik setelah diperhatikan, dia ternampak ada satu plastik yang agak mencurigakan. Apabila plastik itu dibuka, baru dia teringat tentang sampah makanan yang dibeli dari MCD yang disorok daripada pengetahuan ibunya sewaktu dia dipaksa berpindah keluar dari rumah sewanya. Dia tidak pernah mengemas biliknya. Malah dia lebih rela 'tinggal' bersama sampah. Oleh kerana takut akan dimarahi, dia menyumbatkan segala sampah itu ke dalam beg plastik. Setelah dia berpindah masuk ke dalam rumah neneknya, terus dia terlupa tentang beg plastik sampah itu.

Affandi tersengih seorang diri apabila teringat tentang dua ekor 'singa' yang berada di dalam rumah ini. Dia akan menghapuskan sampah makanan itu sebelum dijumpai oleh neneknya atau makciknya. Beg sekolah Humaira yang menjadi tempat pembuangan bagi sampah makanannya. Selamba sahaja dia membuang ke dalam beg itu. Bagaikan dia membuang ke dalam tong sampah yang sebenar. 

Sesudah licin beg plastik itu, dia menutup semula beg sekolah Humaira lalu dibawa keluar dari biliknya. Diletakkan semula di tempat yang asal. Kemudian, dia masuk ke dalam biliknya dan melelapkan matanya. Tak sabar nak tengok reaksi Humaira esok!

Keesokkan harinya...

"Cepatlah pakai kasut tu." tegas Humaira kepada Affandi yang sedang menyarung sebelah kasut pada kakinya. 

"Eleh! Dia yang lambat. Aku sampai tertidur sebab tunggu dia bersiap." kata Affandi lalu menguap. Belakang tangannya menutup mulutnya.

Puan Hasnah hanya menggelengkan kepalanya melihat anak daranya berperang mulut dengan cucu terunanya. Dah macam adik-beradik yang sebenar. Kadang-kadang dia pernah tersilap melayan Affandi sebagai abang kepada Humaira hanya disebabkan umur mereka.

"Kami pergi dulu, mak." kata Humaira sambil menyalami tangan Puan Hasnah. 

"Pagi-pagi baru nak gosok tudung. Malam-malam tak nak pula gosok." bebel Affandi lalu menyalami tangan neneknya pula.

"Eh! Pagi-pagi aku tengok dah kedut balik. Padahal malam tadi memang aku dah gosok dah. Aku letak kat atas sofa. Siapa yang sandar dekat sofa? Takkan hantu pula?" sindir Humaira. 

[DR2] Gadis Dakwah vs Prankster (BAKAL EDIT)Where stories live. Discover now