BAB 5

230 32 23
                                    

Keesokkan harinya...

       Hari ini seperti yang telah dijanjikan semalam, pelajar-pelajar yang terlibat dengan zombie prank akan menyambung denda yang telah ditangguhkan. Mereka membersihkan kawasan-kawasan kotor yang telah dipenuhi pewarna merah itu dengan sabun pencuci serta berus. Suasana senyap tanpa keluhan. Masing-masing sibuk membersihkannya tanpa sebarang bunyi. Lagi-lagilah pelajar-pelajar perempuan. Kenapa? Sebab prince charming  ada bersama mereka untuk sepanjang hari. Orang kata, sambil menyelam sambil minum air. Boleh sambil tengok, sambil membersihkan kawasan. Huh, gatal sungguh!

Makcik-makcik cleaner  diberikan cuti untuk sehari. Cikgu Syafiqah hanya duduk di atas sofa di atas pentas sambil memerhatikan semua pelajarnya agar tiada yang 'ponteng'. Secawan teh dihirup sedikit demi sedikit untuk kelegaan tekak yang agak kering. Telefon bimbitnya menjadi penemannya di kala dirinya bosan.

Humaira tidak hadir ke sekolah kerana demam panas yang melanda dirinya setelah tersedar daripada pengsan untuk tempoh yang agak lama.

Mereka kelihatan agak gembira kerana tidak perlu menghadap pengawas yang kuat membebel itu pada hari ini. Akhirnya, dendam mereka sudah terhapus kerana Humaira telah 'tewas' semalam. Namun, perasaan benci mereka kepada pengawas itu masih lagi belum hilang. Benci, selamanya benci! 

Tenang saja Affandi membersihkan kawasan-kawasan itu. Langsung tak rasa bersalah terhadap perbuatannya kepada darah dagingnya sendiri. Malah, berasa seronok kerana prank-nya berjaya. 

Para pelajar bagi tingkatan satu hingga empat hanya memerhatikan saja pelajar-pelajar senior menjalankan denda. Sebahagiannya ada yang mentertawakan. Sebahagian pula hanya mendiamkan diri kerana takut akan menjadi target buli. Yelah, mereka yang didenda itu kebanyakannya di dalam kalangan kumpulan-kumpulan yang sangat bermasalah disiplin di sekolah mahupun di luar.

Ain yang berada di dalam kelas itu dilihat keluar sebentar daripada kelasnya kerana terdengarkan bunyi bising di luar. Terkejut juga dia apabila melihat ramai pelajar sebayanya yang sedang membersihkan kawasan sekolah. Patutlah ramai rakan sekelasnya tiada. Ingatkan tak datang sekolah. Rupanya mereka di bawah.

"Ada apa ni?" tanyanya sendirian dengan nada yang agak kuat.

Bahunya terasa disentuh seseorang. Dia menoleh ke belakang.

"Dia orang kena denda sebab zombie prank semalam." kata Lina, rakan baiknya.

"Prank? Bila masa?" Ain, blur.

"Selepas tamat sekolah. Kita terus balik rumah masa tu. Memanglah tak nampak." kata Lina.

"Habis tu, macam mana kau boleh tahu?" kata Ain.

"Nampak sangat kau tak buka laman group." celah Rana sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya kepada rakannya.

Mulut Ain berbentuk 'o' selepas dia melihat mesej di laman group itu. Patutlah dia tak tahu. Dia sibuk mengulangkaji pelajaran di rumah. Sebab itulah dia tak buka langsung telefon bimbitnya.

Kedengaran ketawa mengejek di sebelahnya. Beberapa rakan sekelasnya sedang ketawakan pelajar-pelajar yang sedang didenda itu.

"Tak guna betul! Dia orang gelakkan kita."

Kedengaran suara di kalangan mereka yang rasa tak puas hati. Panas hatinya melihat golongan yang sedang ketawakan dari tingkat empat itu.

"Buat kerja! Jangan berhenti." kata Cikgu Syafiqah setelah melihat beberapa orang yang sedang duduk lepak di tepi longkang.

Mereka cepat-cepat bangun dan menyambung semula kerja.

"Oi! Wanna play?" kata Affandi dengan nada yang sangat tinggi. Langsung tak rasa gentar walaupun di hadapan seorang guru.

[DR2] Gadis Dakwah vs Prankster (BAKAL EDIT)Where stories live. Discover now