6.40 am...
"Ada apa ni, cikgu? Pagi-pagi lagi kita dah ada mesyuarat macam ni?" kata Qarina, gadis pengawas yang hanya berketinggian 145 cm. Nampak saja seperti budak kecil tetapi sebenarnya dia merupakan pelajar tingkatan lima. Dia kelihatan menguap sambil menggosok-gosok matanya.
Para pengawas yang lain juga kelihatan letih tidak bermaya. Terkejut juga kerana tiba-tiba saja diajak berkumpul di sini pada waktu pagi macam ni.
"Takkanlah ada kes baru lagi?" teka Humaira sambil memeluk tubuh. Dia berdiri di tepi tingkap sambil memerhatikan jika ada sesiapa yang mencuri dengar perbualan rahsia mereka.
"Pandai!" puji Cikgu Syafiqah sambil menaikkan ibu jari tangan kanannya ke arah Humaira.
"Kes apa lagi ni cikgu? Saya dah penatlah. Sepatutnya bulan puasa macam inilah bulan yang kita boleh berehat seketika. Tapi, semakin menjadi-jadi pula mereka ni." kata Qarina.
"Kes hacker di sekolah ni. Ada pelajar yang pandai hack komputer dan curi soalan-soalan peperiksaan SPM di makmal komputer." jawab Cikgu Syafiqah.
Semua pengawas kelihatan terkejut.
"Sebenarnya, kes ini berlaku pada hari yang sama sewaktu Humaira tangkap prankster misteri tu." kata Cikgu Syafiqah.
Humaira tersentak. Tak sangka boleh ada dua kes pada hari yang sama. Tak perasan apa-apa yang pelik pula masa tu. Selalunya naluri Humaira akan memberitahu tuan badannya jika ada kes yang berlaku. Tetapi kali ini, tidak dapat merasakan apa-apa pula.
"Saya sudah pun berbincang dengan pihak atasan berkenaan kes ini. Jadi, saya harap para pengawas boleh membantu menangkap hacker itu." kata Cikgu Syafiqah.
"Ah, satu lagi kes yang menyusahkan. Tapi, apa yang kami harus lakukan?" kata Humaira.
"Lagi dua tiga hari, kita akan bercuti disebabkan Hari Raya Aidilfitri. Jadi, saya harap kita akan dapat tangkap dia pada minggu ini juga. Hari ini, kamu semua akan berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mengawasi pergerakan pelajar-pelajar di sekolah ini. Jangan umumkan kepada pelajar-pelajar lain mengenai kes siasatan ini pula. Hacker itu licik! Jadi saya tak nak dia sembunyikan diri. Nanti lagi lambatlah kes ini akan selesai." jelas Cikgu Syafiqah dengan panjang lebar.
"Baiklah cikgu!" kata semua pengawas.
"Humaira, dekat mana yang awak selalu bertugas?" tanya Cikgu Syafiqah. Matanya tepat memandang ke arah pengawas perempuan yang sejak tadi lagi kelihatan serius sahaja.
"Kawasan kantin." jawab Humaira. Terkejut juga kerana tiba-tiba saja guru itu bertanya. Mata yang sibuk memerhatikan keadaan luar tingkap itu terhenti. Automatik kepalanya menoleh ke arah guru itu.
"Stay situ saja tau. Nanti ada orang lain curiga pula bila lihat awak tiada di kawasan kantin. Tapi, Humaira tak boleh bertugas seorang diri pada kali ini." kata Cikgu Syafiqah lalu memerhatikan wajah setiap orang yang ada di bilik itu.
Setiap pengawas ditenung oleh guru itu. Dia mahu mencari seseorang yang sesuai untuk jalankan tugas yang dia akan beritahu sebentar lagi. Saat terpandangkan pengawas 'cilik' yang sedang duduk di atas salah sebuah kerusi di hadapannya, matanya kelihatan bercahaya.
"Hah, Qarina! Awak tolong Humaira hari ini. Tapi jangan bagi pelajar lain nampak awak bersama dia. Nanti takut pelajar lain curiga dengan siasatan yang kita bakal lakukan ini." kata Cikgu Syafiqah. Dia memilih Qarina kerana teringatkan kelebihan pelajar itu di dalam seni mempertahankan diri itu. Bolehlah jadi pengawal.
Humaira tersentak lalu memandang ke arah pengawas yang hanya berketinggian pada paras pinggangnya saja. Bukan dia tak suka. Cuma, dia tak rapat dengan pengawas itu saja. Jarang bercakap sesama sendiri.
YOU ARE READING
[DR2] Gadis Dakwah vs Prankster (BAKAL EDIT)
Ficțiune adolescenți[Karya by: @White_memory] [Genre: teen fiction, non-fiction, thriller] Published: 2021 Siri: Dakwah Remaja 2 Words: 26,814 ⚠️cerita rekaan yang mempunyai pengajaran ilmu agama⚠️ ⚠️Do not plagiat. Saya takkan halalkan! ⚠️ ⚠️💯Idea saya sendiri⚠️ "Ju...