Chapter 3

38 9 0
                                    

Gadis itu membetulkan baju kemejanya sekali lagi. Dia harus kelihatan cantik. First impression itu penting. Ini merupakan kali ke 345, dia membetulkan bajunya itu, memastikan bahawa semuanya kelihatan sempurna. Dia harus menonjolkan dirinya sebaik mungkin, Dia harus terpilih. 

" Heol, besarnya istana ni. Dari jauh dah boleh nampak," Jihyo bergerak dengan sedikit laju, dia takut dirinya terlewat untuk hadir ke istana. Dia terus berjalan sehingga tiba ke pintu masuk istana, sejujurnya dia agak pelik, sekiranya notis ini diletakkan di setiap kampung, sudah pastilah akan terdapat banyak gadis lain yang turut hadir.

" Hello," Jihyo tunduk sedikit ke arah pengawal istana. " Saya nak join Pemilihan Ratu," gadis itu senyum sedikit ke arah pengawal itu. " Hah? Pemilihan itu semalam. Rasanya hari ini dah takda dah," Jawapan pengawal itu mengejutkan gadis itu. " Yeke? Bukan hari ini ke? Saya rasa hari inilah," Jihyo mengharapkan itulah jawapan yang sebetulnya.

"Saya tak rasalah, miss. Tapi, saya cuba tanya dulu ye," Pengawal itu bergerak masuk ke dalam Istana. Sejujurnya Jihyo takut, sekiranya dia memang sudah tersilap tarikh. Ini adalah hal yang bodoh. Bagaimana dia boleh tersilap tarikh?

" Miss, Queen Dowager mintak miss masuk dalam, sebab memang semalam tarikhnya, tapi sebab miss dah datang dari jauh, Jadi Queen Dowager cakap dia nak tengok miss jugak," Pengawal itu bergerak ke tepi memberi laluan kepada Jihyo. " Baik, Saya mintak maaf sekali lagi, sepatutnya saya kena peka. Maafkan saya," Jihyo mengangguk lagi tanda memohon maaf.




" Queen Dowager ada hal, dia kata esok dia jumpa dengan Miss Jihyo. Buat masa ini, Miss duduk sahaja di bilik tetamu sebab dah lewat sangat," Jihyo cepat-cepat membetulkan kedudukannya apabila mendengar suara dari seorang wanita yang agak berumur. " Baik, Terima Kasih," Jihyo tersenyum, cuba untuk menutup perasaan gementar dan geram kerana dia harus menunggu selama 4 jam. Tetapi bagaimana pun ini masih salahnya.



" Tak, sekarang ni dah pukul 3 pagi tapi aku tak boleh tidur, Takkanlah nak jumpa Nenek Mertua, muka macam pontianak, memang tak dapatlah jadi menantu, tapi tulah... Eh," Jihyo terus memegang dadanya disebabkan bunyi yang agak kuat di luar biliknya. Dia nak keluar tapi dia takut. Tapi bila difikirkan balik, Istana ini ada banyak pengawal, jadi tidak ada yang perlu dia takuti. Jihyo terus mula menapak ke arah pintu untuk melihat apa yang terjadi. Di saat dirinya melihat ke arah luar, dia terkejut. Seorang wanita terjatuh di hadapan biliknya.

" Halmeoni! Halmeoni! Okay tak ini? Kejap saya bawa Halmeoni ke tempat yang lebih selesa," Jihyo terus memapah wanita yang agak tua itu masuk ke dalam biliknya. Dia sepatutnya memanggil orang lain sebab dia tidak kenal dengan wanita ini tetapi sebelum dia memanggil sesiapa, dia harus menyelamatkan nyawa wanita ini sebagai seorang doktor. 

" Halmeoni, dengar cakap saya tau. Halmeoni kena terus bernafas slowly, sementara tu saya akan rawat Halmeoni, Jangan push diri Halmeoni. Halmeoni ada ubat kan. Takpe," sementara Jihyo sibuk menenangkan wanita tua itu, dia terus menerus menekan tangan wanita itu bagi memastikan darahnya mengepam dengan lancar. Dia membuka begnya, dan terus mengambil ubat penenang yang ada, dengan begitu pantas, dia terus mencucuk wanita itu dengan ubat penenang. 

"Halmeoni ni kena dera ke? Dia stress sangat ni sebab tu jadi macam ni. Takpe, sekarang ni kena cari seseorang, Aku tak boleh buat pandai je, nanti kalau jadi apa-apa, mati aku," Jihyo terus menerus bercakap seorang diri sambil menepuk wanita itu agar lebih cepat tenang.

Jihyo mengambil keputusan untuk keluar dari biliknya kerana dia percaya di dalam biliknya tiada satu penyelesaian yang akan dia jumpa. Dia harus keluar dan cari seseorang di dalam istana ini. Kalau Raja, itu kita panggil rezeki. Eh!

Jihyo terus menerus berjalan di dalam istana yang sebesar sebuah negara ini. Tiba-tiba, dia ternampak seorang jejaka sedang berjalan ke arahnya. " Encik! Tolong saya, ada Halmeoni itu dia pengsan di hadapan bilik saya. Tolong saya," Jihyo terus menerus menarik tangan lelaki itu ke biliknya.



" Awak betul-betul tak kenal ke Halmeoni ni?" Jejaka itu tidak habis-habis mengulangkan persoalan yang sama selama 15 minit. Jihyo tahu, dia pasti akan membelasah jejaka ini sekiranya soalan yang sama diulangkan semula. Jihyo mengangguk untuk membalas.

" Awak pasti? Saya tak boleh nak percayalah," Jihyo terus memandang lelaki itu dengan pandangan marah. " Habis, kalau saya kenal, kenapa saya panggil encik? Saya baru je masuk istana ni tadi, Takkan semua orang saya dah kenal. Aish, masalah lah," Gadis itu terus menerus mengeluh menunjukkan perasaannya yang betul-betul geram.

" Saya taktahu nak gembira atau sedih untuk awak sebab saya pun taktahu benda ini benda yang baik ke buruk. Tapi, awak masuk istana ini sebab awak nak jadi candidate ratu ye? Tapi awak salah tarikh, jadi Queen Dowager suruh awak masuk dan menginap dekat istana sebab dia nak jumpa awak esok, macam tu? And sejauh saya lihat," Lelaki itu memandang ke arah wanita tua yang terbaring di atas katil itu dan memandang semula ke arah Jihyo, " You are a doctor?" Jihyo mengangguk."Betul! Tepat sekali. Tapi, Encik, saya wish Encik tak hebohkan pasal saya doktor. Saya taknak orang pilih saya just because I am a Doctor," Jihyo terus memandang ke arah lelaki itu.

Lelaki itu memandang ke arah Jihyo lemah sebelum mengurut kepalanya, Jihyo agak pelik melihat reaction lelaki itu, namun setiap perkataan yang jejaka itu katakan selepas itu menyebabkan Jihyo bungkam.

" Semua orang akan tahu pasal benda ini. Orang yang awak panggil Halmeoni ni, ialah Queen Dowager, Dia yang sepatutnya awak jumpa esok ni dah tengok awak rawat diri dia, Jadi tak peliklah kalau benda ni heboh, Miss" Jejaka itu memandang ke arag Jihyo,

" Hah? Halmeoni ini ialah Queen Dowager?" Jihyo memandang ke arah katil sementaranya sebelum menelan air liur pahit,

"Aku tak rasa ini petanda yang baik," Jihyo memejamkan matanya sambil berkata dalam hati.



To Be Continued


One Step Towards YouWhere stories live. Discover now