" Nak try ke?" tersentak gadis itu mendengar suara garau yang seperti sedang berbisik di tepi telinganya. Dia memandang ke arah lelaki itu. Cara lelaki itu berpakaian, dia sedar bahawa lelaki itu dari istana namun tidak mungkin dia berpangkat yang tinggi kerana bajunya terlalu lusuh. Dirinya juga seperti pengawal kerajaan.
" Hm, entahlah. Tengoklah dulu. Kalau rajin, saya joinlah kot," Jihyo saja berbalas begitu, tidak mahu nampak kalah atau lemah di hadapan orang istana ini. " Saya harap awak malaslah, sebab saya tak rasa Raja akan pilih pun awak. So, lebih baik takyah penatkan diri," Jihyo cepat-cepat memandang lelaki itu dengan pandangan tidak percaya. Bagaimana orang ni boleh confident sangat cakap macam tu. Heyyyyy, Ni Song Jihyo okayyyyyy, Dia single sebab dia yang pilih untuk single. Dasar.
" Hey! Jangan cabar saya okay? Kalau saya petik jari je, Raja tu pasti suka. Kalau saya jadi Permaisuri, saya pergi cari awak, cincang-cincang bagi harimau makan, nak?" puas dirinya membalas sebegitu kepada pelayan istana itu, dia pasti lelaki itu orang istana. Senang dirinya nak cari.
" Baiklah, jumpa nanti ye," Lelaki itu membalikkan badannya menandakan bahawa dia akan pergi dari situ, Lelaki itu tersenyum seketika sebelum cepat-cepat berlalu pergi. " Dasar lelaki tak guna, level dia pandang rendah dekat aku, macam aku ni apa je. EHHHHH apa nama dia tadi weh? Habislah first stage punya balas dendam pun dah tak lepas," Jihyo menhentakkan kakinya menandakan bahawa betapa dirinya kecewa dengan perkara yang berlaku. Dia harus tahu nama lelaki itu barulah dia dapat membalas dendam.
" Your Majesty, Queen Dowager mengharapkan kehadiran Your Majesty di dalam bilik tamu," dengan begitu hormat Court Lady Kim memberitahu lelaki dihadapannya yang sudah pastilah pangkatnya seratus kali lebih tinggi dari dirinya. Dia hadir di sini juga hanyalah untuk memenuhi perintah Queen Dowager yang merupakan Nenda kepada lelaki di hadapannya.
Lelaki itu berhenti dari terus membaca bukunya, dan memilih untuk meletakkan buku itu di atas meja di hadapannya, dia memandang ke arah wanita yang agak berumur di hadapannya dan terus tersenyum menandakan yang dia faham akan hal itu. " Saya akan pergi sekarang jadi jangan risau," dia membalas kepada wanita itu.
Dia adalah Raja yang baharu di negaranya, Inderland. Dia sudah boleh mengagak apa yang ingin diperkatakan oleh nendanya, namun dia memilih untuk berdiam dan pura-pura untuk tidak memahami apa-apa.
" Yes, Nenda. Cucunda sudah datang. Kenapa? Semuanya okay sahajakan?" dia memandang ke arah neneknya dengan pandangan prihatin. Senyuman yang diberikan oleh nendanya kepada dirinya jelas menerangkan bahawa setiap perkataan yang bakal dikeluarkan oleh nendanya pada masa akan datang akan memenatkan dirinya namun membahagiakan nendanya.
" Nenda dah panggil dah semua gadis-gadis yang sesuai untuk datang, nenda dah make sure nenda ikut semua apa yang cucunda nak. Jadi, cucunda kena pilih jugak tau. Nenda percaya cucunda akan jumpa kebahagiaan cucunda sendiri." Nendanya yang begitu asyik berkata-kata membuatkan dirinya tersenyum. " Baik, Nenda. Donghae ikut ye," Dia memeluk nendanya. Walau hatinya memang begitu ingin membangkang hal ini, namun demi kebahagiaan neneknya yang sudah seperti ibu dan bapanya, menyebabkan dia terus terdiam, dan mengikut kemahuan nendanya.
Donghae terhenti membaca surat khabarnya apabila mendengar suara seseorang yang amat dikenalinya. " Donghaeku, bagaimana keadaanmu yang bakal menamatkan zaman bujang ini? JHAHAHAHAH. Eh maaf Your Majesty," seorang lelaki sedang bergelak tawa sambil menarik kerusi dihadapanya. Pemegang takhta itu sudah amat familiar dengan wajah dihadapannya. Dia sudah boleh agak bahawa scene ini pasti akan ada sejak dia keluar dari bilik nendanya.
" Lah, ingat memang nak kena pancung kepala tadi. Happylah sekurangnya aku nak kahwin, bukan macam kau, siapa pun taknak pastu takda siapa pun kisah nak carikan untuk kau. Dasar Hyukjae tak laku," Dia terus memandang wajah rakannya dengan pandangan mengejek. Sahaja mahu membalas kata-kata kawannya itu. "Ish, sebab kaulah aku macam ini. Cuba jangan panggil Hyukjae. Panggil Eunhyuk. Itu kan lagi sedap. Aish," Raja itu tidak menghiraukan langsung kata-kata rakannya dan terus fokus dengan pembacaannya.
"Yah, sekarang ini dah 2020 tau, kau takyah kahwin arrange pun takpelah. Kau cakap jelah dekat nenda kau yang kau nak cari sendiri. Mesti dia kasi punya," Donghae memandang Eunhyuk dengan pandangan tidak percaya. " Kalau aku yang cari, lebih baik takyah. Masalahnya, Nenda aku dah panggil semua perempuan yang ada kot. So, takda alasannya. Aku taknak kahwin terus." Dia agak geram kerana dia harus menerangkan perkara yang sama kepada rakan baiknya itu.
"Gwenchana, aku pasti akan ada seorang gadis yang paling sesuai untuk kau. Yang akan tolong kau rule negara ini dengan cemerlang gituh. Yang akan happykan kau, bagi waris dekat kau. Jangan risau, aku akan tolong juga, sebagai ganti, aku pun dapat cari calon isteri. Hehe,"Donghae hanya memandang rakannya sejenak sebelum membaling surat khabar yang ada di tangannya ke arah muka rakannya untuk membalas dendam.
" Mungkin ada yang terbaik untuk aku," Donghae memandang ke arah luar tingkap biliknya sejenak.
" Hachumm," Jihyo mengelap hidungnya. "Aish, siapa yang cakap pasal aku ini? Takpe, Makcik, kita sambung ye cakap pasal sakit makcik," Jihyo terus menekan tangan makcik yang berada di hadapannya untuk memberitahu kesakitan yang dialaminya.
To Be Continued
YOU ARE READING
One Step Towards You
Romance" Aku mencintaimu. titik" " Walau aku tidak pernah dapat menarik perhatianmu, aku mencintaimu. titik." " Walau kamu kecewa dengan hubungan kita, aku tetap mencintaimu, titik." " kerana apapun yang terjadi, aku tetap mencintaimu. titik "