"Soalan apa ni?" Donghae bertanya kembali kepada Jihyo. dia tidak senyum seperti sebelum ini. "Soalan yang sepatutnya saya tanya sebelum kita berdua kahwin. Awak terpaksa ke kahwin dengan saya?" Jihyo terus menanyakan soalan itu, tidak hairan sekiranya suaminya itu marah.
Donghae diam memandang ke arah Jihyo, ke dalam mata isterinya itu. Dia tidak sangka sejauh ini, isterinya mampu terfikir.
"Awak diam? maksudnya betul ye?" Jihyo tersenyum sedikit ke arah Donghae, sambil memejamkan matanya. Ketika dia buka matanya kembali, Donghae terkejut melihat mata isterinya itu merah.
"This is an arranged marriage, tapi tak bermakna saya tak suka pada awak. Kenapa awak tanya macam ini, My Queen," Donghae memandang ke arah Jihyo sayu. Dia tidak sangka, perkara akan jadi serumit ini.
"Then, kenapa awak tak pernah langsung lawat saya? Kenapa awak tak pernah langsung tidur bilik saya? Bagitahu saya sebab," Jihyo memandang tepat ke arah mata donghae, tiada tanda2 yang dia hendak mara ke hadapan. Donghae tersenyum sedikit, "Awak nak saya tidur dengan awak?" Soalan donghae itu menyentakkan Jihyo.
"Ehh- bukan itu maksud saya, I mean you know like- em-- hah, Awak breakfast ke dengan saya,"Jihyo tidak sangka itu yang bakal dijawab oleh Donghae. Jihyo menyambung kata-katanya, "Saya takde family members langsung yang saya kenal disini. Saya hanya kenal Grand Queen Dowager, Sooyoung, Court Lady Choi,Eunhyuk--" Jihyo memandang ke arah Donghae semula, "Awak pun saya tak kenal. Even saya takut, saya masih lagi tak berontak dan terima untuk berkahwin dengan awak walau muka awak pun saya tak pernah lihat. I know you are a very great man. Jadi, saya fikir mungkin awak bakal jadi family saya juga di sini," Jihyo menghela nafas sedikit.
Dia mengambil langkah besar ke sehingga kakinya betul-betul di hadapan suaminya, dan hidung mereka nyaris berlaga ketika Jihyo memandang ke atas untuk melihat wajah suaminya.
"I willingly take one step towards you, why you took one step further from me?" soalan Jihyo itu tidak donghae jawab kerana dia sedang memandang ke arah mata isterinya itu, mencari kebenaran.
"I'm sorry sebab saya tak peka mengenai hal ini. This is the first time, ada orang yang tunggu kehadiran saya bukan sebagai seorang Raja, jadi saya masih-- you know," Donghae mengangguk kepalanya, berharap agar Jihyo memahami apa yang ingin dia sampaikan tetapi isterinya itu hanya diam menunggu setiap perkataan yang bakal dikeluarkan oleh dirinya.
"I'll try not to take any one step further away from this relationship, Tapi kalau saya tak sengaja terbuat, I'm sorry sebab being The King tak semudah yang semua orang rasa. I tak pergi tempat lain pun, atau jumpa orang lain atau apa pun yang ada dalam fikiran awak, Saya hanya lakukan kerja seorang Raja, So, I'm sorry," setiap baik kata yang dikeluarkan oleh Donghae itu menyebabkan Jihyo rasa tertekan.
Adakah dirinya yang lebih over sedangkan suaminya itu sebenarnya sibuk? Adakah dia terlalu sibuk untuk mengurangkan rasa sunyi sehingga lupa tugasnya sebagai Ratu? Sebagai Isteri?
"no, bukan salah awak. saya yang tak matang. Just forget everything yang saya cakap," Jihyo terus melangkah jauh dari donghae, dia rasa sebersalah dengan perangainya yang sedikit sebanyak menyusahkan suaminya itu.
Jihyo terus melangkah hingga tiba dekat dengan pintu keluar bilik Donghae, "You can come to our room, you know. Awak boleh datang dan tidur di sana, or at least if awak ada stress apa-apa, we can talk," Jihyo tersenyum sedikit ke arah Donghae.
"Sure, and tolong sampaikan dekat kedua dayang awak, mereka sangat baik dan patuh," Donghae tertawa sedikit setelah berkata menyebabkan JIhyo curious dengan apa yang berlaku.
"Your highness, your higness, Your highness dah salah faham, The king sentiasa tidur dalam bilik, Your highness," Kata-kata dari sooyoung itu terus menghentikan gerak langkah Jihyo. Apa yang sedang dia dengari ini, Suaminya itu sentiasa tidur dengannya, tetapi kenapa, kenapa, kenapa? Kenapa dia tak pernah sedar dan nampak suaminya? Tak logik.
"Sooyoung ah- awak merepek apa ni? Your Majesty tak pernah tidur bilik dengan saya. Saya rasa awak se--,"Kata Jihyo terhenti apabila Sooyoung laju membalas kata-katanya dengan muka cuak. "No, No, Your highness. The King betul-betul tidur di bilik Your Highness. Cuma dia selalu masuk lewat dan keluar awal," Walau seserius mana pun wajah Sooyoung kelihatan di mata Jihyo. Dia masih rasa gadis muda itu sedang berbohong. Tak mungkin dia tak sedar.
"Sooyoung, awak ingat saya apa? Saya takkanlah lupa benda macam ini. And takkanlah saya tak boleh beza reali--Ehhhhhh," Permaisuri baru itu terus menutup mulutnya. Tak boleh terima sekiranya apa yang otaknya itu fikir adalah kebenaran. "Yessss, Your highness. Your highness dah ingat ke?," Jihyo menggeleng kepalanya tak percaya.
"Jadi selama ni yang aku ingat mimp--ARGHHHH," Jihyo terus mengetuk kepalanya berkali-kali tidak dapat menerima bahawa selama ini suaminya memang tidur di biliknya namun dia yang tidak pernah sedar. Dia memang tahu tentang kehebatan dirinya ketika tidur tetapi dia taktahu akan jadi seteruk ini.
"Your highness, kami rasa mungkin Your Majesty okay sahaja. Jadi Your Highness janganlah macam ni," Sooyoung kembali berkata, sejujurnya dia takut melihat reaksi Permaisuri mereka itu. Ini belum mereka ceritakan lagi kelakuan pelik Jihyo sepanjang beberapa malam mereka melihat The King mengawal isterinya yang tidur nyenyak itu.
YOU ARE READING
One Step Towards You
Romance" Aku mencintaimu. titik" " Walau aku tidak pernah dapat menarik perhatianmu, aku mencintaimu. titik." " Walau kamu kecewa dengan hubungan kita, aku tetap mencintaimu, titik." " kerana apapun yang terjadi, aku tetap mencintaimu. titik "