Terlihat sebuah kereta mewah memasuki perkarangan sekolah private itu. Kereta tersebut di'parking' (betul ke ni anak² ejaan dia🤣) di tempat VIP sekolah itu.
4 orang gadis keluar daripada kereta itu. Mangalahkan diva gaya mereka itu. Mungkin sesetengah orang akan membuat muka meluat. Tapi sesetengah orang akan menyorak keriangan.
Kerana apa?
Kerana Diamond Rosie datang ke sekolah dengan kegembiraan yang tak terkata."Huishh, beku aku kat dalam kereta tu" kata Zaty yang menggigil kesejukan.
"Kau lah ni punya pasal Dam. Dah lah cuaca pagi ni sejuk pastu kau boleh bukak aircond tu temperature dia kuat... Nasib first day sekolah tau. Kalau tak dah lunyai kau aku kerjakan" kata Qila menyalahkan Damia yang buat² pekak.
Nisya yang terkial kial keluar daripada tempat pemandu hanya menjeling mereka tajam.
"Hoi!! Siapa nak angkat beg korang ni. Korang ingat aku orang gaji ke hah!!" Tu dia, suara si leader dah bangkit.
Dengan tergopoh gapah mereka bertiga mengambil beg masing².
"Kau dapat kelas mana?" Tanya Nisya kepada teman temannya.
"Aku ngan Qila dapat kelas Beryl" kata Mia terus memeluk bahu Qila dan mereka hampir tersungkur. Mana tidak nya. Aqilah dah lah tengah pegang cermin pastu si Damia ni pergi pegang macam nak terkejutkan orang. Kan dah mendapat.
"Kau?" soal Qila yang masih geram dengan tindakan Damia. Nasib saja cermin yang dia pegang tak jatuh.
"Aku ngan Zaty dapat kelas Amethyst" kata Nisya bangga. Yelah, dapat kelas pertama.
"Alah kenapa tak sama..." Kata Damia dengan nada merajuk. Nisya berjalan mengiringi Damia lalu berkata.
"Tu namanya takde jodoh... Kesian kita kan... Huhuhhu"Izzaty yang melihat kebodohan kawan kawannya hanya menggelengkan kepala sahaja.
Selepas tiba di blok tingkatan mereka. Mereka berpelukan beberapa saat kerana takut rindukan masing².
"Dah², macam lah rehat tak jumpa lagi. Over lah korang.." kata Nisya yang menolak jauh Aqilah yang hendak memeluknya sekali lagi.
"Okeylah. Bye. Jom Qil kita pergi goda atlet² kat kelas kita..." Kata Damia secara berbisik tapi masih didengari ketua dan mak angkat mereka.
"Hoi!!" jerit Nisya dan Zaty. Mia dan Qila terus melarikan diri ke alam kelas.
Zaty dan Nisya berjalan seiringan dan masuk ke kelas. Buka sahaja pintu, dah rasa macam kat alam barzah. Masuk je macam kat bilik mayat. Senyap sunyi je. Padahal budak² semua dah sampai. Cuma tunggu beberapa orang sahaja.
Zaty dan Nisya pandang satu sama lain lalu menjongketkan kening sebelah mereka. Mereka kembali pandang depan masih sama. Beku je semua orang.
Tiba²
"DR comeback!!!” jerit dua suara di belakang. Satu tanpa riak, satu lagi macam jumpa gula² time kecil² dulu.Yup, ahli phoenix ada di kelas ini. Tapi cuma ada beberapa orang je.
Izwan berlari kearah Nisya dan Zaty yang masih terkejut dengan panggilan 'DR comeback' tadi. Nisya yang perasan Izwan mendepakan tangannya lalu Nisya pun membuat perkara sama.
Baru sahaja mereka hendak berpelukan. Zaty dah menarik Nisya jauh lalu berkata "Haram!". Dan kesannya, Izwan terhantuk kepalanya di whiteboard.
"Auhhh.... Sakit shial." Carutnya sambil menggosok dahi sambil terduduk di hadapan kelas. Satu kelas tertawakan Izwan yang bernasib malang itu. Termasuklah Nisya dan Zaty.
Rayyan hanya melihat membernya sambil tersengeh. Ni lah jenis² member yang berjaya pada zaman sekarang.
"Kau sengih pahal. Tolong lah aku yang tak larat ni....." Kata Izwan yang mula melembikkan dirinya. Nisya dan Zaty dah duduk di tempat yang kosong. Mereka duduk di bahagian belakang.
Rayyan pergi ke hadapan lalu menghulurkan tangan ke arah rakannya yang seorang itu. Izwan terus menarik tangan Rayyan lalu berdiri. Dia memandang tajam ke arah Izzaty yang muka macam orang tak bersalah itu.
Mereka duduk di tempat mereka semula. Nisya yang duduk bersebelahan mereka memanggil nama Rayyan sambil berbisik.
"Kau nak apa?" Tanya Rayyan tegas.
"Haikal masuk kelas mana?" Tanya Nisya.
"Sini" sepatah sahaja jawapan yang diberikan. Dengar sahaja ayat itu, Nisya seperti orang yang tidak bermaya.
"Mana dia?" Zaty pula yang menyampuk.
"Dia datang lambat sikit." Balas Izwan.
Mereka hanya mengangguk kepala tanda faham.
Di kelas 5 Beryl..
Mia dan Qila masuk ke kelas dengan gaya diva. Mereka berdiri di depan kelas lalu memandang tempat duduk di kelas itu. Semestinya mereka akan duduk di bahagian belakang.
Terlihat figura seorang lelaki mengangkat tangannya tanda ingin mereka duduk di sebelah mereka. Mia yang melihat terus menarik lengan Qila ke tempat yang diberitahu oleh Aniq.
Mereka duduk lalu mereka melihat semua pelajar di kelas itu memandang mereka. Ada yang dengan pandangan takut, gembira, sinis, sengih dan macam² lah. Mereka hanya membalas senyuman lalu mengeluarkan buku. Mereka terdengar satu jeritan kasar di kelas Amethyst.
Mereka sudah dapat mengesan bahawa ketua mereka sedang membuat hal. Mereka berpandang satu sama lain. Terbit satu sengihan di bibir Mia. Qila yang terlihat pun tersengih.
Mereka berdiri lalu satu kelas itu memandang mereka dengan riak muka hairan. Mereka berjalan ke arah depan lalu berdiri di hadapan whiteboard.
Aqila mengambil maker hitam lalu dihulurkan ke Damia. Damia mencapai huluran tersebut lalu menconteng papan putih itu. Setelah selesai beroperasi, mereka duduk kembali ke tempat masing².
Mereka menulis 'WELCOME BACK TO SCHOOL!!!' secara besar di papan putih. Pelajar di dalam kelas itu sudah pucat lesi. Why? Because guru kelas diorang adalah cikgu disiplin yang paling garang kat sekolah tu...
Mia dan Qila duduk di tempat mereka. Tiba², seorang wanita yang kelihatan sudah berumur masuk ke kelas mereka. Dia melihat papan putih yang diconteng dengan cantiknya itu. Dia melirik ke arah anak muridnya.
Dia mendapati ada 4 orang budak yang tidak asing baginya. Pelajarnya mula menundukkan pandangan apabila cikgu Roziah memandang mereka tajam.
Cikgu Roziah meletakkan beg nya diatas meja guru. "Can you guys explain to me what is this thing?" Pertanyaanya dibiar sepi oleh pelajar² di kelas 5 Beryl.
Mukanya tiba² menjadi garang. Dia mengambil duster lalu ingin membaling benda itu ke arah pelajarnya. Tiba² suatu suara yang merdu telah mengaku akan kesalahan dirinya.
"Saya yang buat teacher." Kata pelajar itu dengan tepat dan jelas. Dia melangkah kehadapan sambil menarik sesuatu mengikutinya. Yup, suara itu adalah suara Mia... Tarik member sekali bosskuurrr...
Mereka berdiri dihadapan guru kelas mereka itu. "Explain, what is this?" Soal guru itu memandang anak muridnya sambil mengeluh.
"Tulisan teacher." Jawab Qila jujur(kot). "In English!!!" Teacher itu membalas sambil memberi jelingan tajam.
"Erm...², tulisan dalam BI apa Dam." Bisik Qila kepada Mia. "This is writing hand teacher." Jawab Mia dengan riaknya terhadap Qila.
"Why you guys conteng my whiteboard huh?" Teacher itu menyoal kembali.
"Ofc lah teacher... Harini kan first day. Kenalah ceriakan keadaan. Lagipun ni bukan conteng, ni seni tau yang kitorang buat..." Jawab Qila lagi. "Betul tu ticer." Sambung Mia pula.
Cikgu Roziah hanya menggelengkan kepalanya lalu menyuruh mereka duduk.
TBC
____________________________________SORRY HAMBAR MASA FIRST²
VOTE TAU
NAK COMMENT, COMMENT LAH
TYPO ROGER.ANYEONGG...
YOU ARE READING
Diamond Rosie (Slow Update)
Teen FictionDIAMOND ROSIE..... Siapa je yang tak kenal diorang ni... Yang tak kenal, meh sini author ceritakan ea... 4 orang gadis yang bersekolah di sekolah private iaitu velvet crystal highschool (hanya rekaan semata-mata). Nak dijadikan cerita, kat dunia ore...