3

18 5 0
                                    

Rehat

Diamond Rosie berjalan menuju ke kantin dengan penuh longlai. Mereka menuju ke tempat pembelian makanan dengan penuh teruja.

"Assalamualaikum acik!!! Lama tak jumpa... Yinduuu." Zaty memeluk makcik kantin yang sudah lama tidak ditemui dengan penuh teruja. Zaty ni satu je penyakit dia, kalau orang yang dia kenal dah lama tak jumpa semua nak dipeluknya.

"Acik, harini ada apa?" Tanya Mia yang sudah memegang perutnya kerana lapar.

"Harini ada nasi lemak, mee goreng, kentang goreng, roti sosej, macam² lah. Suka hati korang lah nak ambil yang mana. Kalah acik cakap pun korang tetap ambik roti je kan." Kata makcik Salmah yang telah masak dengan perangai Diamond Rosie itu. Mereka kalau datang ke kantin yang dibeli mereka adalah roti seringgit itu sahaja. Alah, yang roti gardenia tu.

Diamond Rosie hanya tersengih kerana perbuatan mereka. "Alah makcik. Harini saya tak nak roti tu. Saya nak makan nasi goreng ayam makcik. Teringin pula." Jawab Qila.

DR memandang Qila dengan tidak percaya. Biasanya, budak itu yang mahu roti kerana diet. Ini lain pula.

"Ha acik, bagi lebih, kitorang kongsi." Sambung Nisya.

"Kau bayar eh." Qila menyambung. Nisya memandang Qila dengan tidak puas hati.

"Takde, fifty-fifty." Ujar Nisya. Qila sudah cemberut.

"Ala... Baru nak merasa leader yang belanja." Qila membuat muka kesian.

"Do you think that I care about that? Sorry, nope." Ucap Nisya selamba.

Selepas membeli makanan mereka. DR duduk di tempat yang disediakan.

Semua yang berada di kantin itu melihat mereka dengan hairan. Biasanya mereka akan duduk di tempat khas yang di cop oleh mereka suatu ketika dulu. Sampai bergaduh dengan budak pengawas pusat sumber sekolah. Tapi hari ini lain pula.

"Ehem!" Dehem seseorang. DR memusing ke belakang. Daripada muka yang sudah tiada mood itu terus menjadi lagi cemberut melihat orang itu.

"Babe..." Qila menarik tangan orang itu sehingga duduk di tempat mereka lalu dia bersandar di bahu orang itu. Perkara itu dilakukan oleh Nisya dan juga Zaty. Damia pula melahap makanan untuk menghilangkan rasa sedihnya.

"Korang kenapa ni?" Tanya Rina. Dia salah satu sahabat DR, tapi dia tidak masuk ke dalam list ahli kumpulan kerana dia ahli kumpulan Red Heart. Diamond Rosie dan Red Heart memang bersahabat daripada waktu kecil sampai sekarang. Red Heart mempunyai 3 ahli kumpulan. Termasuklah Rina.

"Kitorang... Kitorang..." Sebut Zaty teragak-agak. Rina sentiasa menunggu apa yang ingin diungkapkan oleh mereka.

"Kitorang jealous sebab tak dapat jadi ahli jawatan kuasa tertinggi pengawas." Balas Damia. Dia masih sibuk melahap makanannya.

"Lah, tu je. Tu pun nak sedih..." Kata Rina sambil mengusap bahu kawan kawannya. Semua yang berada di kantin itu hanya melihat sahaja. Sudah biasa, kalau DR datang duduk di kantin. Mesti ingin mencari Red Heart. Cuma tadi mereka pelik, kerana Red Heart dan Diamond Rosie haritu bergaduh. Andaian mereka, mungkin DR dan RH (Short form yang kuban² je author ni) sudah berbaik.

"Hmm..." Balas DR.

"Yow member, lama tak jumpa. Kau Rina, pergi sini tak ajak." Salah satu ahli kumpulan Red Heart berkata. Rina hanya menyengih apabila namanya disebut.

Mereka bercerita sampai lah habis waktu rehat habis. Korang tengok tu. Macam tu nak jadi pengawas. Asyik membawang je kerja. Buat kerja tak nak.

"Dah lah weh, aku kena jaga library lepas ni. Byee." Ucap Bella salah satu ahli Red Heart. Red Heart merupakan pengawas perpustakaan yang paling tegas. Terutamanya apabila melibatkan library kesayangan sekolah mereka itu.

Kadang² DR juga dimarahinya. Tapi mereka hanya akur. Red Heart yang berhak bertegas di kawasan itu.

Mereka masuk ke kelas masing². Kecuali Diamond Rosie. Dia ditelefon oleh phoenix suruh datang ke bilik pengawas untuk menolong mereka menyusun semula file² murid mengikut tahun.

"Assalamualaikum!!!!" Jerit Nisya dan Mia bersama. Bergema terus bilik itu apabila suara mereka memasuki bilik itu.

"Slow sikitlah!!" Marah Danish yang sedang bermain game. Tengok ni, macam ni boleh jadi ahli jawatankuasa tertinggi pengawas. Dengan game nyaa...
Memeningkan.

"Orang bagi salam tu jawab! Bukan memekak!" Bidas Mia. Dia memang, kalau diajak bergaduh dengan Danish nombor satu.

"Waalaikumussalam!" Jawab mereka setelah ditegur oleh Mia.

"So, kitorang nak kena buat apa?" Tanya Qila buat² tak tahu yang dia kena buat apa.

"Sini." Aniq menarik lengan Qila yang berlapik duduk di sebelahnya. Aniq tengah menyusun senarai nama murid baharu yang ada di sekolah ini. Dia seperti nampak pening melihat nama² asing itu.

"Apa?" Tanya Qila yang ikut berkerut melihat screen laptop itu.

"Kau susun nama budak baru dari form1-2. Tahun ni ramai pulak yang masuk sekolah kita." Kata Aniq. Ni baru betul pengawas.

"Oh okay. Tapi kan wey, banyak nya. Dekat 30 orang. Dan semua nya hampir dekat sekolah yang sama." Kata Qila hairan.

Nisya melihat screen itu. Begitu juga phoenix. Mereka terdiam seketika. Lily's Highschool dan Science Technology's Highschool (Rekaan semata-mata). Kenapa semua yang masuk sekolah ni adalah budak daripada dua sekolah tu.

Rayyan melihat nama² di carta itu. Nama yang mereka kenal. Mereka memandang satu sama lain.

’Ahh! Ini bukan apa yang dirancangkan. Damn it!' Carut Haikal dalam hati. Mereka semua macam patah semangat. Semua budak itu bermusuh dan mereka masuk ke sekolah ni. Benda yang paling malang.

Mereka masuk ke kelas masing².

"Aik? Tadi bukan nak susun carta organisasi ke." Tanya cikgu yang berada di kelas 5 Amethyst.

"Tak jadi lah cikgu, macam ada yang tak lengkap lagi." Kata rayyan. Semua di dalam kelas itu diam.

Diamond Rosie yang sememangnya sudah diam membuat kan suasana kelas lagi nampak menyeramkan. Mereka syak ada malapetaka yang akan di sekolah ini jika DR dan Phoenix berdiam diri.

To be continued
____________________________________

Vote
Comment
Typo, roger okay.
Love you all
The mission is on the road~

Diamond Rosie (Slow Update)Where stories live. Discover now