2

21 6 0
                                    

"Saya nak kamu semua memperkenalkan diri." Kata Cikgu Maria selaku guru kelas kepada 5 Amethyst.

Murid² di kelas itu mengeluh. Mereka sudah agak akan menjadi seperti ini. Setiap kali first day sekolah mesti mereka akan memperkenalkan diri. Sedangkan guru² di situ semuanya telah mengenali mereka.

Dengan terpaksa mereka memperkenalkan diri masing².

Tiba di giliran Nisya dan Zaty.

"Saya Hanisya Amelia. Cikgu dah lama kenal saya." Itu sahaja yang diujarkan oleh leader Diamond Rosie itu.

"Saya Izzaty Melissa. Kawan dia dan anak murid cikgu yang paling baik." Zaty mengucapkan ayat itu lalu tersengih. Nisya yang di sebelah sudah membuat muka.

Sambung pula kearah murid yang lain yang berada disebelah Izzaty.

Sementara di kelas 5 Beryl.

"Cikgu saya intro dulu!!" jerit seorang pelajar.

"Tak cikgu, saya dulu!" Jerit pelajar yang lain.

Mereka berebut rebut untuk mengenalkan diri masing². Mengalahkan budak² darjah satu.

"Ok²! Sabar. Barisan sini dulu intro. Walaupun saya dah kenal, saya nak kamu perkenalkan diri." Ujar Cikgu Roziah.

Tiba di giliran Damia dan Aqilah. "Saya, Damia." Itu sahaja yang diucapkannya.

"Aik? Tadi bukan main nak cakap. Ni sebut tu je?" Tanya Cikgu Roziah.

"Saya tak tahulah nak cakap apa teacher. Saya rasa macam saya dah hilang idea." Jawab Mia selamba. 

"Ha, Aqilah?" Tanya Cikgu Roziah.

"Hi! Saya Aqilah. Budak paling manja dengan cikgu dan Diamond Rosie." Ujar Qila dengan suara yang dikepitkan.

Cikgu Roziah hanya menganggukkan kepala dengan pasrah. Risau dia dengan anak muridnya yang satu itu. tiba2 Mia menepuk kepala Qila. Qila mengaduh sakit.

"Kau pahal?!" Lantang suara Qila memarahi Mia.

"Patutlah aku tiada idea. Kau yang curi eh?" Balas Mia. Qila sudah menepuk dahi. apa ke bonggok kawan aku sorang ni. Ni dengar si mak Zaty tu, memang kena luku.

"Kau ingat kau sorg je ke hah ada idea, aku pun adalah!" Dua sahabat itu mula bergaduh. Cikgu pula yang pening. Mereka ni kalau satu hari tidak bergaduh, memang tidak sah! 

"Cukup!!" Jerkah cikgu Roziah. Lalu dia suruh orang lain yang memperkenalkan diri. Mia dan Qila hanya tersengih lalu duduk di tempat masing².

Hari itu, tiada satu mata pelajaran pun yang diajar oleh guru. Masing² sibuk menetapkan jawatan kepada anak² murid. Termasuk juga pengawas.

"DIMINTA SEMUA PENGAWAS BERADA DI BILIK DISIPLIN SEKARANG"

Pengawas² hanya akur dan pergi ke bilik disiplin. Mereka sudah jangka yang ada pelantikan yang akan dibuat.

Diamond Rosie sudah menjadi satu. Begitu juga phoenix. Ramai yang berbisik bisik kerana mereka jangka Phoenix Rosie akan berkerjasama menjadi ahli jawatan kuasa pengawas.

Phoenix berada di depan Diamond Rosie. "Korang" panggil Zaty kepada phoenix"

"Hmm" itu sahaja yang disambut oleh mereka.

"Kitorang rasa kan. Kitorang akan jadi pengelola pengawas lah." Sambung Mia dengan riak. Diamond Rosie semua sudah kembang apabila memuji diri sendiri, kecuali Nisya.

"Yelah..." Jawab phoenix beramai-ramai. Mereka pasrah apabali mendapat kawan yang suka berangan-angan ini.

Sesampai sahaja di bilik disiplin, mereka duduk di atas lantai yang beralaskan karpet mewah yang di sponsor oleh pihak PIBG sekolah mereka.

"Okay, hari ni saya nak buat pelantikan." Kata cikgu disiplin yang berada di bilik itu.

Para pengawas hanya diam mendengar ujahan yang seterusnya.

"First, headprefect is.... Rayyan Naim." Ramai yang teruja mendengarkan ayat itu.

"Second, headprefect assistant is... Izwan Mikail. Dan ahli jawatankuasa tertinggi is.. Phoenix." Kata cikgu itu.

Mereka terdiam. Diamond Rosie tercengang mendengarkan ayat itu.

"What. How can?! Teacher, takkanlah takde perempuan kot. At least bagilah jawatan kat perempuan." Bentak Qila.

"Nope, perempuan semua tak boleh pakai." Bidas cikgu itu.

"Tapi kitorang boleh." Sambung Zaty. Dia juga tidak berpuas hati.

"Ish, perangai awak kena helok sikit, baru boleh. Lagipun, cikgu nak buat pembaharuan." Sambung cikgu itu. Maka bermulalah pertengkaran disitu.

"Diamlah!" Suara Nisya bergema di bilik itu. Semua terkejut tiba² Nisya menjerkah mereka begitu.

"Hey you, why you still backup diorang sedangkan kita yang banyak usaha." Jawab DR kepada leader nya sendiri.

"Congrats!!" Ucap Nisya kepada Phoenix. Phoenix sudah berkerut mendengar ucapan itu. DR juga ikut tercengang.

"Weh Nisya. Kau pahal tho... Ey, ni Nisya yang kitorang kenal ke siakk." Ujar Mia yang tidak percaya akan ucapan yang diberikan oleh rakannya yang sorang itu.

Nisya hanya mengangguk. Dia sebenarnya sudah penat memarahi orang yang berada di sekolah itu. Kalau dia mengambil jawatan itu, sudah tentu dirinya akan terbeban lagi.

Selepas berbincang dengan beberapa pembaharuan di bilik disiplin, mereka semua menuju ke kelas masing².

"Congrats!" Ucap Diamond Rosie dengan muka yang tidak puas hati.

"Kau tak ikhlas, tak payah bagi ayat tu." Bidas Danish.

Diamond Rosie hanya diam selepas itu.
Phoenix yang perasan perubahan suasana di situ memberikan laluan kepada pengawas² lain demi berjalan bersama Diamond Rosie.

Aniq mengundur kebelakang untuk berjalan seiring dengan DR. Lalu ahli Phoenix yang lain pula mengikutnya.

"Sorry, kitorang tak expect benda akan jadi." Ucap Aniq. Diamond Rosie masih lagi diam.

"Weh, Haikal. Asal kau lambat tadi?" Nisya meninggalkan rakan² nya yang terlebih moody itu dan pergi ke arah Haikal.

"Aku memang cadang nak datang lambat. Malas nak dengar kau bertekak dengan budak dalam kelas kita." Haikal memang sudah tahu perangai Nisya bagaimana, jadi dia buat keputusan untuk datang lambat. Kalau tidak dengan dia² kena tempias. Nisya hanya tersengih.

"Kitorang ada idea." Kata Izwan sambil tangannya memegang dagu sambil berfikir.

"Apa?" Tanya Qila.

"Apa kata korang jadi pembantu kitorang. Sebab kitorang mana boleh handle kerja ni sorang². Takpe, akhir tahun kitorang bagi korang present. Okay?" Izwan berkata begitu selepas lama memikirkan idea untuk mengembirakan hati Diamond Rosie.

Qila dan Zaty memandang Izwan dengan mata yang bersinar-sinar.

"Haah ek. Boleh juga lah. Kitorang pun rasa macamtu. Ha, BTW bernas juga idea kau ni Izwan. Terima kasih, terima kasih.” ucap Rayyan. Sebab selalunya otak Izwan lah antara yang lambat berfikir.

"Wow... Nak!!" Ucap DR gembira.

"Ok cun. So, korang akan tolong kitorang mulai esok. Nanti kitorang bagi tahu cikgu. And, kalau kitorang pergi mana² korang akan ikut. Boleh?" Sambung Haikal.

DR mengangguk gembira. Begitu juga Nisya yang sebenarnya penat dengan hidup pengawasnya. Demi kawan² yang dia sayang, dia sanggup buat apa sahaja. Kerana hidup mereka tak seindah yang di jangka oleh semua warga sekolah.

To be continued
____________________________________

Apa perasaan korg kalau jawatan yang korg nak diberi dekat orang lain?

So, this is their mission. So, stay tuned for the other chapter okay.

Vote,
Comment,
Typo, biasalah tu. Kalau tak faham, boleh bagitahu

Diamond Rosie (Slow Update)Where stories live. Discover now