"Mari makan semua."
"Hyung, cantik tak?" Soal Taetae dengan mata bersinarnya. Chimchim hanya tersenyum melihat Jimin yang sedang menapak mendekati mereka sambil membawa dulang yang berisi tiga mangkuk sup. Manakala Kookie pula sudah terlena bersama ekor tupainya.
"Hyung.. Boleh tak kita jumpa Hoby lagi?" Soal Taetae mengemas meja mereka.
"Boleh! Kita buatkan makanan untuk Hoby nak tak?"
"Nak!"
****
"Woahh.." Mata Chimchim bersinar memandang pembakar roti milik Jimin.
"Sedapnya.." Meleleh air liur Kookie melihat hidangan yang dibuat oleh Taetae. Makanan ditangannya diendahkan.
*****
"Seronoknya ramai kawan." Foto yang dihantar oleh kawan-kawannya dilihat. Pagi tadi dia menerima sekotak hadiah berisi foto-foto dan sampul surat. Semestinya dari Taetae, Chimchim dan Kookie.
Hoby diam seketika. Dia melihat ruang tamu rumahnya.
Sunyi.
Tok! Tok! Tok!
Berlari Hoby kearah pintu dengan wajah ceria.
"Namjoon hyung dah balik!"
Pintu dibuka. Dia terdiam lagi. Tiada sesiapa dihadapan rumahnya. Baru sahaja dia ingin menutup pintu, matanya tertumpu kearah sejambak bunga yang berada tidak jauh darinya.
Barlari Hoby mengambil bunga tersebut.
"Cantiknya.."
Tanpa Hoby sedari, Taetae, Chimchim dan Kookie menyorok dibelakang pintu rumahnya.
"Suprise!!"
****
"Ambillah ni. Jimin hyung yang buatkan." Kata Chimchim sambil mengulurkan roti bakar yang dibuat oleh Jimin tadi.
"Woah.. Gamsahamnida!" Ucap Hoby.
"Lembutnya..."
Chimchim dan Hoby serentak memandang Kookie yang sedang memeluk ekor Hoby. Chimchim ketawa kecil.
"Mianhae.. Kookie sangat berminat dengan ekor awak, Hoby."
"Ehe.. Gwenchanha.."
"Eo? Nuguseyo?" Soal Taetae apabila melihat seorang lelaki sedang mengayuh basikal.
"Namjoon hyung!" Panggil Hoby lalu berlari kearah Namjoon.
"Hyung, mari lah join kami berkelah."
Seorang lelaki tinggi lampai itu melihat mereka berempat sebelum senyum manis.
"Geure."
Hoby bersorak keriangan. Mata Namjoon tertumpu pada seekor anjing yang sedang mendekatinya.
"Untuk hyung." Sekuntum bunga dihulur. Sedang senang hati bunga tersebut diambil oleh Namjoon lalu lelaki itu selit pada telinganya.
"Hyung, pasanglah lagu hyung cipta semalam!"
Suasana dibawah pokok itu mula riuh dengan suara-suara kecil mereka. Hoby mula menunjukkan bakatnya dalam tarian dan diikuti oleh Taetae dan Kookie. Manakala Chimchim yang duduk disebelah Namjoon mengambil gambar mereka bertiga.
•••••
"Hebat kan, hyung?" Soal Chimchim sambil mengalih muka surat buku cerita yang menjdi kegemaran nya itu.
Taehyung tersenyum lebar. Kepalanya dianggukan.
"Ya, Chimchim."
"Ahhhhhhh hyunggg!!!" Kookie yang sudah mula rimas dengan pelukan Taehyung mula menggelupur ingin dilepaskan.
Taehyung ketawa kecil melihat kecomelan Chimchim dan Kookie.
"Kamu berdua seronok hari ni?" Soal Taehyung sambil mengusap rambut pink milit Chimchim.
"Seronok!" Jawab Kookie dengan keriangan. Manakala Chimchim hanya mengangguk laju.
"Geure. Mianhae, hyung tak dapat nak teman nak bermain dengan kamu berdua beberapa hari ni. Hyung dah mula belajar balik, jadi hyung terlalu sibuk dengan exam hyung."
Chimchim tersenyum manis. Pipi Taehyung disentuh.
"Geenchanha hyung. Kami berdua faham."
Kookie hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Chimchim. Mereka faham dengan kesibukan Taehyung sejak akhir-akhir ini. Nasib baik Jimin ada menemani mereka.
YOU ARE READING
Baby Pet • Taehyung & Jimin
FanficKisah comel 3 Baby Pet yang bernama Chimchim, Kookie dan Taetae yang dijumpai oleh Taehyung dan Jimin. Kehadiran Baby Pet comel itu menceriakan hari-hari mereka.. Start ; 03.04.2019 End ; On-Going Foto dari; Uruhiko