18 • Chimchim's Hat

530 66 2
                                    

Cuaca hari ni sangat panas. Kookie dan Taetae memakai topi mereka. Manakala Chimchim pula berpeluh- peluh kehilangan topinya.

Topi jerami nya yang hilang akibat ditiup angin kuat semasa mereka berkelah (Part 14).

"Cantiknya rama-rama." Terpegun Taetae melihat rama-rama disebalik bunga-bunga ditaman itu. Rama-rama itu mula terbang tinggi dan membuat Taetae terpaku melihat kearah pokok besar yang tak jauh dari mereka.

"Eo?!"

Topi Chimchim.

"Chimchim! Tengok tu!" Berlari Taetae kearah Chimchim dan Kookie yang sedang berjalan berdekatan pokok besar itu. Jari kecil menunding keatas dan membuatkan Chimchim dan Kookie melihat kearah tersebut.

"Topi Chimchim! Tapi macam mana nak dapatkan topi Chim semula?"

Tinggi. Mereka memerlukan seseorang untuk mengambilnya tapi siapa? Jimin dan Taehyung tiada dirumah sekarang.

Taetae dan Chimchim meletakkan beg mereka ditanah dan mula berfikir.

Mata Taetae melilau. Dia mengambil batu berdekatan dengan kakinya.

"Haa! Taetae tahu!" Sebiji batu diberi kepada Chimchim.

"Kita lempar dekat topi Chim. Nanti jatuh lah." Kata Taetae. Mendengar idea tersebut, Kookie mula bersemangat. Tangannya dihayunkan seperti melempar batu.

 Tangannya dihayunkan seperti melempar batu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


••••••

Taehyung's House

"Uwaaaaaa!!!!!!!"

"Hyunggggggg!!!!!!"

Taehyung yang baru sahaja ingin membuka pintu rumahnya itu terperanjat dengar jeritan yang memanggilnya. Dia berpaling kebelakang.

Matanya membulat melihat keadaan mereka bertiga.

"Kenapa dengan kamu bertiga ni?"

"Taetae terjumpa topi Chimchim dekat atas pokok besar. Kami cuba baling batu untuk dapatkannya semula. Tiba-tiba ada 2 ekor burung keluar dan kejar kami." Jelas Chimchim. Air matanya masih mengalir.

Tangisan Kookie dan Taetae mula kuat.

Tangisan Kookie dan Taetae mula kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Arasseo.. mari masuk ubatkan luka korang dulu."

•••••

"Pokok tu hyung!" Berlari Taetae kearah pokok besar tersebut. Manakala Chimchim mendapatkan begnya yang ditinggalkan tadi akibat dikejar oleh burung.

Taehyung mendongak. Betul. Itu topi Chimchim tapi....

Cip! Cip! Cip!

Taehyung memanjat pokok tersebut dan melihat kedalam topi ChimChim. Ada 7 ekor anak burung berada di dalam topi jerami milik Chimchim. Taehyung turun dan membersihkan bajunya.

"Kenapa hyung tak ambil?" Soal Chimchim keliru.

Taehyung tersenyum.

"Topi kamu dah jadi rumah kepada 7 ekor anak burung."

Mereka bertiga memandang Taehyung dengan pandangan keliru.

"Mari hyung tunjukkan." Tubuh Taetae diangkat lalu diletakkan diatas dahan.

"Hati-hati." Kata Taehyung lalu mengangkat tubuh Chimchim pula. Dia meletakkan Chimchim diatas kepalanya dan membiarkan si kecil itu meminjak kepalanya.

"Uwaa.." Terpejun Chimchim dan Taetae melihat anak-anak burung tersebut

"Comelnya!"

Taehyung memandang kebawah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Taehyung memandang kebawah. Kakinya dipeluk oleh Kookie membuatkannya tersenyum.

•••••••

"Masa untuk tidur, Chimchim, Kookie." Kata Taehyung sambil menapak kearah katil selepas mengecas telefon bimbitnya.

"Ne!" Balas Kookie. Tangannya masih bermain dengan anak patung. Dia ingin menyumbat anak patungnya kedalam topi jerami tersebut.

Chimchim yang baru sahaja selesai melukis mula mengambil buku cerita dan memakai penutup mata. Dia kemudian mendekati begnya. Dia mencari sesuatu.

"Eo? Mana stoking dan patung Tata?" Soal Chimchim sendirian.

Taehyung yang dari tadi menunggu kedua si kecil itu mula mendekati mereka berdua.

Taehyung yang dari tadi menunggu kedua si kecil itu mula mendekati mereka berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dia melihat sekitar Chimchim dan Kookie.

Kookie yang memakai ekor tupai yang hampir terkoyak itu masih dengan patung dan topi.

Dia harus menampal ekor tupai itu selepas Kookie tidur nanti. Kacang yang dikumpul oleh Kookie masih disimpan.

Seluar dalam Kookie tercicir semasa dia melipat pakaian tadi. Patung Tata yang dicari oleh Chimchim berada didalam topi bersama 2 patung BTS. Manakala stoking Chimchim bersama patung-patung lain berada di dalam topi Taehyung.

Ini kerja Kookie. Habis semua benda disumbatnya.

"Cari apa, Chimchim?" Soal Taehyung apabila melihat Chimchim sibuk mencari barangnya.

"Patung Tata dan stoking Chim." Balas Chimchim tanpa melihat kearah Taehyung.

Taehyung mengambil patung Tata dan stoking Chim lalu dihulurkan kepada si kecil itu.

"Igeo."

"Gamsahamnida!"

"Kaja. Jom tidur."

"Ne!"

Baby Pet • Taehyung & JiminWhere stories live. Discover now