"Ini lah buku cerita Winter Bear yang Taehyung hyung selalu bacakan untuk kitaorang." Kata Chimchim sambil membelek halaman buku tersebut.
"Wahh... Comelnya buku ni." Kata Taetae.
Manakala Kookie yang melihat buku ABC tadi sudah tertidur sambil memeluk patung ayam yang diberikan oleh Hoby kepadanya.
Hari ini Taehyung dan Jimin membawa baby pet mereka ke perpustakaan. Mereka berdua membiarkan baby pet mereka berada di bahagian kanak-kanak sementara mereka mencari buku untuk projek kolej mereka.
"Taetae nak tunjuk dekat Jimin hyung lah!" Kata Taetae lalu mengambil buku tersebut. Berlari dia keluar dari bagian kanak-kanak tanpa memakai kasutnya.
Manakala Chimchim sudah menjumpai buku yang ingin dibaca. Dia turut keluar untuk mencari Taehyung. Sedang mencari, dia menemui Jimin yang ralit memilih buku.
"Taetae." Tangan Taetae dicapai apabila anak anjing itu ingin melepasinya.
"Itu Jimin hyung." Katanya perlahan. Dia sudah dinasihat oleh Taehyung apabila berada di perpustakaan tidak boleh membuat bising.
Berlari mereka berdua mendekati Jimin.
"Jimin hyung, tengok ni!" Kata Taetae dengan nada sedikit kuat dan membuatkan Jimin tersentak.
"Taetae, perlahankan suara awak." Kata Chimchim sambil meletakkan jari telunjuknya dibibirnya.
"Maaf. Hyung, boleh tak Taetae nak buku ni?" Soal Taetae sambil menunjukkan buku Winter Bear tersebut.
Jimin hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Gamsahabnida." Ucap Taetae lalu menirap diatas lantai tersebut. Buku tadi dibeleknya sambil ekor digoyangkan.
Chimchim pula terus menapak laju kearah Taehyung selepas dia menyedari Taehyung berada tidak jauh darinya. Kaki Taehyung dipeluk.
"Eo, Chimchim. Dah jumpa buku yang Chim nak?" Soal Taehyung perlahan sambil menyangkung dihadapan Chimchim.
"Ne." Chimchim tersenyum suka apabila rambut diusap oleh Taehyung.
YOU ARE READING
Baby Pet • Taehyung & Jimin
FanficKisah comel 3 Baby Pet yang bernama Chimchim, Kookie dan Taetae yang dijumpai oleh Taehyung dan Jimin. Kehadiran Baby Pet comel itu menceriakan hari-hari mereka.. Start ; 03.04.2019 End ; On-Going Foto dari; Uruhiko