' Arin! Sini kejap. Tolong rasa sikit apa rasa bubur aku masak ni?' Zack memanggil Arin yang sedang sibuk mencuci kolam di luar. Kalau kecik takpe jugak, ini besar sebesar-besar kolam dengan air terjunnya lagi, mahu patah pinggang nak mencuci!
' Mak ai, bos! Kenapa rasa semacam telur masin je ni??' Arin mengerutkan dahinya tanda kemasinan yang amat.
' Hah? Masin? Bebetul punya masin ni? Tak tipu?' Ai, betul lah rasa lidah and anak tekak aku tadi, memang masin pun bubur yang aku masak ni huhu yela, first time in my life memasak bubur! Tapi punya lah teruknya, sampai garam dengan gula pun tak boleh beza! Anak siapa la tuh?
' Betul, bos!' Arin tergangguk-angguk laju.
' Arin ku sayang. Please jangan panggil ‘abang’ hensem ni bos and yang seangkatan dengannya lagi boleh tak, em?' Zack merenung dalam muka Arin dengan suara sehabis romantik dah, tak semena-mena muka Arin merah lagi. Aduh, apa kes asyik blush-blush pulak pipi ni? Jangan la dekat-dekat, Zack. Ya tuhan! Wangi pulak tu badan dia. Perfume apa dia pakai ni? Kuat kan lah iman aku, ya Allah!
' Arin? Dengar tidak aku cakap ni?' Zack hairan melihat si Arin yang tetiba je tersenyum-senyum and tertunduk-tunduk. Sama kes dengan budak tadika bercakap dengan secret admire dia, dengan tangan meramas-ramas tangan sebelahnya lagi. Pening jugak aku tengok dia ni huhu tersampuk agaknya?
' Dengar. Baik, Zack. Saya.. erm.. Pergi terjun kolam dulu ye.' Arin tersipu-sipu malu dan terus keluar menuju ke kolam.
' Eh, kejap. Buat apa kau nak terjun kolam?'
' Siapa nak terjun kolam?' Arin bertanya kembali, lembut. Matanya nampak malu-malu merenung ke arah Zack.
' Aduh, Men in Black punya kes ni! Yang kau sebut nak terjun kolam tadi tu kenapa?'
' Ada ke saya sebut?' Arin berfikir sejenak.
' Arin, kau tak sihat beritahu aku. Kau ada masa tertentu sawan kau datang ye?' Zack bertanya selamba sambil menghadap Arin.
' Takde apa-apa. Saya sihat je, Zack.' Jawab Arin dan terus berlalu dengan tenang. Macam takde apa-apa pun yang terjadi. Eh?
Zack masuk dan berfikir, apa patut aku buat dengan bubur MASIN tahap air laut ni? Buang? Oh tidak sekali-kali! Aku tak suka membazir, tambahan lagi kalau makanan. Sebabnya, kita patut bersyukur dapat makan, orang lain sampai meninggal-ninggal tak dapat makan. Bukan sikit-sikit yang mati sebab tak makan, tiap hari 25 ribu orang mati sebab lapar! Aku tak reka, ni kenyataan! So conclusionnya = jangan buang-buang.
Yep! Idea!
' Arin! Tak habis-habis lagi ke kau proses kolam tu? Sini, masuk makan dulu. Aku buat special punya meal huhu.' Karang mati pulak anak orang ni, suruh buat kerja tak bagi makan hehe.
' Arin, kau makan dulu. Aku nak naik tukar baju kejap, nak keluar kejap lagi.' Zack meninggalkan Arin dengan sandwich dan jagung yang dah dibasuh dan dicampur dengan marjerin, mayonis, gula dan garam sikit.
' Awak nak tinggalkan saya sorang-sorang ke?' A'ah kan. Mana boleh aku tinggalkan dia sorang-sorang. Jadi apa-apa payah pulak.
' Em, kolam dah cuci? Lepas makan, siap. Ikut aku keluar, okay?’
‘ Ya, Zack!’ Arin menyuapkan makanan cepat-cepat. Tak boleh makan lama-lama sebab dia bersiap lamanya kalah orang sembelit melabur!
Zack memakai seluar jeans hitam dan baju t shirt putih, kemudian jaket kulit berwarna hitam disarung di luar. Hai, mama ni memang memahami aku. Tau je baju yang aku suka hehe mujur dia tak bawak baju kurung aku datang sini! Sekali lagi dia men’spray’ perfume Boss for Men pada badannya.
Kemudian dia pun turun, sambil menunggu Arin, dia melawat-lawat kolam ikan yang dicuci Arin tadi.
‘ Ikan, kau sihat tak? Tak rasa pening-pening ke makan Whiskas tadi huhu. Kalau pening, aku bawak kau pergi klinik.’
‘ Zack, jom. Arin dah siap.’
‘ Mak datuk! Kau nak pergi kenduri ke, Rin??’ Arin sengih-sengih. Baju kebaya pendek + ketat berwarna putih berkain batik hitam tersarung cantik di tubuhnya. Zack menelan air liur. Mati lah kalau lelaki mengorat dia nanti! Dengan bersanggulnya. Memang cun habis! Mujur iman aku(ehem) still kuat dan tak tergugat hehe.
‘ Baju ni Datin Gold hadiahkan. Cantik tak, Zack?’ Arin pusing-pusing depan Zack dengan senyuman manis, gerenti cair kalau pun Shah Rukh Khan tengok hehe.
‘ Cantik memang lah cantik, Arin. Tapi tak sesuai dengan occasion kita ni. Arin pergi tukar, boleh kan?’ Zack memujuk lembut. Mesti dia kata tak nak ni, menyusahkan orang! Gerenti punya.
‘ Okay, takpe. Zack nak Arin pakai macam mana?’
Mak ai! Biar lah benar ini budak? Nak kata tertelan racun tikus, tak. Termakan Whiskas pun tak. Tersambar kilat lagi, tu no comment huhu. Pelik semacam. Semalam lain, hari ni lain pulak. Ish, risau pulak aku jadinya!
‘ Baju kurung and tudung. Is it okay? Fine with you?’
‘ Okay, Zack!’ Arin tersenyum lebar. Kemudian lompat-lompat masuk ke dalam menukar baju dengan senang hatinya. Giler happy. Apesal agaknya?
Zack merenung Porshe berwarna hitam di depannya. Ni kalau buat modal mengorat perempuan + kehenseman aku, aku boleh berkata dengan yakin yang 387 orang gadis + makcik tua = tak berkelip memandang aku huhu. Gadis = of course nak aku jadi kekasih, makcik tua = menantu la beb. Orang sekarang, harta + rupa yang penting, bukan agama. Aku kalau nak ukur agama aku ni, 20 persen pun takde lagi hehe insaf sekejap. Uhh, tapi takde maknanya aku nak mengorat perempuan. Mana aku nak letak si abang Din tu huhu.
10 minit menunggu, Arin keluar dengan bertudungnya. Ayu jugak walaupun tak bersolek.
‘ Okay tak, Zack?’
‘ Kan comel kalau pakai tudung. Jom.’ Arin senyum dan menuju ke pintu kereta Porshe selepas pintu rumah dikunci.
‘ Kenapa tak bukak pintu kereta, Zack?’ Arin hairan.
‘ Kita jalan kaki!’
‘ Jalan??’
‘ Yep! Excersice! Aku tengok badan kau macam banyak lemak je, so kita jalan-jalan biar kemontelan kau tu berkurang sikit.’
‘ Bila Arin montel pulak? Ini montok tau?’ Zack gelak sambil membuka jaket kulitnya tadi. Panas.
‘ Zack, naik la kereta. Arin rasa tak larat nak jalan jejauh.’
‘ Meow ku, aku takde lesen. Lesen aku dah kena curi. Kalau ada polis, macam mana? Dah, jom. Bawak payung. Kau kan puteri lilin?’ Tengok kulit putih si Arin ni, aku tau dia mesti takut matahari hehe. Lagipun, matahari dunia ni dah semakin bahaya. Boleh kena kanser kulit kalau dedah lama-lama dekat cahaya matahari tu! Tambah lagi orang kulit putih berisiko tinggi daripada orang kulit gelap-gelap. Hai, bersaintifik pulak aku huhu.
‘ Pagi-pagi takpe kena matahari. Sampai pukul 10, cahaya tu kira vitamin D untuk kulit. Kalau up than 10 a.m, kau kena pakai sunblock. Kau ada sunblock tak? Nanti aku belikan kalau kau takde.’ Zack membebel sambil berjalan. Hati Arin berbunga tulip. Wah, caringnya dia! How cute!
Mereka berjalan sehingga ke jalan besar, kemudian Zack menahan teksi.
‘ Bro, bro stop dekat A.T.M. kejap.’ Zack berkata selepas duduk di dalam perut teksi iswara itu.
‘ Arin, kau kena sabar and tahan, okay? Hari ni, selagi aku tak putuskan urat kaki kau, kau anggap aku bukan Zack huhu.’
‘ Putus.. urat?’ Arin telan air liur.
‘ Lepas ni gerak pergi JPN ( Jabatan Pendaftaran Negara), bro.’
Habis di JPN, mereka ke JPJ ( Jabatan Pengangkutan Jalan) pulak bagi menguruskan lesen Zack yang hilang. Kemudian, mereka berhenti di sebuah shopping complex berdekatan.
‘ Kau larat lagi tak? Tu dia la aku habaq awai-awai dah tadi, hang jangan pakai kasut tinggi, hang tak mau dengaq, ketegaq sangat, kan dah tak larat jalan?’
‘ Duduk kejap, Zack.’ Arin berhenti dan duduk di sebuah kerusi panjang di situ.
‘ Kau duduk sini, jangan pergi memana, okay? Berapa saiz kaki kau?’
‘ 6 ‘
‘ Bapak kecik huhu. Tunggu sini.’ 8 minit berlalu..
‘ Nah, tukar kasut. Minum air. Hai, baru sikit kau ni, dah macam mak nenek tua, pucat, berpeluh-peluh. Tu la. Kau kena rajin bersenam macam aku ni. Tengok, badan pun maintain taf je. Padan tak sandal tu? Pandai tak aku pilih untuk kau? Comel kan.’ Zack senyum.
‘ Terima kasih, Zack.’ Arin terharu la pulak.
‘ Ala, poyo poyo pulak kau ni. Sikit air, dahaga tetiba. Tadi tak rasa.’ Zack dengan selamba menghirup air jus oren menggunakan straw yang diguna Arin tadi.
‘ Orang kata, kalau minum guna satu straw sekali, nanti cepat serasi.’ Arin bersuara ceria.
‘ Jom! Kau tak nak ke serasi dengan aku? Baru happy!’ Zack meletak tangannya pada bahu Arin dan mereka berjalan beriringan. Lahir rasa bahagia dan bunga-bunga wangi di hati Arin.
Mereka berdua menjadi perhatian sepanjang mereka berjalan, bukan sebab 2 2 cun and comel, tapi sebabnya kecoh nak mati! Sekejap je Arin sudah serasi dengan Zack, bukan sebab share straw, tapi sebab Zack memang caring and attractive! Wah! Kenapa ni? Bukan ke semalam aku sibok dok mengata dia perasan bagus, alih-alih hari ni aku kata dia caring pulak? Something wrong somewhere..? Wayar mana pulak putus kali ni huhu.
‘ Kau rasa baju mana cun? Yang ni okay tak?’ Zack cuba memadankan sehelai baju t-shirt ke tubuhnya.
‘ Aku nak hadiahkan baju ni kat sorang pakcik tu.’
‘ Pakcik? Kalau macam tu, baju ni tak sesuai, Zack. Dah tua-tua ni, kena pakai yang gelap-gelap je, baru la padan dengan dia yang dah tua tu.’ Balas Arin.
‘ Takpe, dia muda lagi Arin. Dalam 30-an. Tapi, tak nampak pun macam muda hehe.’ Zack senyum lebar, moodnya sangat baik hari ni, entah kenapa dia pun tak tau jugak.
‘ Eh? Dah pukul 2. Jom Arin. Aku nak jumpa pakcik tu pulak. Karang dia pergi kerja, payah dah nak kacau.’
‘ Okay.’ Arin senyum lagi.
‘ Assalamualaikum, bang Din, ohh bang Din.’ Zack mengetuk pintu dan memberi salam sebijik macam dalam kartun Upin Ipin.
‘ Waalaikumussalam. Zack! Masuk masuk! Amboi banyaknya barang, shopping sakan, dik?’ Oh, hensemnya dia walaupun pakai baju pagoda je! Eh, aku hensem lagi la hehe.
‘ Macam mana? Dah jumpa mak?’
‘ Dah. Dah okay dah semua, bang. InsyaAllah, beres je semua masalah nanti. Eh, lupa pulak. Ni kawan saya, Arin. Arin, ni bang Din.’ Arin angguk dan senyum je kat abang Din. Matanya masih terkelip-kelip memandang atas bawah, kiri kanan rumah abang Din, sebijik macam aku dulu haha. Terkejut la tu.
‘ Zack, jom balik.’ Arin tiba-tiba bersuara lepas lama diam men’ta’jub’kan diri sendiri dengan keadaan rumah abang Din.
‘ Kenapa?’ Aduh, aku baru nak melepas rindu(ehem) kat abang Din ni! Huh, tahun bila aku pandai melayan rindu-rinduan pulak dah? Hish, kes berat gajah ni beb!
‘ Arin pening-pening, rasa loya nak muntah.’ Muka Arin nampak betul-betul menderita nak muntah. Tadi okay sihat wal afiat, alih-alih datang sini terus nak muntah!
‘ Betul-betul ke ni, Arin?’ Zack bertanya lagi. Muka abang Din dah seram. 1, 2..
‘ Be.. Uwekk.’ Arin muntah atas baju hensem Zack, tepat dekat dada si Zack! Aduh, muntah keluar habis bermacam-macam warna! Aku nampak jagung, burger kecik-kecik, salad pun ada! Ai, ni mesti makan main telan je ni, tu yang tak hadam tu!
‘ Zack, tengok apa nya? Bangun, tukar baju baru. Lepas ni bawak Arin balik, okay?’ Boleh pulak budak ni berkhayal, bisik abang Din.
‘ Arin, kau okay tak? Aku bawak kau pergi klinik ye kejap lagi.’ Zack mendekati Arin lalu mengurut-urut dada dan belakang Arin. Abang Din hanya melihat, dalam hati rasa cemburu mula mendidih. Kenapa aku kena cemburu pulak? Padan la dia dengan perempuan, takkan nak berpasang dengan aku yang lelaki ni? Abang Din cuba menenangkan hatinya.
‘ Arin baring dulu, kejap je lagi kita balik.’ Zack membaringkan Arin di atas tilam. Mukanya yang tadi ceria nak mati dah berubah terkerut-kerut. Apa dah jadi dengan dia?? Zack mula risau.
‘ Bang Din, sorry menyusahkan abang lagi.’
‘ Takpe. Jaga dia elok-elok.’ Abang Din rasa patah hati and frustrated, namun mukanya cuba diceriakan macam selalu. Diorang nampak memang serasi. Mungkin aku kena lupakan Zack. Aku yakin dia normal. Takkan nak terima aku yang gay ni??
Zack memapah Arin sambil abang Din membawakan barang-barang yang dibeli tadi dan menahan teksi.
‘ Thank you, bang! Lupa, ni hadiah untuk Bang Din, babai bang, jumpa lagi nanti.’ Zack memberikan bungkusan plastik pada abang Din. Kenapa kau suka buat aku rasa bahagia, Zack?
‘ Arin, kita pergi klinik, okay?’ Muka Arin pucat, dia mengangguk dengan matanya tertutup.
‘ Baring atas aku.’ Arin dibaringkan atas paha Zack. Sesampainya di klinik, Arin pun dikejutkan, namun dia hanya diam membatu.
‘ Rin! Kau dah mati ke, Rin?? Kejap, jangan mati dulu, aku tak sempat nak mintak maaf kat kau lagi!’ Cepat-cepat Zack membayar tambang dan mendukung Arin ke dalam klinik. Sejam lebih Zack menunggu, akhirnya doktor pun keluar.
‘ Macammana dia, doktor? Hidup lagi tak??’ Zack membuat kecoh di klinik itu.
‘ Tenang, encik. Dia selamat dan okay. Tahniah, encik bakal menjadi papa. Babynya dah 2 bulan.’ Kata doktor wanita itu sambil tersenyum.
‘ PAPA??!’ Bergegar satu klinik dengan suara Zack. But, am i supposed to be a mama, not papa??
YOU ARE READING
Bini Aku Tomboy Ke?
HumorHighest rank = #1 kategori humor Terima kasih kepada semua yang menyokong. Selamat membaca! ;) Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya seb...