' Rin, jom ikut aku pergi butik kejap. Aku nak lawat-lawat dulu sebelum rasmi nanti.' Zack berkata kepada Arin pada suatu pagi.
' Ala, Arin malas la nak pergi, tak ikut Zack, boleh tak?' Arin berkata perlahan sambil melipat baju yang dilonggok sejemput di atas lantai.
' Bahaya la aku nak tinggalkan kau seorang-seorang dekat rumah ni. Orang jahat ramai sekarang ni. Kalau jadi apa-apa kat kau, siapa nak tanggungjawab? Mama suruh aku jaga kau tau tak?' Zack membebel panjang.
' Takpe, Zack. Arin pandai jaga diri sendiri. Lagipun, kan ke rumah ni ada alarm, Zack?' Jawab Arin acuh tak acuh.
' Kalau jadi apa-apa kat kau, aku nak kata apa kat mak ayah kau, ha?' Zack tak puas hati.
' Takpe, Arin pepandai lah jawab nanti. Zack.. Arin ada benda nak mintak tolong Zack.'
' Apa dia?'
' Tolong belikan Arin buah cempedak. Arin teringin sangat nak makan.' Kata Arin sambil telan air liur.
' Oh, okay. Kau nak apa lagi? Kau fikir dulu, kejap lagi beritahu aku, okay? Aku naik tukar baju dulu.' Zack berlalu ke atas.
5 minit kemudian, Zack pun turun.
' Kau betul tak nak ikut ni? Aku risau la, Rin. Kau dah la tengah pregnant ni. Jom jela ikut aku.'
' Arin nak rehat dekat rumah je, Zack. Arin tak larat nak jalan jauh-jauh.' Arin berdalih lagi.
' Em, yela macam tu. Ingat, kunci semua pintu-pintu ni. Jangan keluar selagi aku tak balik, faham?' Arin angguk di depan muka pintu.
' Zack balik pukul berapa?'
' Aku tak tau lagi. Aku takut lama je aku keluar ni, tu sebab aku ajak kau pergi sekali.' Arin geleng walaupun dah banyak kali Zack memujuknya.
' Okay lah. Aku gerak dulu. Kunci pintu. Jangan main bukak je kalau orang kau tak kenal datang. Dengar tak ni?'
' Ye. Balik cepat tau, Zack. Hati-hati.'
' Ye, aku try balik cepat. Kau pun hati-hati. Ingat baby dalam perut tu.' Zack senyum sekilas dan terus masuk ke dalam perut kereta Porshe itu dan memakai cermin mata hitam. Gila smart! Arin menjerit di dalam hati. Tapi kenapa lah dia perempuan?
-----
Zack merenung Rill's Collection di hadapannya. Rill tu mesti nama aku huhu. Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam butik itu selepas pintunya dibuka menggunakan kunci yang diberi mama kepadanya tempoh hari. Mak ai! Plain nak mati! Tak padan langsung dengan nama butiknya a.k.a nama aku yang hensem ni!
Zack pusing-pusing. Luas, cuma macam takde perasaan langsung aku bila masuk dalam ni! Zack pun menghubungi mamanya.
' Ma, Zack nak renovate butik ni, boleh tak?'
' Em ye sayang, buat la apa pun Zack nak buat. Mama tak kisah, jangan letupkan sudah la.'
' Okay, mama bagi number interior designer dekat Zack. Zack nak contact dia sekejap.'
-----
' Okay, look. Saya nak butik ni guna background romantik. Bila masuk, ada aura baru yang menusuk. Cuba awak masuk, ada rasa aura apa-apa tak?' Zack berbicara dengan seorang interior designer kategori auww. Bajunya ketat, rambutnya diikat dan dia memakai cekak di kepala. Tapi bagus orangnya, sebab aku call tak sampai 10 minit dia dah sampai kat butik ni.
' Nope, tak rasa apa-apa.'
' Haa, pandai! Kalau boleh, saya nak encik..'
' Ehem.'
' Oh, sorry, saya nak mintak Erica, ehem, tolong tambahkan mood romantic, bila masuk, rasa terawang-awang je.' Erica.. mungkin nama asalnya Eric kot, tapi nak feminin sikit, tu yang jadi Erica tu.
' Okay, no problem punya.'
' Letak air terjun kecik seketul, lampu oren untuk yang malap and cerah, dekat cermin pulak, bila ada orang berdiri depan cermin tu je, terus lampu menyala. And fragrance! That's the most important. Awak mesti tahu kan apa fragrance yang sesuai, then speaker pun saya nak awak letak sekali. Boleh?'
' Boleh, tapi certain things I kena mintak tolong kawan I jugak la.'
' Takpe, Rica. Just finish them, then I'll pay you, okay? Just make sure everything's perfect, that's all. This is for the deposit. Call saya kalau ada apa-apa, okay?'
' Thanks for your cooperation!' Zack senyum kambing gurun, kemudian menghantar Erica keluar dari butiknya dengan ekor matanya sahaja.
' Uhh, lewat dah ni. Mana aku nak cari cempedak pulak untuk si Kitten tu?' Zack menggaru-garu kepalanya dan merenung ke luar.
-----
' Eh, uncle Amri. Zack takde kat rumah, nanti je uncle datang balik, okay?' Arin berkata di balik pintu pagar yang berkunci dari dalam selepas dia keluar untuk melihat siapakah yang menekan loceng rumah sampai 12 kali itu. Kalau boleh, nak tekan sampai meletup kot kotak loceng tu baru puas hati!
' Takkan tak nak jemput uncle masuk dulu kot?' Kata uncle Amri sambil mengurut-urut perut buncitnya.
Arin kelip-kelip. Apa patut aku buat ni? Arin dah mula blur. Nak ajak masuk, dia sendiri seram melihat ke arah uncle Amri yang suka sangat merenungnya itu. Tapi, nak paksa dia balik, karang tak hormat tetamu pulak. Arin pening, akhirnya dia membukakan pagar untuk uncle Amri masuk.
' Masukla dulu, uncle. Tunggu Zack balik. Saya masuk dalam dulu.'
' Ala, duduk la dulu dekat sini dengan abang. Kita borak-borak.' Esh! Cukup lah tidak sedar diri pakcik tua ini! Kalau aku tak tahan ni, mahu aku muntah hijau kat muka dia! Ee, geli geleman gila!
' Tak boleh, saya banyak kerja ni, uncle.' Arin menolak baik. Namun, uncle Amri mula menarik lengannya kuat.
' Lepaslah, uncle! Sakit ni! Eh, apa ni, uncle! Saya tak suka la!' Kata Arin apabila uncle Amri mula mendekatkan dirinya dengan badan Arin.
' Arin, abang tak tahan la tengok Arin. Tiap malam abang terbayangkan Arin. Muka Arin, badan Arin.. cantik sangat.'
' Cukup la, uncle. Lepaskan saya. Tolong.' Arin terus merayu. Fikirannya memikirkan Zack. Kenapa dia tak balik-balik lagi? Ya Allah! Kau tolong lah aku!
' Jangan macam tu, sayang. Abang betul-betul.. Aduh! Perempuan sial!' Arin menyepak celah kangkang uncle Amri sekuat hati seperti yang pernah diajar Zack dan dia segera berlari ke pintu rumah.
' Tunggu kau!' Uncle Amri mengejar Arin dari belakang. Dada Arin berdebar kuat. Kakinya bergetar, namun dicuba untuk terus berlari. Katakutan melanda diri, dia sudah tekad tidak akan mudah menyerah diri kepada lelaki lagi!
Uncle Amri menolak kuat pintu rumah yang tidak sempat ditutup Arin. Arin mencuba sedaya-upaya untuk menutup pintu tersebut, namun apa lah daya seorang wanita berbanding lelaki, yang badannya pulak kalah anak badak air itu!
' Kau ingat macam tu je aku nak lepaskan kau, hah? Takkan sekali-kali! Dah lama aku tunggu peluang ni. Peluang aku nak merasa badan bergetah kau tu!' Arin terjatuh selepas pintu besar itu ditolak kuat oleh uncle Amri. Air matanya sudah mengalir di pipi. Sakit dan perit mula terasa di rahimnya. Darah merah menitik keluar.
' Oh, takut ye, sayang? Jangan takut, abang dah excellent dalam semua ni. Sini.'
Arin menangis dan meraung sekuat hati. Namun, suaranya terlalu perlahan dan jauh untuk didengar oleh jiran sebelah. Tangannya memegang bawah perutnya. Kesakitan yang amat terlalu dirasai. Uncle Amri terus meraba-raba tubuhnya. Dicium-cium penuh nafsu.
' Oh, sayang abang period ye? Nasib lah, sebab abang memang suka kalau sayang period time macam ni. Baru nikmat.' Arin tidak berdaya untuk melawan lagi. Dia sudah longlai di atas lantai dan terpaksa merelakan semua perbuatan uncle Amri. Cuma hatinya berdoa kepada Allah supaya ada pertolongan yang datang.
Zack memarkir kereta di porch dan keluar sambil menyanyi-nyanyi, mesti dia suka aku beli kan cucur cempedak nih! Zack senyum membayangkan muka gelojoh Arin apabila dapat makanan yang diidamkan hehe.
Kasut lelaki mana ni?? Zack menolak daun pintu pantas.
' Arin!' Zack menjerit kuat melihatkan yang Arin sudah tidak berpakaian dan sedang dirogol oleh uncle Amri, adik ipar mamanya! Cucur cempedak yang dibelinya untuk Arin tadi dilempar ke sisi.
' Berani kau buat macam ni??!'
YOU ARE READING
Bini Aku Tomboy Ke?
HumorHighest rank = #1 kategori humor Terima kasih kepada semua yang menyokong. Selamat membaca! ;) Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya seb...