’10 inci, 5 inci.. makin mendekat dengan bibir Zack. Sikit lagi Din!
‘ Eh, hujan?’ Zack tersedar tiba-tiba dan bercakap. Serta merta abang Din menjauhkan dirinya daripada Zack.
‘ Apa dah jadi, bang Din? Kenapa action macam nampak hantu puchong je nih?’
‘ Zack okay tak? Tak sakit kat mana-mana?’ Abang Din bertanya.
‘ Takde. Kenapa bang?’
‘ Habis, yang terbaring tiba-tiba tadi tu kenapa?’
‘ Hehe, sorry, bang Din. Tertidur jap tadi. Tak tahan ngantuk.’ Kata Zack lalu selamba bangun menuju ke tempat teduh memandangkan hujan semakin lebat.
‘ Sinilah bang Din. Demam karang, saya jugak kena jaga, hehe.’ Kata Zack sambil duduk mencangkung di situ. Haha comel je abang Din melihat Zack, eh aku nih suka lelaki ke?? Uhh.. serious case nih! Bukan case, tapi cases! Kalau aku GAY = aku tak suka perempuan = aku tak boleh kahwin = aku tak boleh ada anak = takde sape nak doakan aku dalam kubur = aku gila = tak pun aku terkena sawan si Zack nih? Ohh tidak!!
‘ Bang Din! Hujan nih!’ Zack berkata kuat sambil menarik tangan abang Din. Dup dap.. dup dap.. Aih, makin parah nih! Berdebar kuat pulak aku dia pegang tangan aku. Uwaa!! Macam confirm je aku gay?? Okay, tenang. Tarik nafas, Din. Mainan perasaan je nih! Aku tau aku normal!
‘ Zack. Lebat kan hujan?’
‘ Emm.’ Zack sudah terlentok di bahu bang Din selepas bang Din duduk di sebelahnya. Cepatnya dah tidur? Penat sungguh-sungguh dah budak ni. Abang Din mengambil peluang itu untuk merenung muka Zack. Cutenya dia. Hidung mancung, muka bersih and cerah, pipi gebu, uhh geram pulak tengok gebu-gebu nih! Ish, sabar Din, sabar. Budak nih LELAKI, bukan perempuan. Akhirnya, dia pun terlelap sementara menunggu hujan reda.
‘ Woi! Din! Bangun! Kau buat apa dengan budak ni depan kedai pagi-pagi buta nih??’ Seorang rakan sekerja bang Din mengejutkan mereka berdua dari lamunan indah.
‘ Uhh?’ Bang Din tersentak lalu terjaga. Dilihat Zack sedap je baring di ribanya, tapak tangannya dicantum dan diletakkan di bawah pipinya dan dengan posing mengkrekot macam tu, gayanya macam tidur atas katil raja. Nikmat tak terkata! Budak nih aku campak dalam lombong pun boleh tidur jugak rasanya!
‘ Zack. Bangun, sayang.’ Ehem, sayang tu dalam hati je disebut huhu. Tapi aku tak boleh terima jugak yang aku ni suka lelaki.? Takde-tekde. Aku normal ni. Aku bukan suka, just sayang je, macam aku sayang adik aku. Yep! Itu yang sebetul-betulnya!.
‘ Weh? Kau nih kena sawan angin ke? Tiba-tiba angguk-angguk and petik jari sorang-sorang ni kenapa?’ Kawan abang Din menepuk bahu abang Din.
‘ Ha? Yeke?’
‘ Sah! Kau ni memang dah terkena sawan. Dah, kejut budak tu, bawak dia balik. Aku nak bukak kedai ni. Menyemak je dua-dua ekor dengan air liur basinya. Hai.. Din, Din.’ Kawannya itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengeluarkan kunci daripada poket seluarnya.
YOU ARE READING
Bini Aku Tomboy Ke?
HumorHighest rank = #1 kategori humor Terima kasih kepada semua yang menyokong. Selamat membaca! ;) Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya seb...