' Zack, malam ni ada dinner dekat rumah auntie Lisa. Pakai baju kurung.' Mama tiba-tiba berkata selepas pulangnya auntie Maria dan suaminya.
' Auntie Lisa? Mama Azim??' Zack bertanya kalut. Ahh, parah! Mama angguk.
' Habis ma, siapa yang nak tengok-tengokkan Arin?'
' Takpe, nanti Mak Timah and suami dia balik sekali dengan papa. Dah bertolak dah pun ni. Tak lama lagi sampai la tu.' Mama berkata sambil matanya berlari-lari membaca suratkhabar pagi itu. Zack segera berlari laju naik ke bilik.
' Azim! We need to talk! Now!' Zack menghubungi Azim selepas masuk ke dalam biliknya. Selepas bersiap ala kadar, dia pun turun dan keluar.
' Mama, nak jumpa kawan kejap. Petang ni Zack balik! Babai, ma!'
----------
Zack, mama dan papanya pun sampai di rumah keluarga Azim selepas waktu Maghrib. Zack pergi dengan memakai baju kurung putih berbunga merah kecik-kecik dan berselendang putih jarang. Ayu sekali pandang. Kali kedua pandang, keayuannya hilang di balik cara jalannya yang langsung tak menampakkan ke'feminin'annya itu. Di tangannya, handbag putih besar dijinjing. Huhu, beg mama, okay? Aku mana pakai beg giler gedabak macam ni! Periuk belanga pun muat kalau masuk!
' Assalamualaikum, auntie! Auntie sihat?' Kata Zack sopan sambil bersalam dan mencium tangan auntie Lisa.
' Sihat, Zack. Amboi, bukan main lawa anak you, Gold?' Auntie Lisa memuji Zack sambil menyalami Datin Gold.
Hehe, Zack gelak sendiri. Sekejap je lawanya, auntie.
' Yo, bro! Apa citer, beb?' Berlakon ala-ala dah lama tak jumpa, Zack meng'hi-5' tapak tangan Azim. Padahal baru je jumpa petang tadi.
' Biasa ar, aku tetap dengan kehenseman aku!' Azim mengelipkan matanya ke arah Zack. Zack senyum lebar dan membuat thumb up.
' Jom, masuk.' Mereka terus masuk dan menuju ke arah meja makan.
' Behave yourselve, Zack.' Mama berbisik perlahan di telinga Zack.
' Will do.' Zack membalas dan ketawa kuat di dalam hati.
' Ehem! Mintak diri kejap, saya nak ke toilet.' Zack berkata tiba-tiba.
' Aku temankan.' Azim bangun dan beriringan dengan Zack ke toilet di balik dining room tersebut. Mama and papa mereka berdua pun tersenyum. Dah nampak twinkling-twinklingnya dah huhu.
Selepas 5 minit..
' Haha, gila kau! Ada ke pulak macam tu!' Terdengar kuat suara Zack ketawa dari jauh. Mama senyum tak senang duduk kepada auntie Lisa dan suaminya.
Mata mama Zack membulat selepas terlihatkan yang Zack memakai baju t-shirt hitam dan jeans hitam. Dah ke mana semua baju dan selendangnya tadi??
' Mama! Bila nak makan nih??' Zack duduk cepat di sebelah mamanya. Rupanya beg putih besar tadi diisi dengan t-shirt and jeans! Siap kamu nanti, Zack! Mama mendengus geram.
' Zack, tunggu sekejap. Ni baru tengah nak berhidang.' Auntie Lisa berkata lembut. Cun lagi makcik ni walaupun dah tua. Zack angguk. Kemudian, parents mereka berdua menyambung cerita tentang apa lagi, bisnes la!
Zack mula mengangkat kaki kirinya ke atas kerusi, tegak. Mukanya dibuat ala-ala bosan, memandang-mandang keliling, kemudian bersiul-siul kuat. Mereka yang sibok bersembang tadi terus diam dan memandang ke arahnya. Zack membuat muka tak bersalah dan terus diam. Lama sikit, tak sempat mereka menyambung kembali perbualan tadi..
Ratapan naluri,
Memanggilkan namamu,
Kerana pertemuan ini, akan ku abadikan,
YOU ARE READING
Bini Aku Tomboy Ke?
HumorHighest rank = #1 kategori humor Terima kasih kepada semua yang menyokong. Selamat membaca! ;) Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya seb...