Seminggu berlalu.
Lelaki itu langsung tidak menampakkan batang hidungnya di sekolah lagi selepas kejadian haritu.
Rasa bersalah dalam hatiku menggunung tinggi setiap kali aku tidak melihat kewujudannya di dalam kelas.
Aku juga pernah mencari alamatnya dari kawan kawannya tetapi aku tidak kenal dengannya mahupun kawannya.
"Bella dah dah lah tu. Dia ok." Sara cuba menenangkan aku apabila dia nampak aku kelihatan gelisah.
"Tak. Aku tau dia tak ok. Dia tak ok sebab aku." Aku meluahkan rasa bersalahku.
"Suka hati kau lah Bella. Kau jangan penatkan otak sangat fikir pasal Si Andrew tu. Besok kite ada exam. Jangan lupa belajar tau."
"Yelah." Ringkas aku menjawab.
*****
Di dalam bus. Aku minta diberhentikan di perpustakaan kerana aku ingin belajar memandangkan besok ada ujian.
Setelah mengambil buku yang aku mahukan aku mengambil tempat di hujung bilik bacaan untuk memulakan pembelajaranku. Masa pun terus berlalu.
Terlalu kusyuk membaca buku tanpa disedari malam sudah menghuni hari. Ku lihat jam di telefon tetapi telefonku mati habis tenaga. Aku menuju ke kaunter.
"Makcik sekarang dah jam berapa?"
"Sekarang pukul 10 malam."
"Haah...10 malam. Perpustakaan ni tutup jam berapa?"
"Perpustakaan ni tak tutup. Kami buka 24 jam."
"Ahhh. Terima kasih Mak Cik. Ni buku yang saya pinjam."
Setelah selesai mencop buku yang aku pinjam, aku pun berlalu keluar dari perpustakaan itu.
"Gelapnya. Macam mana aku nak jalan balik ni? Ada lagi ke bus malam malam ni?" Aku bertanya sendiri melihat kegelapan menghuni hari.
"Arhh...jalan jelah." Aku memberanikan diri berjalan di dalam kegelapan malam hingga bayangku hilang di sebalik malam yang kelam.
Setelah jauh berjalan aku terdengar bunyi di semak samun dalam hutan. Bunyi yang semakin lama semakin kuat menarik perhatianku. Aku menghampiri semak itu. Semakin dekat semakin menghilang bunyi itu.
BAHHH!!!
Suara sekumpulan lelaki mengejutkanku dari belakang. Sekumpulan lelaki mabuk. Aku merasakan diri tidak selamat. Aku cuba melarikan diri. Tanganku pantas dicapai mereka dan ditarik ke dalam pelukan. Aku meronta ronta agar terlepas dari pelukan itu. Sangat kuat.
"LEPASKAN DIA." Suara seorang lagi lelaki menyinggah di telingaku. Sangat takut membuak buak di hatiku. Tubuhku sedikit menggeletar.
Lantas lelaki itu merebut tanganku dari lelaki mabuk tadi. Dia memelukku erat. Aku masih tidak berani mengangkat muka untuk melihat siapa yang menolongku. Hanya takut yang aku rasakan sekarang. Aku benamkan kepalaku di dada bidang lelaki tu. Sedikit demi sedikit air mata berlinang membasahi pipi. Lepas beberapa minit sekumpulan lelaki mabuk itu berlari lintang pukang entah kenapa.
Lututku lemah. Badanku sedikit bergegar. Aku terduduk di situ. Dia membantu mengangkat aku masuk ke keretanya dan menghantarku pulang.
Di dalam kereta. Sedikit tenang aku rasakan. Aku menoleh wajah hero yang menyelamatkan aku. Rupanya...
"Andrew?" Terkejut kaku aku melihat sang jejaka yang baik hati itu rupanya Andrew. Jejaka yang aku cari selama ini untuk meluahkan maaf.
"Maaf." Perkataan maaf keluar dari mulutnya membuat aku sedikit hairan.
"Maaf untuk apa?"
"Maaf sebab menyusahkan diri awak untuk cari saya. Maaf sebab hilangkan diri. Dan...dan maaf sebab lukakan awak." Terlalu banyak perkataan maaf dilontarkannya.
"Tak...saye yang patut minta maaf."
"Takpe lah. Kita lupakan hal yang lalu."
"Tapi kenapa awak tak datang kelas?"
"Haah...saya...saya nak pindah sekolah."
"Apa pindah? Tapi kenapa? Di mana awak nak pindah? Bila?" Banyak persoalan aku tubikan kepadanya. Dia hanya tersenyum nipis.
Sampai betul betul depan rumahku. Dia membukakan pintu untuk ku. Aku pun keluar dari perut keretanya.
"Betulke awak nak pindah?"
"Masih dalam perancangan lagi." Ringkas dia menjawab.
"Takpe lah. Awak masuk lah dulu. Dah malam ni. Besok ada kelas." Tambanhnya lagi.
"Okey. Bye." Aku menujukan langkah untuk masuk ke rumah. Sebelum aku mencapai tombol pintu aku sempat bertanyakan sesuatu.
"Awak datang kelas kan besok?" Hanya senyuman yang dia paparkan sebagai balasan. Tetapi aku masih menunggu jawapannya. Dia menganggukkan kepalanya. Pantas sekuntum senyuman riang aku pasang di bibir. Lalu menghilangkan diri di sebalik daun pintu rumahku.
BERSAMBUNG...
❈•≫────≪•◦ ❈ ◦•≫────≪•❈
SORRY LAMBAT PUB
HIKS...HIKS...BOSAN TAK CHAP NI?
VOTE PLEASE
KOMEN JUGA YER
MAKASIH
YOU ARE READING
HIDDEN SWEET BLOOD
Upíři◤─────•~❉᯽❉~•─────◥ 🇴 🇳 🇬 🇴 🇮 🇳 🇬 ◣─────•~❉᯽❉~•─────◢ DARK BLOOD:- "kita mesti cari parempuan SWEET BLOOD tu sampai dapat umtuk kekuatan kumpulan kita" VAMPLORD:- "perempuan SWEET BLOOD tu je yang boleh luaskan lagi pengaruh kuasa ki...