-ˋˏ ༻❁ᴛᴡᴏ❁༺ ˎˊ-

110 29 90
                                    

"Ibu...Ayah...Bella dah balik." Membuka daun pintu rumah aku menjerit kecil memberi tahu yang aku sudah balik dari sekolah.

"Bella. Kamu dah balik. Kamu dah makan tak?"

"Belum lagi Ibu." Walaupun aku sudah makan waktu rehat tadi tapi perutku tidak begitu kenyang. Masin terasa lapar.

"Kalau belum makan, marilah kita makan." Ibu memperlawa aku makan. Tanpa banyak bicara aku menganggukkan kepala.

"Emm... Sedapnye bau Ibu masak." Belum sempat aku masuk dapur bau wangi dari masakan Ibu sudah mula menusuk deria bauku. Membuat perutku lagi menyumbangkan lagu dengan kuat.

"Tengok lah siapa yang masak."

"Eleh...nanti Bella nak belajar masak dengan Ibu lah."

"Haah. Bagus lah tu. Nanti kawin tak payah susah susah buang duit makan dekat luar." Dengan neda memerli Ibu mengaitkan tentang peristiwa kawin.

"Ehhh Ibu ni kesitu pula dia."

"Yelah... Ibu cuma nak ingatkan je. Kot kot lah besok kawin kan. Tak lah suami Bella nanti kebulur." Ibu sekali lagi memerli. Aku melabuhkan punggungku di kerusi sambil memperlihatkan wajah tidak puas hati.

"Ibu. Ayah mana?" Aku bertanya apabila tidak melihat kelibat Ayah kesayanganku dari tadi.

"Ayah kamu belum balik lagi. DIa kata banyak kerja nak di buat. Mungkin malam nanti baru dia balik katanya." Ibu memberi penjelasan.

"Ouh." Aku hanya memunjungkan mulut menandakan sudah faham.

"Lepas kamu dah habis makan pergi lah rehat. Ibu tahu kamu penat di hari pertama kamu sekolah kan." Sambil Ibu menghidangkan lauk di atas meja.

"Ok Ibu." Jujur aku sangat penat di hari pertama aku sekolah. Semua aktiviti di sekolah membuat aku sangat penat. Perkara yang pelik juga berlaku tadi membuat buah fikiranku letih memikirkan apa yang terjadi. Asakah lelaki itu baik baik saja? Kenapa dia bertingkah seperti itu? Kejadian itu tidak henti henti berlegar legar dalam pusat ingatanku.

"Haah!!! Mengalamun apa lagi tu. Cepat lah makan. Cepat  makan boleh cepat rehat nanti." Lamunanku dipatahkan oleh Ibu. Aku pun terus menjamah masakan Ibu yang sudah terhidang kemas di meja makan.

*****

Dengan perlahan aku melabuhkan tubuhku di atas katil empuk milikku. Walaupun aku tidak berapa selesa dengan bilik yang baru, tetapi akibat terlalu penat hanya beberapa minit aku terus dibuai mimpi.

Lepas beberapa jam aku bermain di dalam mimpi, aku terjaga. Terlihat malam sudah menyerkup selimut hitamnya ke separuh bumi. Aku menggeliat lalu bangun mencapai tuala yang tergantung. Dengan langkah sedikit mamai aku menuju ke bilik mandi untuk membersihkan tubuh. Baru terasa segar bila air mula membasahi tubuhku.

"Bella mari turun makan." Jeritan Ibu menjemputku untuk makan malam. Aku pun turun.

"Ehh Ayah dah balik."  Aku menegur setelah terlihat Ayah yang duduk di meja makan.

"Baru je sampai." Ayah mebalas.

"Macam mana hari pertama kamu di tempat baru?" Ayah mengemukakan pertanyaan ditengah kami sedang menjamah makanan.

"Ok je."

"Ok je?" Soal Ayah hairan dengan jawapan yang aku berikan.

"Iyalah. Ok je... Orang kat sini pun baik baik. Bella pun dah ada beberapa kawan baru dekat sekolah tu." Jelasku panjang lebar.

"Ouh...bagus lah kalau macam tu. Tak lah nanti Bella bosan dekat sekolah."

"Nak bercerita ke nak makan?" Ibu mencela perbualan kami.

HIDDEN SWEET BLOODWhere stories live. Discover now