ara memandang wonwoo sibuk dengan ramyeon di hadapannya sambil scroll sesuatu di media sosial selang itu dia hirup mee tersebut lalu sambung scroll ." wonu " panggil ara sambil mengemam bibirnya itu , wonwoo hanya mengehemkan sahaja . sibuk melayan media sosial katakan jadi malas nak pandang di ara baik pandang media sosial sahaja .
" pandanglah aku " minta ara , wonwoo mengeluh .
" dari pandang kau baik aku pandang monyet " kata wonwoo , ni lah ciri - ciri orang cari gaduh . minta masuk gelanggang smackdown banyak kali , mahu icu sebab tulang patah . " ish dia ni , aku suruh kau pandang aku sebab nak tanya , tak bestlah tanya kau lepas tu kau tak pandang " bebel ara .
dengan malasnya , terus wonwoo memandang ara . sepantas kilat ara sudah duduk di hadapannya sambil menongkat dagunya memandang kembarnya .
" cepatlah , apa yang kau nak sangat tanya " kata wonwoo sambil itu memandang ara dengan malasnya . " kau suka hana ? " soal ara , wonwoo mengeleng kepala lalu menyambung makan meenya itu yang masih ada sisa - sisa lagi di dalam mangkuk .
" kalau kau tak suka hana , kenapa kau nak sangag hantar dia ? padahal mingyu ada saja nak hantar dia " soal ara lagi , suka sangat nak korek rahsia kembar . apa salahnya korek lagi dalam , wonwoo ni bukan jenis nak kepoh .
wonwoo senyum .
" kau memangkan , suka sibuk hal orang . yang kau tu duduk jual mahal dengan si mingyu tu kenapa ? acah sangat nak jual mahal padahal suka . hari - hari aku nampak kau tersengih sorang - sorang macam monyet dah aku tengok " bebel sudah abang wonwoo , sampai ara pun rasa memang patut wonwoo ni icu .
sebab mulut dia puaka kemain lagi , suka sangat cari pasal dengan ara . " eh kau ni , suka hati akulah nak senyum ke sengih apa mingyu buat . aku nak uji dia saja " kata ara , wonwoo buat mimik mengejek ara .
ara terus duduk di sofa berhadapan televisyen , malas nak gaduh dengan kembar baik layan kdrama song jongki lagi best . tenang hati tengok wajah kehenseman beliau walaupun dah berumur .
YOU ARE READING
𝗯𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 [ 𝗸𝗶𝗺 𝗺𝗶𝗻𝗴𝘆𝘂 + 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻 ]
Random" bawa ara sekali ye ! " minta mingyu sambil senyum ceria . wonwoo hanya menggeleng kepala sahaja , entah apa yang dia suka pada adik kembarnya tu .