" mana ara ? " itulah sahaja soalan si mingyu bila tak nampak ara seharian . seperti semalam , patutnya dia mahu jumpa ara sebelum dia sibuk dengan kelab dia memandangkan dia menjadi president kelab photography jadi lebih baik di luang yang dia ada pergi ke ara ." ara ? dia kat kelas kot sebab kami ajak dia rehat , dia tak nak " kata jihyun , mingyu mengangguk kepala lalu berjalan menuju ke kelas ara . nampaklah ara menyembam mukannya ke lengannya . terbit rasa risau pada mingyu .
terus mingyu berjalan ke arah ara dan duduk di tempat duduk hana memandang ara . langsung tiada gerak ara .
tak lama ara mengadap mukannya ke arah tempat hana , mingyu menilik wajah ara yang sedang tidur lalu rambut ara di selitkan ke telinga .
nampak jelas wajah ara , " cantik " kata mingyu sendirian . tak lama lepas itu , mata ara membuka dengan perlahan lalu mata mereka bertentangan .
" kenapa awak ada dekat sini ? " soal ara , mingyu senyum . itu pun sudah buat jantung ara tak keruan melihat senyuman mingyu . " nak tengok buah hati tak boleh ke ? " soal mingyu .
" tak boleh " kata ara ringkas sahaja jawapan dia , mingyu cebik . itu juga makin kuat degupan jantung ara , terus ara bangun dari duduknya .
nampaknya dia tak boleh tahan mengadap mingyu , mengadap wajah di sukainya . terus ara berjalan keluar dari kelasnya dan menuju ke bilik air . belum sempat hendak masuk , mingyu sudah pun menarik dia mengadap mingyu .
dekat sangat antara mereka berdua , makin kuat degupan jantung ara ia buatkan dia makin sesak nafas . tak tahu kenapa ia jadi seperti ini . jarang berlaku dalam hidup dia .
memang betul , dia dah jatuh cinta lelaki di hadapannya .
" lajunya awak lari , kenapa tinggalkan saya ? " soal mingyu , mereka bertentangan mata . " saya nak membuang kejap " kata ara , mingyu mengangguk kepalanya sebelum menatap wajah ara . " saya tunggu awak dekat kelas " kata mingyu lalu melepaskan ara dari pegangan dia .
" nae " jawab ara lalu berjalan meninggalkan mingyu , sempat dia menoleh ke mingyu . dia berjalan ke kelas ara semula .
habis sahaja , ara masih melihat di dalam kelasnya melihat mingyu masih menunggu dia dan di atas meja kelihatan ada bungkusan roti pizza dan susu coklat di atas mejanya .
YOU ARE READING
𝗯𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 [ 𝗸𝗶𝗺 𝗺𝗶𝗻𝗴𝘆𝘂 + 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻 ]
Random" bawa ara sekali ye ! " minta mingyu sambil senyum ceria . wonwoo hanya menggeleng kepala sahaja , entah apa yang dia suka pada adik kembarnya tu .