— special —ara memandang hana seolah gelisah sahaja , tidak tahu kenapa dengan kawan dia seorang ni . ara merapati ke hana , " kau kenapa ? nervous ? " soal ara nampak senyuman nakalnya itu buatkan hana makin nervous . nervous sebab esok akan tibanya hari perkahwinan dia dan wonwoo , cepat sahaja masa berlalu .
baru sahaja dia merasa perkahwinan ara bila pejam celik sudah masuk hari perkahwinannya , dia melihat gaun pengantin yang tersangku cantik di almari biliknya . hari ni , kawan - kawan hana berkumpul ke rumah dia atas sebab mahu raikan bersama tapi tidak minum soju . ia tukar kepala air minuman fresh di sebabkan youngna ada jadi tidak boleh lah .
" aku sekejap sahaja duduk sini , youngjae tak bagi tidur dekat rumah kau . dia dah janji dekat eomma aku suruh jaga aku masa mengandung " terang youngna , tersenyum jihyun dan hayeon bila mendengar .
romantik sangat youngjae ni , sampai berjanji dengan eomma youngna untuk jaga youngna ketika memgandung sehinggalah mereka ada anak - anak lain .
" hana , macam mana perasaan sekarang ? nervous ? " soal hayeon , mereka memandang hana , yela youngna sudah lepas dan ara pun sudah lepas pada minggu lepas . dia pula yang ketiga .
" boleh lah " kata hana sambil memandang cawan di hadapannya . " hana , jangan nervous tau . kami ada dekat sana sambil bagi semangat " kata youngna , mereka mengangguk kepala setuju .
" tak adalah , aku tak percaya yang aku bakal jadi isteri jeon wonwoo . ye la dulu anggap dia abang pada ara , lepas itu kami mula bercinta semula masa universiti sampai sekarang . aku tak percaya aku boleh sampai peringkat macam ni " kata hana , sejujurnya memang dia susah nak percaya sangat .
" aku pun sama hana , dulu youngjae tu aku anggap crush ahli kelab nyanyian . tak sangka pula kami sangkut dari 15 tahun sampai sekarang aku dah kahwin dan ada anak untuk dia " terang youngna , ye dia hari - hari terserempak dengan youngjae di bilik kelab . tak sangka mereka bersama sampai sekarang .
" samalah dengan hyunjin , dia rajin kacau aku . kekadang sweet dia teruk gila bila aku tengah sakit tiba caring . tanya okay ke tak apa semua bila dah sihat , dia lah paling kuat kacau . tak sangka pula dia lamar aku jadi teman wanita dia sampai sekarang " cerita hayeon pula , jihyun tersenyum .
memang , hari - hari hayeon akan terjerit sampai satu kelas dengar sebab hyunjin sahaja . " sama dengan aku , aku pun tak sangka budak australia orang pertama tegur aku cakap dalam bahasa inggeris tiba - tiba nasib faham , dia pandai dah cakap bahasa kita " kata jihyun sambil tersenyum .
" ara kami dah tahu , mingyu yang selalu ambil hati kau lepas itu sampai sekarang dah jadi suami . korang makin sweet tahu tak " kata youngna , mereka bertiga mengangguk setuju .
YOU ARE READING
𝗯𝗶𝘁𝘁𝗲𝗿𝘀𝘄𝗲𝗲𝘁 [ 𝗸𝗶𝗺 𝗺𝗶𝗻𝗴𝘆𝘂 + 𝘀𝗲𝘃𝗲𝗻𝘁𝗲𝗲𝗻 ]
Diversos" bawa ara sekali ye ! " minta mingyu sambil senyum ceria . wonwoo hanya menggeleng kepala sahaja , entah apa yang dia suka pada adik kembarnya tu .