Jururawat

536 7 0
                                    


            Dua tahun dahulu, seorang doctor bernama Yusri telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang jururawat yang bernama Maisara. Sebenarnya Yusri telah pun berkahwin dengan seorang wanita bernama Seri dan mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Fariz dan Farah. Satu hari, Seri pergi ke hospital untuk melihat keadaan Yusri yang tidak pulang-pulang dan tidak menjawab panggilannya. Seri membuka pintu pejabat suaminya itu. Alangkah terkejutnya Seri apabila melihat Yusri dan Maisara sedang bercumbuan.


               Seri memang berang ketika itu. Dia ingin menyerang Maisara, tetapi dihalang oleh Yusri. Seri menyepak perut suaminya itu sehingga menyebabkan Yusri terhantuk pada meja. Seri menarik rambut Maisara sekuat hati. Maisara cuba melawan, lalu Seri menikam perutnya dengan gunting. Yusri terkejut melihat perbuatan Seri itu.


"Seri! Apa awak dah buat!?" Kata Yusri.


              Seri pula hanya berdiri keras kerana ketakutan. Akhirnya, Seri dan Yusri mengambil keputusan menanam mayat Maisara di belakang hospital dan merahsiakan perkara itu. Setelah dua tahun berlalu, Seri mengandungkan anak mereka yang ketiga. Seri dibawa ke hospital untuk melahirkan bayinya itu. Doktor yang menguruskan Seri adalah Doktor Hisyam kerana Yusri adalah pakar bedah. Seri perlu berada di hospital untuk beberapa hari selepas selamat melahirkan cahaya mata yang ketiga. Yusri hanya melawat isterinya ketika waktu rehat dan sebelum pulang.


               Satu hari, ketika waktu rehat, Yusri pergi melawat isterinya itu.


"Abang, semalam Seri ada bau darah lah." Seri mengadu kepada Yusri. "Biasalah, hospital." Jawab Yusri. "Baby pun asyik menangis je." Adu Seri lagi. "Budak kecil memang la macam tu." Balas Yusri.


                 Pada malam itu, Yusri makan malam bersama anak-anaknya, Fariz dan Farah.


"Esok papa balik lewat, kerja banyak at hospital tu." Kata Yusri. "Kalau macam tu kami ikut papa pergi sanalah." Pinta Farah. "Mana boleh! Papa kerja." Jawab Yusri. "Alah! Kami boleh tengok-tengokkan mama." Kata Fariz pula. "Bolehlah!" Jawab Yusri ringkas.


            Fariz dan Farah gembira mendengar jawapan dari Yusri. Pada keesokkan malamnya, mereka sekeluarga berada di hospital itu pada malam hari. Yusri bekerja di pejabatnya manakala, Farah dan Fariz menemani ibu mereka. Farah mengusik adik kecilnya itu.


"Mama, Fariz pergi tandas kejap." Kata Fariz kepada Seri. "Ok." Jawab Seri ringkas.


            Fariz keluar dari wad dan pergi ke tandas. Semasa Fariz sedang buang air, dia terdengar bunyi tapak kaki di luar. Dia tidak mempedulikan bunyi itu. Tiba-tiba, dia terlihat rambut yang banyak di bawah pintu tandas itu. Dia memerhatikan rambut itu.


                 Sementara itu, Seri sudah mula gelisah kerana Fariz begitu lama pergi ke tandas.

"Mana abang kau ni?" Soal Seri kepada Farah. "Entah! Kejap Farah pergi tengok." Jawab Farah.


                  Farah keluar dari wad untuk memeriksa keadaan abangnya, Fariz. Tiba-tiba, dia terdengar suara orang dalam kesakitan di bilik bedah. Dia masuk ke bilik itu untuk memeriksa. Dia sangat terkejut melihat abangnya di atas katil bedah dan perutnya telah dibelah.


"ABANG!" Jerit Farah. 


             Tiba-tiba ada rambut yang panjang menjalar di atas badannya. Farah ketakutan. Rambut itu menutup mulutnya. Dia cuba menjerit, tetapi suaranya tidak keluar.

               Seri semakin gelisah apabila kedua-dua anaknya itu tidak kembali. Dia menguatkan diri menjenguk di pintu. Tiba-tiba, dia terdengar suara perempuan menyanyi dengan perlahan di belakangnya.


"Buai laju,laju...."


              Seri menoleh ke belakang. Gugup jantungnya apabila melihat seorang jururawat yang berlumuran darah sedang mendukung bayinya. Apabila dilihat betul-betul wajah jururawat itu, dia adalah Maisara yang telah dibunuh oleh Seri dua tahun dulu.


"Mai- Maisara?" Seri bersuara.


             Maisara berhenti menyanyi dan memandang Seri. Tubuh Seri menggeletar.


"Kau.. Kau.." Suara Seri tersekat-sekat. "Mati!?" Maisara bersuara. "Kau bunuh aku!" Sambung Maisara lagi. "Aku.. Minta maaf.. To..long lepaskan..anak aku.." Rayu seri.


              Yusri yang baru selesaikan kerjanya mengambil keputusan untuk melihat keadaan Seri dan sekaligus membawa Farah dan Fariz pulang ke rumah. Dia mengemaskan failnya. Setelah mengunci pintu pejabatnya, dia terus ke wad keberadaan Seri. Apabila tiba di hadapan wad itu, Yusri sangat terkejut melihat mayat Fariz diselimut di atas katil bedah, mayat farah diikat tangannya pada dinding hospital dan kepalanya berada di lantai, mayat Seri yang dipotong kaki dan di patahkan tengkuknya, mayat bayinya di dalam kereta sorong bayi yang telah dipenggal kepalanya dan lebih memeranjatkan Yusri, Maisara bersama dengan mayat-mayat keluarganya.


"Mai..?" Yusri bersuara. "Ya, abang.. Sekarang tiada siapa boleh halang kita." Kata Maisara.


            Keesokkannya, pekerja hospital dikejutkan dengan mayat-mayat keluarga Yusri yang mengerikan itu. Pihak polis mencari Yusri untuk membantu siasatan. Tetapi doktor itu hilang tanpa dapat dikesan.

JururawatWhere stories live. Discover now