9

36 6 0
                                    


"Seperti yang telah diberitahu. Mulai sekarang, rumah ini akan menjadi tempat tinggal tetap saya dan saya tak akan berpindah melainkan ada musibah yang akan berlaku," ucap Dami setelah dia berbincang masak-masak dengan ayahnya. Kesemua pembantu rumah hanya mengangguk faham. Sudah berbelas-belas tahun rumah itu tidak berpenghuni, akhirnya menjadi tempat tinggal tetap bagi keluarga Genovese.

Kini rumahnya dilengkapi sistem keselamatan. Arahan dari ayahnya. Ayahnya masih lagi ada urusan di Italy yang belum diselesaikan. Pergaduhan dengan The Ivanov Brothers masih tidak selesai. Mereka sudah putuskan perang antara Genovese dan The Ivanov Brothers. Tiada rundingan.

Ini bermakna keselamatan mereka semua akan terjejas. Semua akan berada dalam bahaya. Termasuklah Dami sendiri. Syukur, The Ivanov Brothers masih tidak tahu tentang kewujudan Luna dalam keluarga tersebut.

Hari ini Sarra akan dihantar pulang. Keadaan semakin reda dan Dami tak akan kembali ke dunia universiti-nya. Sayang sungguh tapi hendak buat bagaimana lagi. Maklumat peribadinya sudah diketahui oleh musuh. Buat masa sekarang, dia hanya mampu bersembunyi sehingga segalanya selesai.

Beratus-ratus mesej dan missed call dari Jungkook tidak dibalasnya. Dia tidak mahu berkomunikasi pada waktu sekarang.

"Sarra bagitahu kau tak akan balik. At least, bagitau lah aku apa yang terjadi. Jangan buat aku risau, Dami."

"Aku tahu kau baca mesej aku,Kau jangan tinggalkan aku tak terbalas macam ni,"

"Aku singgah rumah kau, rumah kau kosong. Kau dah pindah ke? Kau tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini, Dami"

"Aku tahu Sarra tahu dekat mana kau ada sekarang ni. Kenapa korang berdua berahsia?"

Dan pelbagai lagi mesej. Dami hanya membaca dan tidak balas mesej itu. Serabut sangat baca banyak-banyak. Ada banyak lagi masalah yang dia perlu selesaikan. Dia memandang langit biru muda yang dipenuhi awan. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Miss Lucia, is everything alright?" soal pembantunya.

"Yeah, hirup udara segar. Release stress." balas Dami dengan senyuman.

"It's okay Lulu, everything is gonna back to normal" balas lelaki tua itu.

Sejujurnya dia rindu panggilan Lulu itu, pembantu rumah selalu memanggilnya dengan nama gelaran itu kerana waktu kecil dulu dia memang manja dengan mereka. Dia tersenyum.

"Dah lama saya tak dengar orang panggil saya dengan gelaran tu," balas Dami.

"Urm, saya ada buat Ms Lucia rasa tak selesa ke dengan panggilan tu?"

"Taklah, saya cuma... rindu." balas Dami.

"Cik Dami!" panggil salah seorang daripada pembantunya.

"Kita ada masalah cik Dami"

"Masalah??" soal Dami keliru.

"Berita... dalam berita... Sarra" terang pembantu dalam keadaan yang tercungap-cungap.

Tanpa soal apa-apa, Dami terus berlari masuk ke ruang tamu untuk melihat berita di dalam televisyen.

"... polis temui dua mayat. Salah seorang mayat dipercayai pelajar universiti. Seorang lagi mayat tidak diketahui identitinya ..."

[H] My Protector +ksjWhere stories live. Discover now