12

25 2 0
                                    

"Eyes on me!"

Tanpa belas kasihan, Dami menyuakan buku lima kearah wajah salah seorang lelaki tersebut. Jatuh tersungkur dibuatnya.

"Do not look at me like I'm your boss, I'm your enemy right now. Pretend I'm the Ivanovs" arah Dami. Sesungguhnya, mereka berlawan dengan dia ala kadar saja. Itu yang membuatnya lebih berang. Mereka seperti takut untuk melukainya.

Wajah bertukar serius, matanya lebih fokus. Dia sedang mencari kelemahan lagi seorang. Mereka berdua mula berlawan secara serius. Seokjin hanya memerhati perlawanan tersebut bagaikan menonton WWE. Kali ini dia melihat wajah baharu Dami. Bukan sahaja kelakuannya yang lemah lembut, tetapi dalam diam Dami mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Seokjin dalam diam berasa bangga kerana Dami mampu untuk menewaskan salah seorang dari mereka. Dami menghabiskan lagi seorang dengan satu pukulan siku yang amat kuat sehinggakan lelaki itu pula yang jatuh tersungkur. Nafasnya tercungap-cungap. Letih berlawan dalam masa yang agak lama. Dua orang sekali gus.

"Thanks for your cooperation " Dami menolong lelaki-lelaki tersebut bangun. Walaupun dah pukul sekuat hati, kenalah buat baik. Kang mampus, dah jadi kes jenayah.

"Boleh tak sediakan ais ketul dengan ubat-ubat untuk diorang, rasa bersalah pula" kata Dami setelah mereka berdua keluar dipapah oleh bodyguard yang lain.

"They deserved it. I'm proud of you, Lucia" kata Seokjin. Berbunga-bunga hati Dami mendengarnya.

"I like it when you call me Lucia" balas Dami.

"Is that your way of flirting with me, Lucia" Namanya itu ditekankan dengan lembut. Seperti nada yang menggoda.

Merah pipi Dami dibuatnya. Pertama sekali, lelaki ni dah mabuk ke apa tiba-tiba buat perangai pelik-pelik. Yang kedua, kenapa tiba-tiba perangai dia berubah ni? Takkanlah jatuh cinta? Tapi seksi juga cara dia panggil nama Lucia.

"If you think so, yes" balas Dami. Sengaja menggatal lagi. Kalau suka buat apa sorok, kan? Seokjin hanya memberi senyuman yang seksi dan berdehem sedikit untuk menyedarkan dirinya yang sedang dilamun kasih dan sayang.

"Saya nak mandi, awak pun kena rehat juga. Macam lesu aje muka tu" kata Dami. Dia terus berkemas dan sedia untuk balik ke bilik dia semula. Seolah-olah tiada apa yang berlaku sekejap tadi. Padahal baru sepuluh saat sahaja benda itu berlaku.

"Ya, you too"

"Seokjin, boleh tak saya nak tanya soalan pelik sikit?"

"Yeah"

"Do you have a gun? Cause I kinda feel I need to practice more about using a weapon"

"Ada tu memang ada tapi it may be too risk for you" balas Seokjin.

"Saya tahu, lagipun saya pernah tahu cara nak elak pistol tapi dua tahun lepaslah. Sebab tu saya nak praktis lagi"

"Awak pasti ke dengan pilihan tu? Saya kena tanya ayah awak dulu"

"Shush... jangan bagitahu dia. Dia tak tahu saya pernah pegang dan guna pistol"

"Tapi... you must need his permission first," tegas Seokjin. Haih susah juga nak buat lelaki ni percayakan dia. Tadi kemain flirty dengan Dami. Sekarang tiba-tiba nak jadi tegas.

"Tolonglah... ini juga salah satu cara saya nak pertahankan diri sendiri tau. Kang nanti orang jahat tu acu pistol ke saya, saya tak sempat elak. Yang matinya saya tahu. Bukan awak" balas Dami cuba untuk meyakinkan Seokjin. Lama Seokjin merenungnya.

"Why are you so stubborn, Lucia?"

"Please..."

"No, I'm here for you. I will protect you. I am your protector, Lucia" balas Seokjin tegas.

[H] My Protector +ksjWhere stories live. Discover now