5

43 9 0
                                    

Dami masih tidak dapat melupakan hal semalam yang berlaku diantara dia dan Seokjin. Dia masih ingat bagaimana jantung dia berdegup pada waktu itu. Sebelum ni tak pernah pun dia rasa macam tu. Mungkin dia tak pernah rasa bercinta kut.

"Mesti sebab aku terkejut," kata Dami.

"Pesan dekat ayah kau, jangan cuba naikkan kemarahan aku dengan mempergunakan anak aku," kata Antonio dengan menggunakan bahasa Itali.

Gadis itu menggigil ketakutan. Dia hanya mampu mengangguk sahaja. Air mata sudah bergelinangan.

"Tolong jangan apa-apakan saya, saya tak pernah ambil tahu langsung tentang hal ni," rayu gadis itu.

"Aku tak akan apa-apakan kau selagi ayah kau tak ganggu hidup anak aku," balas Antonio.

"Lagi sekali dia cabar kemarahan aku, kau aku kerjakan. Faham?!" kata Antonio lagi.

Gadis itu masih lagi menangis ketakutan. Ini hal antara mereka berdua, tetapi yang menjadi mangsa adalah anak mereka. Cuba mencari kelemahan masing-masing dengan menggunakan anak mereka.

Dami mendail nombor ayahnya. Walaupun baru empat hari ayahnya berada di Itali dia berasa sunyi. Disebabkan Seokjin terlalu on time dia tak dapat melepak di cafe seperti biasa bersama Sarra dan Jungkook.

"Appa," kata Dami.

"Berapa minggu appa dekat sana?" soal Dami.

"Hmm... appa tak janji tapi kalau kerja appa dah siap, appa baliklah," balas ayahnya.

"Lah, berapa minggu? mi annoio"
I'm bored. kata Dami.

"Due settimane?"
Two weeks? balas Antonio.

"Okay, non lavorare troppo,"
Don't work too hard. Pesan Dami. Terus dia mematikan panggilan tersebut.

Dia terus merebahkan badannya ke katil empuknya. Dia tahu ayahnya pergi ke Itali bukan disebabkan urusan syarikat. Tapi urusan Genovese-nya. Tiada sebab lain untuk ayahnya ke Itali. Itula sebab utama. Lama dia merenung. Dia terfikir, jika hal ini menjadi lebih teruk, mungkinkah dia akan kehilangan ayahnya? ataupun dia akan terkorban?.

Pergaduhan diantara keluarga Genovese dan Ivanov tak akan terlerai dengan mudah sehinggalah salah satunya kalah. Dami mula rasa menyesal. Kenapa dia dilahirkan sebagai Lucia Genovese? Kenapa nama terakhirnya Genovese? Kenapa ayahnya Antonio Genovese?

Dia berasa takut bila terkenangkan kembali apa yang Ivanov buat dengan kehidupannya. Ibunya mati dibunuh dan kini dia hampir diculik. Entah-entah hidupnya akan berakhir seperti Ibunya.

Lamunan dia terhenti apabila telefon pintarnya berdering. Tertera 'Mr. Protector'. Dia terus menjawab panggilan itu.

"Lapar tak?" soal Seokjin.

"Sikitlaa..." balas Dami. Kalau diikutkan memang dia lapar pun. Duduk rumah sorang-sorang. Bibik? Off duty pukul tujuh. Dia nak buat apa kalau lapar.

"I'll pick you up in 15 minutes," balas Seokjin. Terus panggilan dimatikan.

Hesh! Nak bersiap pun tak sempat ni. Dahla Seokjin tu jenis menepati masa. Dami terus menuju ke tandas untuk mencuci muka. Selepas dia keluar dari tandas, dia hanya mengenakan bedak, lipstick dan mascara sahaja di wajahnya. Nanti dikata melebih-lebih pula. Makan di restoran biasa aje pun.

Rambutnya diikat tinggi ala-ala Ariana Grande. Disebabkan waktu malam sejuk, dia memakai knitwear dan seluar jeans sahaja. Dia melihat jam di telefonnya.

[H] My Protector +ksjWhere stories live. Discover now