8

28 7 0
                                    

Tiga hari sudah berlalu. Seokjin dan Sarra masih lagi menumpang dirumah Dami. Dami melihat Sarra yang terbaring disampingnya.

"Sarra.. Ooh Sarra" panggil Dami perlahan.

"Kau janji tadi tak nak tidur," sambung Dami lagi.

Tiada sahutan. Hanya dengkurannya sahaja yang kedengaran.

"Dasar loser. Kemain janji nak tengok movie sama-sama," kata Dami.

Nampaknya dia terpaksa tengok movie sorang-sorang lagi. Nak tidur pun dia tak rasa mengantuk dan dia memang tak boleh tidur. Dami keluar dari biliknya dan menuju ke dapur untuk mengambil segala jenis snek.

Walaupun Sarra dah senyap tidur, movie tetap keutamaannya. Dia berhenti dia hadapan pintu bilik Seokjin.

'Awal tidur' omel Dami. Dia teruskan lagi langkahnya ke dapur. Dia berasa tak sedap hati. Dia terdengar bunyi dari luar rumah. Rasa seperti diperhatikan.

Dia menghentikan perbuatannya dan membuka laci sudu dengan perlahan-lahan. Dia terus mengambil sepucuk pistol. Dia menarik picu pistol dan menuju ke ruang tamu dengan berhati-hati. Langkahnya sangat perlahan bagi mengelakkan bunyi tapak kaki yang kuat.

Dami merasakan seperti ada bayangan tubuh badan lelaki yang cukup tinggi disebelah kanannya. Without hesitation Dami mengacukan pistol ke arah lelaki itu.

"Damn it. I thought you were a thief" terkejut Dami. Rupa-rupanya milik badan lelaki yang bertubuh tinggi itu ialah Seokjin.

"Saya taktahu pulak awak boleh guna pistol," tegur Seokjin. Dami terus menurunkan tangannya yang sedang memegang pistol tersebut.

"Langkah berjaga-jaga" balas Dami. Fuh nasib baik dia tak terus tembak. Kalau tidak memang meninggal Seokjin dekat situ.

"Kenapa awak ada dekat bawah?" soal Dami. Hairan juga, tadi masa dia turun dapur dia dengar lelaki itu tengah berdengkur.

"Saya terdengar sesuatu, sebab tu saya turun bawah. Rupanya awak ada dekat dapur," balas Seokjin.

"No, its not me. Bukan dari dapur tapi dari luar rumah," balas Dami. Seokjin memandang wajah Dami dengan pelik. Tiba-tiba satu cahaya dari luar menyuluh ke arah tingkap ruang tamu. Mereka bersama-sama menoleh kearah tingkap itu.

Telefon bimbit Dami berdering dari dapur. Dia screen telefonnya terpapar nama ayahnya. Dami terus menjawab dengan segera.

"Listen! Go to the basement now!" arah ayahnya.

"Jangan matikan panggilan. Stay with me until its back to normal," pesan ayahnya. Dami memandang wajah Seokjin dengan kerutan diwajahnya. Dia menggelengkan kepalanya. Memberi isyarat bahawa mereka dalam bahaya.

Dami terus berlari ke biliknyauntuk membangunkan Sarra.

"Sarra! Sarra! Bangun"

Dami terus menarik tangan Sarra dan bawanya berlari bersama dan turun ke tempat rahsia ayahnya.

"Kenapa ni Dami? What happened?" soal Sarra dengan keliru. Dia masih dalam keadaan blur. Mamai.

"Tempat apa ni Dami?" soal Sarra. Terkejut dia melihat tempat yang dipenuhi pelbagai jenis senapang dan kereta.

"Aku bagitau nanti, kita kena cepat. Tolong aku kalau nak selamat," balas Dami dalam keadaan kelam kelibut.

Dami membuka pembesar suara di telefonnya.

"Masukkan segala jenis senapang dalam beg. Car keys ada dalam laci. Buat masa sekarang pergi dulu alamat yang appa dah bagi," kata ayahnya.

"Ayah kau ke Dami?" soal Sarra.

"No time for explanation, Sarra!" marah Dami.

"Habistu baju aku, barang barang aku semua." balas Sarra.

"Takpe Sarra aku beli lain nanti semuanya. Aku ganti. Sekarang ni kau kena ikut aku kalau kau nak selamat," balas Dami.

Seokjin turun ke basement dan membawa barang-barang mereka yang tertinggal. Terutamanya tas tangan.

"Bahaya kalau tinggalkan kad id. Sarra boleh jadi ancaman seterusnya," Kata Seokjin. Dia menyerahkan tas tangan kepada mereka.

"The fuck is happening?! Dami kau ada buat jenayah ke Dami."

"Diam, Sarra! Cepatlah masuk kereta!"

-

Sesudah sampai di alamat yang dihantar oleh ayahnya, Dami lekas turun dari perut kereta dan memerhati rumah yang berumpama seperti istana itu. Perjalanan mereka mengambil masa 6 jam untuk sampai ke alamat itu. Mereka dilarang sekali untuk menggunakan telefon pintar buat masa sekarang.

"Ni hotel ke? Kenapa aku tengok macam tak buka je?" soal Sarra.

"Ni rumah. Rumah yang penuh dengan kenangan manis pahit aku," jelas Dami.

"Kau dah bagitau keluarga kau?" soal Dami.

"Dah," angguk Sarra.

"Tengoklah dulu. Keadaan semakin baik, aku hantar kau balik rumah." balas Dami.

"Contohlah kan, kalau dah semakin baik. Kau hantar aku balik, aku pergi universiti balik. Habistu macam mana dengan kau, Dami? Tak terjejas ke?"

Dami menundukkan pandangannya. Dia senyum.

"Aku keluar terus universiti dan mungkin tak akan masuk balik," balas Dami.

"Habis tu cita-cita yang kau dah lama nak kejar tu disia-siakan macam tu je," balas Sarra. Dami hanya tersenyum. Senyum tawar. Jika itulah keputusan yang terbaik untuk semua orang, dia okay saja.

"Banyak lagi rahsia kau yang aku tak tahu ni Dami," sambung Sarra lagi.

"Nanti kau tahu juga. One day," balas Dami.

Lama mereka berdiri di hadapan rumah besar itu kerana Dami belum bersedia lagi untuk menjejakkan kakinya untuk masuk kedalam rumah itu. Lampu didalam rumah itu masih terbuka. Walaupun sudah lama tak dijejak, ayahnya mengarahkan orang untuk menjaga rumah itu untuk kegunaan masa hadapan.

Pintu besar terbuka. Seorang lelaki yang agak berumur keluar dari rumah itu dan menuju ke arah mereka. Dami hanya memandang bayangan tubuh lelaki tua itu.

"È passato tanto tempo,"
It's been a long time.
Lelaki berumur 60an itu hanya tersenyum manis bagaikan melihat cucunya pulang beraya.

"Ci manchi a tutti,"
We miss you.

"Beh, mi mancate anche voi."
Well, I miss you guys too.
Balas Dami. Dia membalas senyuman lelaki itu.

"Ti stanno aspettando,"
They've been waiting for you.
Dami mengikuti lelaki itu dari belakang. Dia mengajak Sarra dan Seokjin untuk mengikutinya.

"Bahasa apa kau pakai ni Dami?" soal Sarra perlahan.

"Itali" bisik Dami.

Sesudah masuk, Sarra kelihatan terpegun melihat pemandangan didalam rumah itu. Bertemakan bak istana. Seolah-olah dia melawat istana. Dami hanya tersenyum. Keadaan didalam rumah itu masih sama, langsung tidak diubah dan diusik seperti sediakala.

Dia memandang album keluarga yang tergantung di ruang tamu. Dia memerhati lama wajah ibunya dan kakaknya.

"Siapa lagi seorang perempuan tu?" soal Sarra. Senyuman dibibir Dami mati pabila mendengar persoalan itu.

"She's not important anymore," balas Dami ringkas. Ramai pekerja ayahnya yang dia masih ingat berada didalam rumah itu.

Seokjin hanya tertunduk mendengar perkataan yang baru sahaja keluar dari bibir Dami sendiri. Dia masih berpegang kepada janjinya untuk tidak memberitahu tentang Luna.

"Marilah semua jemput makan,"

[H] My Protector +ksjWhere stories live. Discover now