10

41 4 0
                                    

"Kenapa kau mengelak dari aku Dami?" soal Jungkook. Tangan dimasukkan dipoket seluar dan memandang jalan yang kosong. Dami tak boleh mengelak lagi.

"Aku bukan mengelak. Aku cuma nak kau selamat," balas Dami. Tangannya disilangkan.

"Kau pun nampak apa yang dah jadi dekat Sarra kan? Aku ambil langkah berjaga-jaga. Aku taknak orang disekeliling aku terluka." sambung Dami lagi. Matanya dipejamkan. Berat sungguh ingin mengeluarkan kata-kata tersebut.

"Kita kawan, aku boleh bantu kau. Kalau ada masalah, kau boleh bagitahu aku. Kau ingat, dengan cara macam ni boleh keruhkan keadaan ke? Apa sebenarnya yang dah berlaku? Cuba jelaskan dekat aku. Kau cuma berahsia je. Jangan pendam. Kalau sakit, kita sakit sama-sama" balas Jungkook. Dia memandang wajah Dami dengan begitu lama dengan harapan Dami dapat menjawab persoalannya.

"Aku ada masalah besar. Tapi aku tak boleh cerita. Aku tunggu semua selesai baru aku bagitau. Andai kata aku tak sempat bagitau kau, kau jangan persoalkan nanti," balas Dami.

"Kenapa berahsia dengan aku? Mendiang Sarra tahu, takkan aku tak boleh tahu?" soal Jungkook.

"Kalau aku bagitau kau, nasib kau sama dengan dia nanti! Please... aku tak boleh bagitau. Memang aku tak boleh. Kalau hal ni remeh memang dah lama aku nak mintak tolong kau." Dami menangis. Biar perit itu dia seorang yang tanggung. Tidak sanggup dia kehilangan seorang lagi rakannya. Baik dia diam sahaja.

Telefonnya berdering. Segera dia mengambil telefon pintarnya. Nama ayahnya tertera pada skrin. Terus dia jawab panggilan tersebut.

"Lucia, pergi mana?" soal Ayahnya.

"En. Kim cari Lucia. Lucia pergi mana?" soal ayahnya lagi.

"Oh, Lucy borak dengan kawan sekejap. Jangan risau, tempat ni tertutup." balas Dami.

Jungkook mengerutkan dahi. Lucy? Siapa Lucy? Ada benda yang dia tertinggal bas ke?

Dami terus menamatkan panggilan tersebut dan kembali bersemuka dengan Jungkook. Dia melihat wajah Jungkook yang confuse itu.

"Oh.. Lucy tu aku. Nama Itali aku. Takkan Sarra tak bagitahu?" balas Dami.

Jungkook menggeleng.

"Lucia Genovese."

Jungkook hanya mengangguk.

"Kenapa kau tak biarkan orang panggil kau Lucia?" soal Jungkook.

"Oh nama tu tak ada apa pun. Lagipun aku suka nama Dami ni. Nama korea aku kan," balas Dami.

"Cik Lucia..." tercungap-cungap nafas Seokjin.

"Jomlah kita balik. Dah lewat" kata Seokjin. Dami mengangguk. Dia kembali menoleh kearah Jungkook. Dia senyum tanda perpisahan. Jungkook mengangguk faham.

Jungkook cuma mampu lepaskan nafas yang berat. Dia hanya memandang Dami tak lepas. Masih tercari-cari jawapan. Mesti ada sebab kenapa Dami datang dengan membawa bodyguard. Ada banyak perkara yang Dami rahsiakan. Sehinggakan dia berhenti untuk belajar.

-

Dami jalan mengelilingi kawasan rumahnya untuk release stress. Kawasan besar boleh la dia berjalan. Kalau kecik nak jalan pun tak boleh. Duduk jelah. Dia memeluk diri sendiri kerana diluar sejuk. Yela, dah pukul 12 tengah malam. Nak expect apa lagi, ye dok?

Seokjin hanya memandang Dami dari jauh, dia biarkan Dami berseorangan. Dami berhenti dan memandang Seokjin yang sedang memerhatinya. Dami membuat sesuatu keputusan. Dia terus jalan mendekati Seokjin.

"Ajar saya fight."

"It's too late, awak patut tidur" balas Seokjin.

"Kalau takut kalah bagitahu awal-awal. Saya boleh cari orang lain ajar saya," tanpa dia lengahkan masa berbual dengan lelaki yang mempunyai kosong peratus perasaan ni, lebih baik dia yang berlatih sendiri. Dami mengambil kunci kereta tapi tangkas pula tangan Seokjin menepisnya.

[H] My Protector +ksjWhere stories live. Discover now