Pada hari yang sama iaitu hari kedua dalam bulan Syawal...
Ali dan rakan-rakannya tiba di rumah agam Cik Mimpi selepas waktu Zuhur iaitu pada pukul 1:40 petang. Mentor-mentor, musuh-musuh dan semua watak yang terlibat dalam buku bertajuk Bukalah Matamu¹ karya Cik Mimpi semuanya tiba di rumah agam Cik Mimpi beberapa minit selepas itu.
Jangan sangka pada hari yang mulia ini aman damai seperti hari-hari raya yang biasa kita lihat. Jangan lupa, telah dinyatakan bahawa semua watak yang muncul di Bukalah Matamu¹ hadir di rumah agam Cik Mimpi. Pihak baik, pihak musuh, semuanya hadir.
Adakah anda rasa rumah terbuka hari raya ini akan jadi aman seperti yang disangka selepas mengetahui hal ini?
"Kau, Jenny! Apa kau buat kat sini?" Alicia menjerkah kuat dengan rasa geram ke arah seorang gadis berpakaian kot makmal dan berambut merah.
"Saya hadir ke sini untuk menikmati juadah makanan rumah terbuka Cik Mimpi. Kamu tolong bawa bertenang, saya tak akan mengapa-apakan kamu."
"Ejen... Ejen Rizwan..." Ali baru sahaja mahu menyua makanan ke mulutnya terkejut melihat ejen yang menjadi idolanya dan menghilangkan diri selama ini muncul di rumah terbuka yang diadakan oleh Cik Mimpi.
Pada sudut lain pula, seorang ejen Neuro dan berkaca mata sedang memegang erat pistolnya dan tajam memandang sekeliling. Dia cuba mengamati suasana dan memerhati setiap tetamu sekiranya terdapat tindakan mencurigakan yang dilakukan oleh mereka.
"Kita patut berhati-hati. Walaupun mereka muncul sebagai tetamu di rumah terbuka ini, kita tetap perlu berjaga-jaga dan teliti. Bakar, jangan biarkan pertahanan kita lompong."
Bakar yang sibuk mentekedarah lauk-pauk yang ada dihidangkan di meja yang terletak di ruang tamu terus menelan makanan yang dikunyah sehingga terbatuk lalu menjawab arahan ejen Leon, " Uhuk, uhuk! Ba... Baik Leon, hehehe..."
Tergeleng kepala Leon beberapa kali melihat Bakar yang tidak peka dengan sekeliling dan hanya memfokuskan perhatian kepada juadah yang telah disediakan. Geetha menyentuh bahu Leon lalu menggelengkan kepala.
"Biarlah. Kita dijemput hadir ke sini sebagai tetamu jadi kita perlu memeriahkan suasana rumah terbuka ni. Penat tuan rumah sediakan semua ni," kata Geetha kepada Leon.
Geetha sempat juga melirik ke arah Cik Mimpi yang sedang mengurut dahinya, pening mahu menghadap suasana yang riuh-rendah yang kebanyakannya berpunca daripada kehadiran para ejen dan musuh-musuh mereka.
Mana tak kecoh?
Tengok tadi, Alicia dah get ready nak serang Jenny atau nama sebenarnya Cinco. Leon pula asyik menghalakan pistolnya ke arah tetamu yang kelihatan mencurigakan. Ali pula bermain permainan video Detektif Jebat bersama-sama rakan-rakan ejennya di televisyen berjenama Panasonic tanpa kebenaran Cik Mimpi.
Belum tambah lagi dengan Bakar yang asyik makan. Penat Cik Mimpi dan Shazwani bawa makanan dari dapur untuk diletakkan ke meja yang berada di ruang tamu akibat Bakar tak henti-henti melantak makanan.
"Cukup!"
"Uhuk, uhuk!" Gopal yang elok mengunyah makanan dengan gelojoh di sebelah BoBoiBoy terbatuk-batuk.
BoBoiBoy, Ying, Yaya, Fang dan Ochobot hanya menunjukkan riak poker. Yaya dan Ying membebel kepada Gopal mengenai kelakuannya yang tidak senonoh.
Ah, abaikan dia. Kita berada dalam buku Bukalah Matamu, bukannya buku Dalam Kenangan yang telah di unpublished. Fokus kita adalah kepada watak ejen-ejen itu.
Jeritan yang kuat itu menyebabkan semua mata memandang ke arah Cik Mimpi dan Shazwani yang sedang mencekak pinggang. Wajahnya jelas menunjukkan rasa geram apabila terlihat warna merah di telinga dan di pipinya.
"Kecoh ah kau orang ni! Jemput makan, tak payah nak kecoh-kecoh. Aku dah jemput kan? Kalau yang so called musuh-musuh kau orang tu buat masalah aku tendang je dia orang keluar daripada rumah agam ni. Mudah bukan? Bising ah kau orang ni. Relax ah," Cik Mimpi bercakap dengan nada bengang.
Sebenarnya lebih kepada merengus? Apa orang kata? Pouting?
"Dah, tak payah nak tenung muka aku lama. Jemput makan, semua."
Cik Mimpi terus meninggalkan ruang tamu lalu masuk ke biliknya dia tingkat kedua dengan riak wajah yang kosong. Serentak dengan itu suasana menjadi sedikit awkward.
"Ha, sudah..." Wani selaku 'kembar' kepada Cik Mimpi menepuk dahinya.
"Erm, aunty...?"
Mendengar panggilan itu, Wani terus mengalihkan kepalanya kepada seorang remaja lelaki berumur 12 tahun itu lalu membalas dengan lembut, "Kenapa ni Ali? Perlukan apa-apa?"
"Bukan... Cik Mimpi tu okay ke?" Pertanyaan Ali membuatkan Wani tersenyum sungging lalu mengangguk perlahan.
"Ali, nak minta tolong boleh ke?"
"Tolong apa?"
"Nah, nanti pas duit raya kepada mereka semua eh? Maaflah, screen time kamu dan watak-watak Bukalah Matamu yang lain agak kurang. Boleh pula Cik Mimpi kamu tu naik darah. Entah kenapalah dia tu."
"Wah, duit raya! Baik aunty! Terima kasih, cakap terima kasih kepada Cik Mimpi juga tau!" Ali terus membawa sepaket plastik berisi beberapa sampul berwarna-warni yang diisi dengan duit raya kepada rakan-rakannya.
Kemudiannya, Wani hanya tersenyum manis kepada semua orang lalu berseloroh untuk menghilangkan rasa janggal, "Hehe, tolong abaikan apa-apa yang telah terjadi tadi. Jemputlah makan dan minum, nanti kami sediakan duit raya. Jangan kecoh-kecoh eh nanti Cik Mimpi jadi singa!"
"Wah, banyaknya duit raya yang aunty Wani dan Cik Mimpi bagi! Terima kasih tau!" kata Bakar.
"Terima kasih!" kata Moon lalu terus meluru ke arah Iman dengan gembira.
"Terima kasih sangat-sangat," kata Iman dengan penuh sopan.
"Eh, sepuluh ringgit buat apa? Sikit betul!"
"Poyo ah kau ni, Jet. Banyaklah tu, kalau tak nak bagi aku je."
"Betul tu Roza! Apalah Jet ni!" Moon memarahi Jet.
"Naisu, terima kasih!"
Beberapa ejen yang lain yang kurang bercakap seperti Alicia hanya tersenyum kecil kepada Wani, Rudy hanya mengangguk perlahan kepalanya manakala Zass membuat tabik dengan dua jari menandakan bahawa mereka mengucapkan terima kasih terhadap duit raya yang telah diberi.
Sejurus selepas itu, Wani terus naik ke atas untuk berjumpa dengan Cik Mimpi. Pelik juga, tak pernah-pernah lagi Cik Mimpi ini mengamuk sampai begitu sekali.
"Perempuan tu macam ada masalah je. Lain macam baran dia. Baik aku pergi tengok," bisik Wani sendirian.
Nak tahu apa yang jadi? Kita akan sambung di buku Perjalanan Cita-citaku untuk side story bagi beberapa orang watak utama iaitu Iwan, Cik Mimpi, Wani, Afeeqah daripada dalam buku dan Afeeqah in real life!
Pst... Kawan Cik Mimpi iaitu Afeeqah, dia memang dah bagi green light kepada Cik Mimpi untuk guna nama dia dalam buku-buku Cik Mimpi.
Kita tutup kisah pada hari ini. Maaf atas segala kekurangan!
•••
YOU ARE READING
Bukalah Matamu¹ ✔️
Historia Corta(Short Story ver.) Sequel: Kita Jaga Kita Full name book Siri: Copyright (EA) Tema: Prolog Tajuk: Bukalah Matamu¹ Siri Copyright (EA) - Prolog: Bukalah Matamu¹ Sinopsis: Kau, bersinar Melangkah maju Walau gelita, tanpa hala tuju Hidup ini, hidup ini...