Kau bersinar,
Bermitra bintang
Walau, terpadam...
Jatuh dan tenggelam...Bukalah Matamu - Aisyah Aziz, Bunga
•••
Budak lelaki itu jelas kelihatan kepenatan. Lututnya jatuh menyembah tanah manakala nafasnya berombak kencang.
Dia baru sahaja mendengar suara beberapa orang dikenalinya ketika selangkah lagi menghampiri cahaya itu.
Namun...
Tiba-tiba sahaja cahaya itu lesap seakan tidak pernah wujud!
"Aku tersilap... Kalau aku tidak mengeluh dan menangguh..." Katanya kesal.
Otaknya memutar rangkap pertama lagu yang didengari pada awal sebelum dirinya bangkit mencari jalan keluar.
"Aku tak boleh mengalah sekarang! Aku kena cari jalan keluar dan jangan sesekali menangguh!" Semangatnya memuncak naik kembali.
Tiba-tiba, dirinya ditenggelami sesuatu.
Dia tidak tahu apa yang berlaku, apa yang pasti dia sedang tenggelam ke bawah!
Cumanya, dirinya masih bersinar seperti biasa.
"Apa jadi ni?!"
Terbit pula rasa putus asa di dalam hatinya.
'Adakah aku akan mati?'
Sejurus hatinya berfikiran begitu... Satu rangkap lagu kedengaran lagi.
Kau bersinar,
Bermitra bintang
Walau, terpadam...
Jatuh dan tenggelam..."Aku... Bersinar, bermitra bintang? Walaupun terpadam jatuh dan tenggelam?"
Selepas mulutnya mengungkapkan ayat itu...
Tubuhnya terjatuh dan tenggelam ke bawah. Malah, cahaya yang bersinar seakan bintang disekeliling badannya semakin malap!
Lama fikirannya mencari jawapan.
Rasanya dia tahu jawapannya.
Hati!
Hatinya masih bersinar walaupun badannya sudah malap ditelan kegelapan atau diibaratkan sebagai masalah!
Hatinya masih lagi melangkah ke hadapan tetap dengan pendirian walaupun badannya telah rebah dan kalah.
"Aku yakin... Aku merisikokan diri aku untuk terus tenggelam. Aku akan cuba cari jalan keluar di sana."
Sejurus itu, tubuhnya terus tenggelam.
Walaupun tubuh badanmu sudah rebah, pastikan...
Hatimu tidak berpaling.
Jangan kerana takut kehilangan nyawamu, peluang yang ada di depan mata dipersiakan.
Belum cuba, belum tahu.
•••
YOU ARE READING
Bukalah Matamu¹ ✔️
Historia Corta(Short Story ver.) Sequel: Kita Jaga Kita Full name book Siri: Copyright (EA) Tema: Prolog Tajuk: Bukalah Matamu¹ Siri Copyright (EA) - Prolog: Bukalah Matamu¹ Sinopsis: Kau, bersinar Melangkah maju Walau gelita, tanpa hala tuju Hidup ini, hidup ini...